Tuesday, April 28, 2015

Sambal Goreng Jawa



 
 Bahan-bahan:
  
  1. Tempe, dipotong kecil dan goreng (1 bungkus) 
  2. Tauhu basah, digoreng dan dipotong kecil2 (2 biji)
  3. Udang, dibuang kepala dan ekor (segenggam)
  4. Kacang panjang, dipotong pendek (3 urat )
  5. Campuran suhun dan fucuk, direndam (1 paket)
  6. Bawang merah, dihiris halus (1 biji )
  7. Bawang putih, dihiris halus (4 ulas)
  8. Cili merah, dihiris halus (2 biji )
  9. Santan pekat (200ml)
  10. Belacan, dibancuh sekali dgn santan pekat (1inci )
  11. Garam (sedikit)
  12. Gula (sedikit) 
  13. Minyak masak (sedikit)

Cara memasak:

  • Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumis bawang merah, bawang putih, dan cili merah sehingga kekuningan. Kemudian masukkan udang dan kacang panjang. Gaul sebati. 
  • Masukkan tempe dan tauhu, dan kacau lagi.
  • Seterusnya masukkan belacan yg dibancuh dgn santan. Kacau seketika.
  • Masukkan garam dan gula sesedap rasa.
  • Akhir sekali, masukkan suhun dan fucuk. Kacau seketika dan tutup api.




p/s: sedap makan dengan nasi impit







Monday, April 27, 2015

Ayam Goreng Berempah

 
sorry ayam tehangus sikit. hahaha


Bahan - Bahan :
  1. 1 biji bawang besar 
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 1 inci halia
  4. 5-7 biji cili kering
  5. 1 sudu mkn serbuk rempah (serbuk kari daging/ayam cap Babas).
  6. 3 batang serai
  7. 1 biji telur
  8. 1 s/kecil serbuk kunyit
  9. 3 sudu mkn tepung jagung
  10. Garam dan serbuk perasa

Cara memasak :
  • Semua bahan dikisar bersama dan diperap bersama ayam selama setengah jam.
  • Sedia untuk di goreng sehingga warna keemasan.


 p/s: sedap resepi ni. paling memikat selera :D









Sunday, April 26, 2015

Program Usahawan bersama Puan Rozita Ibrahim

Semalam berlangsungnya satu program usahawan bersama Puan Rozita Ibrahim pengasas Sendayu Tinggi dan Jamu Ratu Malaya di Dewan Perniagaan Melayu Larkin, Johor.

Program start pukul 9.30 pagi. Pukul 10.00 pagi Puan Rozita mula bagi talk pasal asal usul dia. Tau kan Puan Rozita ni mak kepada Datuk Aliff Shukri Dherbs terlajak laris hehehe.

Memang agak inspired lepas dengar kesusahan hidup Puan Rozita. Kawen paksa di umur belasan tahun, duduk di felda, anak cacat, miskin, bercerai. Hebat betul dugaan hidup dia kalau nak dibandingkan dengan saya ni. Insaflah :(

Lepas dah memotivasikan diri peserta dengan cerita bagaimana susahnya Puan Rozita nak berjaya macam sekarang beliau sambung pulak dengan talk tentang kecantikan dan kesihatan wanita. Memang best banyak tips dan petua yang dikongsikan. Lepas tu ada demo make up dan senaman dari Puan Rozita sendiri.

Sedar tak sedar dah pukul 1 petang. Masa macam agak laju berjalan tak puas nak dengar talk dari beliau. Nak dengar cerita dari Puan Rozita boleh pergi ke blog beliau sendiri :)


makk oiii ramping gila kalah anak dara :)



p/s: nak cuba meningkatkan lagi self-esteem dan bergaul dengan orang...huhu






Tuesday, April 21, 2015

29 tahun!


Tanggal 19 April 2015 genaplah umurku 29 tahun. 
Alamak dah 29? Tua sudah.
Harap-harap fizikal dan jiwa muda sentiasa hehe.
Tq husband belanja makan di

Restoran SSS Senibong

lobster masak butter, siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, kailan goreng belacan


ambience: 4/5
food: 5/5
service: 4.5/5
price: 3/5


Tq hubs for the special dinner :)



p/s: tahun ni celebrate kat rumah je huhu












Sunday, April 19, 2015

ToKyotOsaka: Hakone - Mount Fuji

Yahuuuuu..nak abes dah travelog Jepun. Hip hip hurray!!

Hari ke-7 kitorang ke Mount Fuji. Tapi amatlah kecewa sekali misi untuk melihat Mount Fuji tidak kesampaian. Ini kerana pagi-pagi lagi dah hujan. Memang tak ada tanda cahaya matahari nak keluar. Kecewa beribu kali kecewa.

Sepanjang perjalanan nak ke subway tu hati tak berhenti doa supaya hujan berhenti dan matahari muncul. Tapi cuaca still mendung jugak. Nak wat caner teruskan jelah niat nak ke Hakone sebab tiket dah beli.

Jauh jugak perjalanan dari Shinjuku ke Hakone. Boleh naik romance car kalau nak lagi cepat tapi kitorang tak naik sebab tu kena bayar lain. Berjimat heheh sebab sah-sah tak dapat tengok pun Mount Fuji tu. So tak yah nak rush sangatlah hahaha.

Okay kalau ikut tiket dan brochure yang dia bagi mula-mula kena naik subway Odakyu Line di Shinjuku lepas tu tukar naik Hakone Tozan Line (approx.115 mins). Kemudian kita akan sampai di Hakone Yumoto. Masa sampai di Hakone Yumoto hujan still gerimis. Kat sini kita boleh buat pilihan sama ada nak ikut route 1 atau route 2. Saya ambil route 2 naik Hakone Tozan Bus dulu ke Motohakone Ko (approx.40 mins). Jalannya macam jalan nak ke Cameron Highlands je. Bas ni akan berhenti di banyak stop tapi kita punya last stop adalah di Motohakone Ko okay?

tunggu bas di sini

Kat Motohakone Ko ni ada tempat-tempat menarik jugak untuk dilawati tapi kitorang tak pergi sebab hujan. Kitorang teruskan aje perjalanan ke jeti nak naik Hakone Sighseeing Cruise ke Lake Ashi. Di sini ada hot spot untuk melihat Mount Fuji tapi seperti sedia maklum cuaca hujan dan kitorang tak nampak apa-apa. Hahah sadis!.

naik Hakone Sighseeing Cruise pada pukul 12.00 tengah hari

Hakone Sighseeing Cruise
ai ai captain!

sepatutnya dapat tengok Mount Fuji dari sini :(
view sangat cantik. kalau tak hujan lagi cantik

Setelah merentasi Lake Ashi selama 40 minit kita akan sampai di Togendai Ko. Kat sini kena naik Hakone Ropeway pulak untuk ke Owakudani (20 mins). Kitorang berhenti di Owakudani sebab nak tengok kawasan kawah gunung berapi yang ada bau sulfur tu hahaha. Kat situ ada orang jual black egg tapi kitorang tak beli hehehe. Masa ni cuaca sejuk giler okay sebab hujan kot. Terpaksa beli hand socks sebab dah sampai tahap gigil.

naik cable car untuk ke Owakudani
dah sampai Owakudani. sejuk!!!

muka tahan sejuk hahah

kat belakang tu ada banyak sulfur
 
Selepas naik 'bukit' tengok kawah sulfur tu kitorang pegi kat shop berhampiran situ sebab nak beli souvenir. Kat sini sempatla kitorang grab fridge magnet sikit. Lepas tu sambung naik cable car. Cable car ni akan berhenti di Sounzan tapi kitorang dah malas nak berhenti terus aje ke Gora dan naik Hakone Tozan Train ke Hakone Yumoto semula dan balik ke bandar Tokyo dengan JR.

di dalam Hakone Tozan Train nak balik dah

Overall, perjalanan ke Hakone untuk melihat Mount Fuji amatlah mendukacitakan hahahah. Seketul Mount Fuji pun tak nampak. Kalau nak puas hati better pergi ke Lake Kawaguchi dapat tengok Mount Fuji besar-besar dan boleh tengok shibazakura. Next time kalau datang Tokyo maybe nak ke sana sebagai ganti tak dapat tengok Mount Fuji di Hakone. Pasang angan-angan dululah. Rasannya best view untuk tengok Mount Fuji masa musim summer kot? Ntah. Lagi satu masa banyak dihabiskan dengan menaiki macam-macam transport. Dari train ke bas lepas tu ke cruise next naik cable car then naik train smula. Apa-apa pun itu semua memori dan pengalaman yang tak dapat dilupakan :)

Okay sampai di Tokyo station kitorang ke Shibuya. Niat nak mencari kebab halal di Shibuya tapi macam tak jumpa plus dah letih. At the end of the day makan kat Malaychan lagi sekali buat kali terakhir huhu.

Shibuya crossing yang ramai giler orang melintas tu

jumpa Hachiko hehe

Total damage:

  1. Hakone souvenir - 500 yen (magnet transport) + 1140 yen (magnet 3 pcs)
  2. 7 eleven tea - 400 yen
  3. Glove - 500 yen
  4. Malaychan Restaurant - 3400 yen (2 pax)
  
Total DAY 7 = 4800 yen


 Untuk semua entry mengenai Japan klik sini!


p/s: tak sempat nak pergi Gotemba Premium Outlet
p/s/s: esok dah nak balik :'(







 

Thursday, April 16, 2015

ToKyotOsaka : Tokyo Disneyland

Hari ke-6 kitorang masih pening lagi sama ada nak ke Mount Fuji dulu atau Disneyland dulu. Memang dah buat itinerary tapi masalahnya cuaca tak berapa mengizinkan. Macam mendung je macam mana nak tengok Mount Fuji.

Pagi-pagi tu lepas breakfast kat bilik hotel kitorang terus gerak ke Shinjuku station nak beli Hakone free pass kat Odakyu Line Station. Kat kaunter tiket Hakone tu ada tv yang tunjuk life keadaan di Hakone. Memang mendung dan gelap tak nampak Mount Fuji pun. Makanya, kitorang cadang hari tu pegi Disneyland dulu. Harga tiket Hakone dari Shinjuku ialah 5140 yen seorang valid untuk 2 hari.

Sebelum tu kitorang sempat tukar lagi duit kat money changer sebelah kaunter tiket Hakone sebagai backup kot-kot tak cukup duit yen ke nanti hehe. Lepas tu terus gerak ke Disneyland. Dari Shinjuku station ke Shinkiba station tukar train dari Shinkiba ke Maihama station. Pastu jalan kaki ke Disneyland. Tiket Disneyland kitorang dah siap-siap beli kat Malaysia RM426 untuk 2 orang.

Cuaca makin sejuk. Kaki makin sakit. Nak jalan-jalan dalam Disneyland pun macam dah tak larat gila. Orang dah la ramai silap hari bulan la datang time weekend. Memang takde mood betul rasanya. Lagi satu masa nak masuk tu dia spot check bag. Tripod, monopod tak boleh bawak masuk ya. Sadis betul. Kalau nak bergambar dia boleh ambilkan. Masalahnya nak tunggu turn amik gambar tu kena beratur panjang. Adeh spoiled mood.





















Overall kitorang hanya berpusing-pusing aje dalam Disneyland. Memang tak ada cuba naik ride apa-apa. Kaki dah sakit sangat. Cuaca sejuk. Mood pun hilang. Dah tak tunggu sampai malam nak tengok bunga api semua. Takpelah next time kalau ada rezeki lagi cuba pegi Disney Sea plak hurmm. Ayat sedapkan hati.

Petang tu kitorang singgah lagi sekali ke Nakamise Market di Asakusa sebab bila fikir balik kitorang dah takde masa nak beli souvenir so kena beli siap-siap. Itu pun banyak kedai dah tutup. Memang rushing betul. Grab mana yang sempat je. Lepas tu patah balik ke Ueno settlekan baju HRC plak. Bertambah-tambah sakit kaki.

Malam tu sekali lagi dinner kat Malaychan sebab dah malas fikir nak makan kat mana. Balik hotel rendam kaki dalam air panas. Fuhh baru lega sikit.


Total damage:

  1. Ikebukuro - Shinkiba Train 960 yen
  2. Ueno - Asakusa train - 340 yen
  3. Nakamise Market 5000 yen (magnet 15 pcs) + 4900 yen (keychain x 10) + 2750 yen (keychain + magnet)
  4. Hakone free pass from Shinjuku - 10280 yen (2 pax) 
  5. Disneyland Souvenir 11000 yen (bantal x1, pinggan, magnet x4, pen x2)
  6. Disneyland Popcorn 1850 yen

Siap siap beli di Malaysia:
  1. Tokyo Disneyland ticket - RM426 (2pax)


Total DAY 6 = 37080 yen


Untuk semua entry mengenai Japan klik sini!







Monday, April 13, 2015

Tragedi 9 April

Kita hold dulu Travelog Jepun.

Tanggal 9 April 2015, peristiwa menyayat hati. Pukul 9 malam sedang kitorang tengok tv tiba-tiba pintu rumah diketuk. Ada sorang lelaki muka cemas bertanya "Abang ada bela kucing Parsi tak? Kucing jatuh bang." Husband jawab "Ada. Tapi kucing saya semua ada dalam rumah."

Masa tu saya dengan jantung nak tercabutnya terus pergi check bilik kucing. Noisy tak ada. Sah dia yang jatuh. Terus air mata bergenang. Tanya lelaki tu macam mana keadaan dia. Dia kata mulut berdarah. Dia dah call klinik tapi semua dah tutup.

Husband cepat-cepat turun. Saya tunggu dalam rumah. Buntu tak tau nak buat apa. Jenguk ke bawah nampak Noisy tengah terbaring. Ya Allah tak tergambar perasaan masa tu. Nampak husband bawak balik Noisy. Saya ingatkan dah mati. Alhamdulillah Noisy masih bernyawa. Masih hidup lagi. Kuasa Allah jatuh dari tingkat 7 tapi Noisy masih hidup! Terima kasih Allah.

Kitorang tanpa buang masa terus bawak Noisy pegi klinik. Tapi sayangnya klinik memang tutup. Time-time macam tu memang tak ada klinik yang bukak. Patah balik ke rumah. Sampai rumah bersihkan Noisy sebab dah terkencing dan terberak. Bersihkan darah kat mulut dan hidung dia. Dia tak boleh gerak. Tangan kiri macam patah. Allah!

Malam tu baring kat ruang tamu dengan Noisy. Dia diam je tak berbunyi langsung. Tapi ekor bergerak-gerak. Ada sedikit lega di situ. Satu malam tak boleh tidur memikirkan dia. Terbit je matahari terus bersiap ke klinik semula. Pukul 8 lebih dah ada depan pintu klinik. Tapi klinik masih tak buka lagi. Pukul 9 baru buka.

Buka je pintu klinik husband terus cepat-cepat pergi register. Noisy kucing pertama masuk untuk check up. Doktor amik darah. Oksigen masih banyak dalam badan dia. Lepas tu check temperature. High fever. Doktor kata nak x-ray. Mintak-mintak tak ada patah yang serius. Hanya mampu berdoa je masa tu.

Lepas tu doktor panggil ke bilik x-ray untuk explaination. Jantung punya laju masa tu hanya Allah je yang tau. Doktor kata tangan kiri patah. Tangan kanan ada masalah saraf sebab tu dia tak boleh bergerak. Dalaman nampak okay cuma bacaan liver agak tinggi 400 (normal 100).

Bila doktor cakap macam tu jantung terus makin perlahan dan semakin tenang. Noisy kena warded. Doktor kata akan cuba sedaya upaya rawat Noisy. Set tarikh untuk operation. Hari ni 13 April 2015 Noisy kena operate. Semoga operation tu berjaya dan Noisy selamat dan sihat seperti sedia kala. Aamiinn ya Rabb..

Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Mungkin Allah nak beri sesuatu..

X-Ray

cukur bulu untuk drip

deposit untuk ward dan surgery. demi Noisy papa dan mama sanggup buat apa saja tapi sakit hati dengan gst!





p/s: masih trauma. risaukan kucing-kucing yang lain. sob









Wednesday, April 8, 2015

ToKyotOsaka : Ke Tokyo ke Kita?


Dah sampai ke Tokyo..yahuuu..tak lama lagi travelogue ke Jepun akan tamat. Hehe.

Pagi tu seperti biasa selepas breakfast kat bilik hotel kitorang terus kemas-kemas barang dan check out. Actually separuh barang dah kemas malam tadi. Yang pagi tu cuma tinggal balance yang belum kemas sebab takut kelam kabut nanti ada je yang tertinggal. Maka menapak la kitorang ke subway station. Dari Namba ke Osaka station naik shikansen untuk ke Tokyo. Tak perlu bayar lagi sebab dah ada JR Pass. So masa nak naik train lalu je kat lorong white card dan tunjuk pada pegawai yang bertugas. Settle. Pastikan JR Pass tu sentiasa dalam jagaan. Jangan hilang pulak kang tak memasal kena bayar huahuahua. Tapi kalau hilang gak cam mana ek?

Naik shikansen dari Osaka ke Tokyo memakan masa 2 jam kot kalau tak silap. Lupa daaa...setahun punya information sura hirang hihi..Nampak dari luar shikansen ni laju giler tapi masa duduk kat dalam tu rasa macam naik train biasa je. Kitorang duduk seat sebelah kiri yang tak direserved. Kalau reserved seat harga lain rasanya. Kononnya nak tengok Mount Fuji tapi sampai ke sudah tak nampak Mount Fujinya hukhuk.

kitorang naik Nozomi 222 ke Tokyo pukul 10:50. Kalau xnak stop2 naik yang Nozomi 14 tu

Dalam tengah hari jugak kitorang sampai kat Tokyo station. Lepas tu terus naik subway ke Ikebukuro plak sebab nak check in hotel. Kitorang pilih Sakura Hotel Ikebukuro sebab senang laluannya dalam satu loop je. Macam kat Osaka jugak, subway kat Tokyo pun ada loop.

Hotel ni saya booked melalui website Sakura Hotel dan booked double room. Bilik lebih kurang sama jugak macam kat Osaka Floral Inn Namba. Selesa dan ada wifi. Alhamdulillah boleh la dari takde. Harga 27,900 yen untuk 3 malam. Bayar masa check in.



sempit tapi bolehla

Lepas dah check in dan tengok bilik kitorang keluar semula. Destinasi pertama yang kitorang pegi kat Tokyo ni Hard Rock Cafe Ueno Iki. Hehehe. Ada orang awal-awal dah pesan t-shirt HRC so terpaksa la cari. Masa tu kitorang usyar-usyar je dulu belum beli lagi. Last day nanti kot baru beli.
Next, kitorang ke Asakusa plak. Nak pegi Asakusa ni kena naik subway line lain so terpaksa keluar duit sikit. Kat Asakusa ni ada Nakamise Market yang jual souvenir. Kena pegi cepat-cepat tau sebab pukul 6 petang kedai-kedai dah nak tutup. Kat sini saya sempat grab pinggan perhiasan je sebab mak mertua pesan. Takut tak datang sini lagi so saya pun terus beli la tanpa berfikir panjang. Kat sini ada Tokyo Skytower tapi kitorang tak pergi.

 

ramai betul orang

Destinasi seterusnya ke Tokyo Tower. Naik subway dari Ueno ke Hamamatsucho station. Lepas tu kena jalan kaki sikit. Fuhhh. Kat sini ada kejadian yang tak diingini berlaku. Masa lepas bergambar kat Tokyo Tower kitorang pun berjalan kaki balik semula ke Hamamatsucho station. Dalam suku perjalanan husband terperasan yang JR Pass dia tak ada!! Ya Allah punya lah berdebar masa tu. Kalau tak ada JR Pass macam mana nak balik Osaka? Huwaaaa....

Pastu husband patah balik ke Tokyo Tower. Nasib menyebelahi kitorang. JR Pass tu elok je terjatuh kat atas jalan. Takde sapa yang amik. Alhamdulillah. Nasib baik time tu orang tak ramai. Keadaan pun gelap so orang tak perasan. Rasa lega sangat bila JR Pass dijumpai semula. Kalau hilang tak taulah apa nak buat. Uiii...

Oyaa...lupa plak masa sibuk-sibuk berwefie kat Tokyo Tower tu ada visitor tanya kitorang mana nak beli monopod. Diorang agak pelik kitorang pakai monopod. Kat Jepun memang takde jual dan takde orang pakai. Hahahaha. Kitorang cakap beli kat Malaysia. Nampak diorang macam frust je. Heeeee.
Hari semakin gelap kitorang decide nak cari tempat dinner. Tak sempat nak terjah tempat lain macam Akihabara ke Nippori ke Shinjuku ke. Uwaaaaa. Niat nak pegi Nippori nak tengok barang-barang craft tak tercapai. Masa amat mencemburui kami. Sob.



 


Malam tu kitorang try cari restoran Malaychan kat Ikebukuro. Susah gak nak jumpa. Sesat beberapa kali. Bila tanya orang semua 'ano' 'ano' je. Memang tak paham bahasa. Kikiki. Tengok google maps pun macam tak betul je. Pusing punya pusing jumpa gak restoran Malaychan tu. Susah nak explain kat mana lokasi dia sebab dia macam kat lorong-lorong. Huh..

Kitorang order nasi goreng, nasi ayam, teh tarik dengan air sirap. Tu pun dah berapa punya mahal daa. Hahaha. Aunty Jepun kat kedai ni boleh cakap Melayu. Hihi. Staff dia pun orang Malaysia.

Zizan Razak pernah makan kat sini
stok-stok dari Malaysia
 

di hujung sekali kedainya

berasnya macam pulut huhu

Total damage:

  1. Malaychan restaurant 3200 yen
  2. Ueno - Asakusa train - 340 yen
  3. Nakamise Market 5250 yen (pinggan x3)
 
Total DAY 5 = 8790 yen



Untuk semua entry mengenai Japan klik sini!