Tuesday, June 23, 2015

Air Asia free seat

Air Asia buat free seat lagi wohooo..

Sempatla jugak saya menggrab tiketnya. Sebab dah murah sangatkan kita sambar jela. Kalau tak jadi pegi pun tak de la ralat sangat hehehe.

Ke Korea ke kita? Ahakkss..berangan Korea pulak. Langkawi je la mampunya dengan harga RM42.40 return untuk 2 orang tu. Tapi tak termasuk add on lah kalo tak mesti ada plus-plus lagi.

Teruja dan jakun sangat sebab pestime dapat tiket yang paling murah ni haha. Tapi tahun depan la peginya pun. Takpelah banyak masa nak prepare duit booking hotel 5 start yang best-best kat sana nanti kan.





p/s: korang pulak sempat sambar tiket ke mana? :D




Meet and Greet with Farah Diana Anuar

Cerita dah lama tapi nak up jugak. Ngeee :D
Oppss sebelum tu selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat.

Hari tu scroll-scroll instagram tetiba nampak iklan demo make up dan style hijab dari butik Habibi by Al-Kenali. Lepas tu ada artis jemputan Farah Diana AF. Saja nak mencuba nasib dan mengisi masa saya pun gatalkan diri join program tu. Hahahah. Selama ni kan selalu terperap kat rumah sesekali kasi la chance nak bercampur gaul dengan orang.

Dengan yuran yang tak berapa nak mahal sangat cuma RM50 je dihidangkan pulak dengan hi tea makanan yang sedap-sedap di Hotel Grand Pargon J.B sangat-sangat memuaskan hati. Kira tak rugi la pegi sebenarnya saja nak enjoy-enjoy je pun. Bukan tu saja dapat pulak free goodies bag dari butik HBAK. Dalam goodies bag tu ada sehelai shawl dan sehelai inner. Alhamdulillah.

Selain tu ada jugak jualan tudung dari butik HBAK ni. Sempat la saya grab sehelai tudung instant kat situ. Nak beli banyak tak bawak duit lebihla pulak. Haha. Di akhir program ada lucky draw. Macam biasalah saya ni tak pernahnya dapat lucky draw tapi kakak ipar saya dapat. Urmm untung dia.

Sekian sahaja coretan untuk hari ini.


belanja gambar sekeping :p

Konklusi daripada program tersebut saya dapat tambah ilmu lagi tentang make up. Ohh lepas ni nak mencuba makeup for ever pulak selain dari MAC.




p/s: nak berbuka apalah petang ni agaknya? ermm








Friday, June 5, 2015

Adam's Place: Nasi Kandar Line Clear

Dekat Setia Tropika sekarang ni ada bukak satu restoran nasi kandar baru, Adam's Place namanya. Sebagai warga pantai timur saya memang tak pernah makan nasi kandar. Cuma beberapa tahun lepas pernah jugak makan nasi vanggey kat Ipoh. Ooo macam tu rupanya nasi kandar. Hihi

Tapi saya ni kurang minat sikit dengan nasi kandar ni. Kalau pergi makan pun saya akan order nasi beriani dengan ayam goreng. My feveret la nasi beriani dengan ayam goreng macam tu. Saya tak suka nasi beriani berlaukkan ayam gulai atau pun ayam masak merah. Tapi yang paling best rasanya dekat restoran Taj kat Kuantan. Tu pun dulu-dululah sekarang ni dah tak tau macam mana rasa dia. Lama gila tak makan. Rindunya...






ambience: 4/5
food: 3.5/5
price: 2.5/5
service: 4.5/5



p/s: tak boleh la nak makan selalu pasai sepinggan pun dah berbelas ringgit kalo buh sotong. oo mak..