Kesahnya kitorang booked hotel last
minute. Kurang sebulan nak berangkat ke Jepun baru terhegeh-hegeh nak
booking hotel. Nasib baik masih available tapi tu pun dah tinggal wal
saki baki tompok-tompok taik unta sahaja.
Saya
try google dan berkenan dengan Osaka Floral Inn Namba Hotel sebab dia
dekat dengan tempat yang ada nightlife seperti Shinsaibashi, Ebisu bashi,
Nipponbashi dan Dotonbori. Tempat-tempat ni lebih kurang macam shopping
street Myeongdong di Seoul banyak jual pakaian-pakaian berjenama/tak
berjenama, barang kosmetik dan kecantikan, kedai-kedai makan dan
lain-lain. Barang souvenir? Yilekk..kalau ada pun kedai Little Osaka
tapi tak banyak choice. Dan lagi satu yang paling penting ada free
WiFi..Weeeehuuuu.
Mula-mula
sampai di Nankai-Namba Station kitorang macam lost kejap sebab tak
jumpa kat mana Namba Walk. Puas pusing keliling station tu tapi tak
jumpa langsung perkataan Namba Walk. Aiii sudah macam mana nak tuju ke
hotel ni. Bukak google maps kejap dan kitorang try ikut arah dalam
google maps.
Mak
aiii jauh gilos hotel ni dengan Nankai-Namba Station. Rupa-rupanya saya
salah faham. Namba ni ada 2 station. Nankai -Namba Station dan
Osaka-Namba Station. Berbeza tau!. Adus. Tapi dua2 station ni boleh
tembus antara satu sama lain. Yang Namba Walk tu di dalam Osaka-Namba
Station bukan Nankai-Namba Station. Ok fine! Pening an? Hahahah.
|
ikut je line biru tu atau nak masuk kat Ebisu bashi street tu pun boleh |
So,
dari Nankai-Namba Station cari OIOI Mall. Bersebelahan je dengan
station tu. Lepas tu kat sebelah OIOI Mall ada satu shopping street
namanya Ebisu bashi. Masuk dalam street tu dan jalan terus sampai jumpa
traffic light. Cross jalan tu dan belok kanan. Jalan lebih kurang 500
meter dan jumpalah Osaka Floral Inn Namba Hotel.
Lagi
satu cara kalau dari Osaka-Namba Station boleh keluar kat Namba Walk
Exit B26 lagi dekat. Keluar-keluar terus nampak hotel. Dari Nipponbashi
Station pun boleh. Dua-dua station ni dekat dengan hotel. Cuma
Nankai-Namba Station je yang jauh sikit.
Sebelum
nak sampai hotel ada 2-3 buah rumah urut yang boleh membuatkan
kaum-kaum lelaki tersembul bijik mata. Rumah urutnya sangat wow dengan
poster-poster iklan yang unsensored. Open giler!. Uiii...lelaki mana
yang tak suka agaknya. Hikss. Saya suruh husband tutup mata. Hahahaha.
Masa
booking kat Agoda kitorang dapat bilik untuk 3 malam je sebab dah
penuh. 1 malam lagi kitorang terpaksa booking bilik lain. Kiranya 3
malam bilik yang sama kemudian check out dan pindah bilik lain untuk 1
malam lagi. Harga pun sedikit berbeza. Padah booking lambat.
Lobi
hotel ni kat tingkat 2. Eskalator dia ada satu je untuk ke lobi.
Sebelah pagi eskalator arah menurun. Bila petang eskalator arah menaik.
Kalau tak kena arah masa nak naik tu boleh pergi kat tangga sebelah.
Tader hal.
Osaka Floral Inn Namba Hotel RM976.05 + RM329.43 (4 nights) = RM1305.48
|
kat bawah tu ada mart - ni gambar google |
|
bilik sempit tapi bolehlah untuk 2 orang |
|
WiFi laju giler...suka suka suka! |
|
toilet pun kecik tapi selesa |
|
sabun dia wangi.. :D |
Lepas
check in dan masuk bilik kitorang berehat-rehat kejap dan mandi. Malam
tu nak keluar jalan-jalan kat Dotonbori pulak. Kasi hilang penat dan
stress sebab sesat cari hotel tadi.
Dukacita
dimaklumkan plug adapter yang kitorang bawak xngam ngan suis kat sini.
Hahahah. Yang kitorang bawak tu Korea punya memang xleh pakailahkan. Tu
lah tak study lagi dah salah. Terus rasa macam takde mood sebab bateri
kamera Nikon nak kena charge pakai plug adapter. Rugilah kan jalan
jauh-jauh tak ambil gambar sebab salah plug punya pasal. Cheese sungguh!
Tapi husband janji dia akan cari kat Mart kat bawah bila turun nanti.
|
yang saya bawak. Korea punya...ngeng sangat! |
|
sepatutnya macam ni okeh :p lenkali kena beli universal travel adapter |
Turun
kat Mart kat bawah tengok tak ada langsung jual plug adapter. Kecewa.
Yang ada USB adapter je. Belilah jugak untuk charge handphone. Lepas tu
masuk Dotonbori. Banyak Mart dalam Dotonbori tapi satu tempat pun tak
jumpa jual plug. Kecewa kuasa dua. Takpelah kita jalan-jalan menikmati
kawasan sekitar dulu. Esok cari lagi. Lagi pun bateri banyak lagi.
|
Dotonbori..ramai betul orang. walking distance je dari hotel |
|
kat Jepun pun ada banner Malaysia |
|
kedai ketam |
|
takoyaki dan okonomiyaki |
|
Little Osaka - kedai souvenir tapi tak banyak choice. banyak biskut-biskut je |
|
dah kenapa makcik? aisshh |
|
octopus |
|
Shinsaibashi banyak jual barang-barang branded |
|
Glico man sign. apatah yang bestnya ngan signboard tu? |
|
kitorang guna
monopod. semua orang tengok pelik. kat Jepun diorang tak guna monopod.
siap tanya kitorang lagi beli kat mana. muahahahaha. kira Malaysia maju
jugaklah kan. bangga jap ;p |
Setelah
pusing-pusing kat street tu kitorang ternampak satu signboard Indian
Restaurant. HALAL katanya. Maka kitorang pun cuba. Order biryani ayam
dan biryani udang. Pergggghhh banyak gila nasi dia. Portion untuk satu
hidangan macam boleh makan untuk 2 orang. Tak habis okay! Pastu
malu-malu nak panggil owner kedai tu nak mintak tapau hikhik. Tapi
pakcik India tokey kedai tu okay je dia suruh assistant dia amikkan
plastik. Pastu kitorang masukkan sendiri dalam plastik dan bawak balik.
Esok pagi boleh makan untuk breakfast. Jimat tak? Hahahah.
|
mata kena tajam sebab signboard banyak sangat dan tak berapa nampak. perati betul-betul ya. hihihi |
|
nak cuba makanan Jepun tapi tak tau mana nak cari yang HALAL |
|
ni lah biryani ayam dan udang. boleh tahan sedap. minum air kosong je. |
Dah kenyang balik hotel. Tidur.
Total damage:
1. Biryani at Indian Restaurant for 2 + plain water - 3200 yen
2. USB Adapter - 1700 yen
Total DAY 1 = 6740 yen
p/s: esok misi mencari plug adapter!
Untuk semua entry mengenai Japan klik
sini!