Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, May 20, 2015

Ayam Paprik




Bahan-Bahan:
  1. Ayam - dipotong kecil (300g)
  2.  Halia (1 cm) 
  3.  Bawang merah (4 ulas)
  4.  Bawang putih (2 ulas)
  5.  Pes cili (2 sudu besar)
  6.  Kicap manis (3 sudu besar)
  7.  Sos tiram (1 sudu besar)
  8. Sos cili (2 sudu besar)
  9. Daun limau purut (3 helai)
  10. Jagung muda - dipotong kasar (2 biji)
  11. Brokoli (sedikit) 
  12. Tomato (1/2 biji) 
  13. Kacang panjang (2 batang-potong pendek)
  14. Garam (sedikit)
  15. Minyak untuk menumis 

Cara memasak:
  • Cara membuatnya, pertama sekali, ketuk dan cincang halus bawang putih dan hiris halus bawang merah serta halia.

  • Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah dan halia.

  • Setelah layu, masukkan pes cili dan kacau hingga pecah minyak.

  • Selepas itu, masukkan gula, kacau sebentar dan masukkan sos tiram, diikuti dengan kicap manis dan ayam.

  • Kacau sebentar dan masukkan sedikit air. Kemudian, masukkan kacang panjang, daun limau purut dan sos cili.

  • Kacau dan tutup kuali. Biarkan hingga ayam masak dan pecah minyak.

  • Setelah itu, masukkan garam, tomato, jagung muda dan akhir sekali brokoli. Kacau hingga sebati, tutup kuali, biarkan hingga bahan-bahan tadi empuk dan sedia untuk dihidang.







Tuesday, April 28, 2015

Sambal Goreng Jawa



 
 Bahan-bahan:
  
  1. Tempe, dipotong kecil dan goreng (1 bungkus) 
  2. Tauhu basah, digoreng dan dipotong kecil2 (2 biji)
  3. Udang, dibuang kepala dan ekor (segenggam)
  4. Kacang panjang, dipotong pendek (3 urat )
  5. Campuran suhun dan fucuk, direndam (1 paket)
  6. Bawang merah, dihiris halus (1 biji )
  7. Bawang putih, dihiris halus (4 ulas)
  8. Cili merah, dihiris halus (2 biji )
  9. Santan pekat (200ml)
  10. Belacan, dibancuh sekali dgn santan pekat (1inci )
  11. Garam (sedikit)
  12. Gula (sedikit) 
  13. Minyak masak (sedikit)

Cara memasak:

  • Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumis bawang merah, bawang putih, dan cili merah sehingga kekuningan. Kemudian masukkan udang dan kacang panjang. Gaul sebati. 
  • Masukkan tempe dan tauhu, dan kacau lagi.
  • Seterusnya masukkan belacan yg dibancuh dgn santan. Kacau seketika.
  • Masukkan garam dan gula sesedap rasa.
  • Akhir sekali, masukkan suhun dan fucuk. Kacau seketika dan tutup api.




p/s: sedap makan dengan nasi impit







Monday, April 27, 2015

Ayam Goreng Berempah

 
sorry ayam tehangus sikit. hahaha


Bahan - Bahan :
  1. 1 biji bawang besar 
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 1 inci halia
  4. 5-7 biji cili kering
  5. 1 sudu mkn serbuk rempah (serbuk kari daging/ayam cap Babas).
  6. 3 batang serai
  7. 1 biji telur
  8. 1 s/kecil serbuk kunyit
  9. 3 sudu mkn tepung jagung
  10. Garam dan serbuk perasa

Cara memasak :
  • Semua bahan dikisar bersama dan diperap bersama ayam selama setengah jam.
  • Sedia untuk di goreng sehingga warna keemasan.


 p/s: sedap resepi ni. paling memikat selera :D