Wednesday, August 3, 2011

Honeymoon ke Gold Coast, Australia - Day 3 & 4

At last selamat juga bersiaran ke DAY 3 dan hari terakhir setelah sekian lama tertangguh. Tak tau kenapa lately malas sangat nak update belog. Banyak je cerita yang nak dishare tapi tahap kemalasan mengatasi segalanya. Sebelum ni saya dah kongsi pengalaman Honeymoon ke Gold Coast, Australia - DAY 1 dan Honeymoon ke Gold Coast, Australia - Day 2 . So, hari ni saya nak completekan entry pasal holiday ni khas untuk panduan kepada sesiapa yang ingin ke sana suatu hari nanti.

DAY 3 - 7 July 2011

naik bas di 738 di Pacific Fair dan stop di Harbour Town


Untuk Day 3 ni sebenarnya tak banyak sangat aktiviti. Just nak abeskan duit yang ada je...hehehehe. Kami decide nak pergi ke Harbour Town. Harbour Town ni kiranya macam syurga membeli belahlah. Kat sini terdapat pelbagai jenis kedai branded yang menjual produk dengan harga yang murah. Antara kedai yang ada Levi's, Fossil, Nina West, Esprit, Adidas, Diesel dan macam-macam lagilah. Waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Kami pergi ke sana naik bas jam 11 pagi dari Pacific Fair menuju ke Harbour Town. Agak jauh juga lokasi Harbour Town ni dari Surfers Paradise.

Sampai kat sana kami masuk Fossil. Nak cari jam. Memang dah lama pasang niat nak beli jam baru. Jumpa yang berkenan apa lagi rembatlah..Hehehe saya satu hubby satu. Jam saya dari harga AUD 169 jadi harga AUD 109 atau RM350 dan jam hubby AUD 89 atau RM285. Masa tu ada offer. Kalau jam hubby RM285 kat sana, kat Malaysia pulak berharga RM400 + perghh jauh tu beza..dekat half price. Memang berbaloi beli kat sana. Tapi harga jam saya saya tak tau sebab tak jumpa lagi kat kedai di Malaysia ni. Lepas beli jam berkenan pulak dengan handbag Fossil. Tapi tahan jelah nafsu sebab takut tak cukup duit. Lagi pun harga beg berkali ganda dari harga jam..wuwuwuwuw..



jam lama dan baru

saya punya :D




Kat Harbour Town pun tak ada masalah nak makan. Sana ada jual kebab halal Ispa Kebab namanya dan Nandos kat sana pun halal. Tapi Nandos Australia lain sikit konsepnya. Kalau di Malaysia kita duduk dan waiter akan datang amik order tapi kat sana self service ya macam kita nak beli McD or KFC..heheh. Menunya pun lain sikit. Kami order platter for sharing - whole chicken with 2 sidelines. 2 sidelinenya nasi iaitu Spicy rice. Nasi dia warna kuning rasa agak pedas pedas pahit tapi sedap. Kalau di Malaysia namanya Mediterranean rice dan nasinya berwarna putihkan but peri-perinyanya tak ada beza lah. Makan dua orang berharga AUD 31. Kat sana pun ada Asian market namanya Woolworth. Ada jual produk-produk Asia yang halal. Kami beli strawberry kat situ. Sangatlah fresh, masam manis dan yummeh!! AUD 3 sekotak..hehe.

di Nandos @ Harbour Town

seronok dapat nasi setelah 3 hari!

yum..yum

strawberry from woolworth





naik bas 715 di Harbour Town (JANGAN SALAH ARAH). transit di Southport dan naik bas 700 ke Surfers Paradise






Dah puas ronda-ronda Harbour Town kami decide nak kembali ke Surfers Paradise. Nak beli souvenir lagi. Ada yang tak cukup. So, habiskanlah balance duit yang ada ni dengan membeli souvenir-souvenir kat sana. Tapi kami tersalah naik bas dari Harbour Town ke Surfers Paradise sebab tersalah tunggu di bustop arah yang bertentangan. Terpaksalah tukar bas kat Australian Fair. Nasib baik ada freedom pas tiket...huhu. Selamat juga sampai ke Surfers Paradise jam 2 petang. Kami ronda-ronda pantai dulu. Tapi tak ada org yang surfing maybe sebab tengah winter kan. Suhu air laut pun mestilah rendah. Pasir pantainya pun sejuk! Dah puas posing-posing bergambar di pantai kami ke destinasi terakhir membeli belah di kedai souvenir. Masuk kedai tu kedai ni berhabisan AUD 26 dan masuk ke Hard Rock Cafe sebab nak beli t-shirt berhabisan AUD 116 pulak.

Dah settle semua balik semula ke hotel pukul 6 petang. Hari ni kami balik awal sebab dah nak kena kemas beg pasal besok pagi-pagi dah kena check out..wuwuw sedihnya. Balik hotel melantak strawberry!.








DAY 4 - 8 July 2011


Tak banyak nak cerita untuk DAY 4 pasal ni hari terakhir di Gold Coast. Seawal jam 4 pagi kami dah mandi dan bersiap-siap. Angkut beg semua dan pergi check out. Alhamdulillah dapat refund deposit AUD400 tu bolehlah shopping lagi..heheh tapi tak ada maknanya sebab dah tak ada masa lagi nak shopping.

Tunggu shuttle bas di lobi hotel dan kira-kira jam 5.50 pagi bas sampai. Fuh lega..sampai kat airpot dalam pukul 6.45 pagi. Check in baggage dan pung pang pung pang settle passport, scan semua kami menghabiskan masa dengan last minute shopping kat duty and tax free shop di Coolangatta airport. Ada lagi souvenir yang kami beli sebab ada duit lagi yang berbaki AUD 400 tu..hihihi. Settle semua tunggulah dekat waiting room sampai tibanya waktu berlepas iaitu jam 8.40 pagi.

flight kami pukul 8.40 pagi gate 8
sempat bershopping lagi di airport

Ehh..masa nak balik pun kami jumpa lagi 2 couples yang datang sama-sama hari tu. Tak sangka balik pun sama-sama jugak..hehehe tapi as usual kami tak bertegur sapa pun. Mereka pun tak senyum..hermm takpelah. Bila dah announce boleh masuk flight perasaan ni rasa lega yang amat sebab dapat balik semula ke Malaysia. Maklumlah sebelum ni asyik mimpi terlepas flight balik je..kelakar betul. Tapi perasaan lega tadi bercampur sedih jugak. Rasa sayang nak tinggalkan Gold Coast. Memang best duduk kat sini especially tentang cuacanya! Hihi Tak risau bab kulit hitam duduk berjemur bawah matahari pukul 12 tengah hari pasal tak rasa pun panasnya. Sejuk je manjang..kekeke jakun!

Dah naik flight dah...bye-bye Gold Coast. Tak tau bila lagi dapat jumpa kamu..Dalam flight makan Nasi Lemak Pak Nasser lagi. Lapar giler uhhhh!!!. Jam 3 petang waktu Malaysia kami selamat tiba di LCCT Kuala Lumpur..Hoyyeehhh alhamdulillah savely arrived!



cantikkan!

bye-bye Gold Coast!



Entri habis secara mendadak. Sekian :)