Friday, August 30, 2013

Honeymoon Ke Pulau Lang Tengah - Part 1

Baiklah bersambung daripada entry semalam. Dari negeri che siti wan kembang kitorang teruskan perjalanan ke negeri penyu bertelor lak. Sempena tahun melawat Terengganu 2013 ni kitorang bercadang nak honeymoon kat situ. Kalau tahun lepas tahun melawat Perak kitorang dah pergi lawat Perak, tahun ni tahun melawat Terengganu haruslah kitorang melawat Terengganu pulak. Menyahut seruan kerajaan sesangat.

Destinasi yang menjadi pilihan adalah Pulau Lang Tengah. Ramai yang tak tau kat mana Pulau Lang Tengah ni. Actually, ianya terletak antara Pulau Redang dan Pulau Perhentian. Pulaunya yang paling kecik sekali. Lepas tu tak ramai sangat orang kat pulau ni. Private island gitu sesuai untuk honeymoon.

di antara Perhentian dan Redang

Mula-mula kitorang nak pergi Pulau Perhentian. Nak stay kat Bubu Long Beach. Malang sekali semuanya dah fully booked. Maklumlah lepas raya dan cuti sekolah pulak tu. Sapa suruh book lambat kan. Then, orang pakej pulau malaysia tu cadangkan pergi Pulau Gemia dekat dengan Pulau Kapas sebab pulau tu sesuai untuk honeymoon. Bila google Pulau Gemia rasa macam tak berkenan pulak sebab Pulau Lang Tengah lebih menggiurkan.

Pagi-pagi lepas breakfast kat hotel di K.B tu kitorang terus check out dan bergerak ke Merang sebab nak ke Lang Tengah atau Redang kena naik bot di jeti Merang. Kalau nak ke Pulau Perhentian naik bot di jeti Kuala Besut. Ingat tau. Kitorang sampai tepat jam 10 pagi dan bot dah berlepas. Hahaha. Tapi takpe orang yang jaga bot tu kata boleh tumpang bot lain dan kejar bot yang dah lepas tu. Nasib baik. Dalam pada tu sempat lagi beli topi RM15.

Kitorang parking kereta kat situ dan kena caj RM30 untuk 3 hari!!!! Lepas tu bayar pulak tiket bot transfer RM360 untuk 2 orang!!! Lepas dah bayar terus naik speed bot kat jeti dan sampai tengah-tengah laut kitorang kena transfer pulak kat bot yang dah lepas tadi. Dalam bot tu semua foreigner. Ada negro ada kulit putih. Sorang melayu pun takde kecuali kitorang dengan abang bot tu je. Huhuhu.


Setelah 45 minit dilambung ombak sampailah kami di Sari Pacifica Resort & Spa Lang Tengah. Wahhh dah nampak dah shining-sparkling-crystal-clear-emerald-turqouise-blue waternya tu. Haaa amik kau semua sekali aku letak. Bellboy dah siap-siap tunggu atas jeti dengan troli. Pastu kitorang terus ke reception desk. 

Sementara nak register kitorang dijamu air fresh orange sebagai welcome drink. Staff hotel siap boleh tau lagi ni Encik Mohamed Kamal kan. Eh eh terrernya dia. Kagum sebentar. Rupa-rupanya kitorang jelah orang melayu Malaysianya pun yang lain namanya Sharapova, Bronislava, Dominika, Evpraksiya. Haa memang tergeliat la lidah nak menyebut. Memang takdelah Mohamed Kamal yang lainkan...huhauhahuha. Kesimpulannya kat resort tu semua FOREIGNER!!! Dan kamilah the only couple dari Malaysia masa tu. Semua orang tengok. Bangga woi bangga...teetttt.

Hahaha..rasa macam asing dibumi sendiri. Lepas dah register kitorang tak boleh masuk bilik lagi sebab baru pukul 11. Check in time pukul 2. Letaklah dulu beg kat lobi dan ronda-ronda kawasan sekitar sambil snap-snap pic. Mat saleh mat saleh yang datang sama-sama tadi dah selamat dah terjun laut ditengah-tengah hari buta tu..uuuuuuii...dasat!




Tak sampai kul 2 macam tu dah boleh masuk bilik. Kitorang book villa yang menghadap swimming pool RM798 hokay untuk satu malam. Ohhh ya, macam mana nak booking? Boleh book direct dari Sari Pacifica punya website. Nak tau lebih lanjut tengok kat sini. Dan...mesti amik pakej fullboard tau!!! Fullboard tu bermaksud termasuk breakfast, lunch dan dinner. Sebab apa saya suruh amik fullboard sebab kat situ tak ada kedai runcit jual makanan ya. Boleh kebuluran la kat pulau tu 3 hari tak makan..kikikiki. Melainkan kalau masing-masing ada skill macam Survivor tu. Boleh pancing ikan ke candat sotong ke. Terpulang. Joran pun boleh sewa.

swimming pool betul-betul depan villa kitorang

nilah villanya
ada dua katil king size

limited astro channel

view depan tu adalah swimming pool

ni bilik air. luas giler

jacuzzi

jamban




Kitorang dapat bilik F5. Dan masuk je bilik terus wOw. Terpegun sebab ada jacuzzi for two okay.. Hahah. Biasalah jakun seyyy kat rumah mana ada jacuzzi. Lepas dah letak beg kitorang terus pergi lunch yang dah termasuk dalam pakej tadi tu. Makanan tengah hari dia not bad. Tapi tak banyak choice la. Dan mostly menu-menunya adalah western. Kan ke kata semua foreigner kat situ. Kitorang berdua je yang sesat makan budu. Yang tak puas hatinya dia bagi plain water je kot. Kita tengah-tengah hari macam tu mestilah nak air manis, air batu. Kalau nak, kena order lain dan bayar lain. Erkk.

lunch

Lepas dah makan kitorang balik bilik dan tidur kejap sebab kepenatan dari pagi tadi belum sempat rehat lagi. Dalam pukul 5 macam tu baru keluar ke pantai mandi manda dan tengok sunset. Dah nak maghrib baru kitorang balik bilik tapi sebelum tu sempat lagi terjun pool sebab nak bilas badan.

sunset yang sangat cantik

Malam tu lepas berendam dalam jacuzzi pergi dinner western lagi. Ada spaghetti. Ada steak. Sedap! Abang chef tu siap mintak maaf lagi dia cakap sorry semua makanan western je kat sini. Takpela bey sekali sekale pusing tekok wase makanang westeng pulok. Tapi ambe nok maroh hok ni je, takdok air maneh. Plain water again siang malang.

syok gila orang tak pernah mandi jacuzzi

malam tu makan spaghetti bolognese

Dah makan kitorang jalan-jalan kat tepi pantai. Saja nak amik angin pantai siap berjalan sampai ke resort sebelah iaitu Summer Bay Resort. Tapi kat resort tu rasanya macam ramai chinese. Nampak diorang bakar unggun api tepi pantai meriahlah pulak. Resort kitorang sunyi sepi. Mati takde aktiviti.

Dah penat jalan kitorang patah balik ke resort kitorang tapi tak nak balik bilik lagi sebab malam masih muda. Kitorang duduk lepak tepi pantai tu sambil mencari line wifi. Wifi free tapi line agak kureng biasalah pulau kot. Tetiba datang sorang waitress ni tanya nak minum tak. Tadikan dahaga sangat nak air batu so ape lagi laju-laju lah order mango juice. Perghhh puas hati dapat minum ais. Wakakakaka. RM8 segelas pun RM8 lah.


sapa nak candle light dinner boleh makan atas jeti tu. romantik abes..hahaha

love you you island. ada ikan yu kat sini tau

berjalan-jalan sampai ke summer bay resort

pekena mango juice RM8 >.< puas!

Then, kitorang balik bilik dan tidur. Bersambung di part 2...






p/s: nervous!