Sunday, August 23, 2015

Renovate Rumah : Drawing Kitchen Cabinet

Alhamdulillah drawing kitchen cabinet dah released. So far macam tak ada problem sangat tentang drawing tu semua mengikut apa yang saya bayangkan cuma ada sikit aja perubahan. Tapi price quotation masih belum tau lagi.

By the way kitorang pergi Homedec kat Persada baru-baru ni dan berkenan dengan kitchen cabinet Venice. Masa tu ada promosi pakej RM7k ++ untuk size kabinet 10 kaki. Dapur rumah kitorang sizenya dalam 21 kaki. So, kena tambah lagi la price tu. Maybe sampai ke berbelas ribu kot untuk kitchen cabinet saja...wuwuwu.

Material untuk pintu kabinet kitorang pilih jenis melamine with ABS aja. Tak minat sangat yang 3G atau 4G  yang ada bingkai aluminum tu. Material kayu nyatuh lagi lah tak minat. Sebab tu macam sesuai untuk konsep country home atau english style kot. Lagi satu nampak macam oldskool sikit lari pulak nanti konsep modern kotemporari huhu.

Untuk worktop jenis apa ek lupalah pulak. Yang pasti bukan granite sebab tak mampu nak pasang granite hukhuk. Saya punya kitchen cabinet berbentuk L shape. Nak letak satu meja workstation untuk buat-buat kerja macam membaking ke apa nanti. Baking la sangat kan. Haha. Yang pastinya bukan counter bar. Dia lebih rendah dari counter bar.



So, inilah drawingnya. Cuma pelik kenapa ada tambahan satu line coklat kat backsplash tu dan meja yang terkeluar tu bukan nak counter bar macam tu tapi meja yang lebih rendah macam meja makan dan panjangnya lebih kurang 3 kaki tak pendek macam tu. Backsplahnya pulak nanti akan letak macam mirror tengok sekarang ni banyak yang buat konsep mirror.

Lepas tu yang atas sinki nanti akan ada rak tergantung lebih kurang macam gambar ni.


ni gambar contoh yang amik kat show house. nak sebijk macam ni..hehe

Tak sabar nak tunggu kontraktor datang dan pasang seperti apa yang diimpikan. Maybe semua ni akan siap by Oktober kot sebab nak kena settlekan plaster ceiling dan wiring dulu sebelum masuk KC ni.



p/s: seram nak tunggu price quotation miahahaha.









Sunday, August 16, 2015

French Pleat vs Eyelet Curtain

Langsir oh langsir!

Dalam dilema sama ada nak design french pleat atau eyelet untuk curtain rumah ni.
Kalau ikutkan hati rasanya berkenan dengan french pleat je
sebab kalau eyelet tu kena curtain yang tebal baru nampak cantik alunannya kot.
Kot jela..akak assume je.

ni jenis french pleat yang kena masuk-masukkan cangkuk tu

yang ni pulak jenis eyelet. ada lubang bulat untuk masuk dalam rail

by the way dah jatuh cinta dengan langsir corak macam songket grey gold ni kat SSF


Lepas tu kan, nanti nak buat rail langsir masuk dalam plaster ceiling ke kat bawah plaster ceiling?
Mana comey?
Paham ke dok?
 Hehe.




p/s: berangan lebih...oh duit please la banyak.



Open House Raya 2015

Tahun ni buat open house lagi. Bukanlah open house yang besar sangat just invite 2-3 orang member masa kat U dulu je hihi. Memula tak bercadang pun nak buat open house tapi ada sorang jiran cakap nak datang beraya. So, panggil jelah semua kawan datang beraya sekali harung. Senang tak payah nak masak 2-3 kali hehe. Yuslin kan kurang rajin.

Masa open house tu saya masak spaghetti bolognese with meatballs as per requested dan soto. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan dapat jugak siapkan menu walaupun sorang-sorang. Husband keje.

Malam tu selepas maghrib tetamu dah mula datang. As expected spaghetti bolognese memang tak cukup dan licin. Huhuhu.

ni je yang sempat snap..yang lain dah kena ngap hehe

tetamu yang pertama sampai


setiap tahun mesti tak cukup korum. 2 orang tiada dalam gambar


p/s: happy bila dapat happykan kengkawan.





Menang Lucky Draw Contest Homedec

Lamanya tak buka blog. Seminggu wifi problem dengan tiba-tiba maka dunia maya terus menjadi gelap. Nampak sangatlah zaman sekarang ni macam dah tak boleh hidup tanpa internet. Aishh.

Harini baru okay setelah direpair oleh member husband. Tapi tu pun macam kadang-kadang lost connection. Buat aduan kat TM Streamyx macam tak ada tindakan pun. Bengang akak tau. Nak berblog guna handphone memang tak puas la. Ni pun mobile data sampai dah abes kuota dibuatnya. Grr..

Haritu bershopping di Homedec. Shopping ler sangat. Hahaha. Ada duit sesikit sempatlah kitorang booked film tinted untuk satu rumah, pintu grill untuk kitchen, penapis air cuckoo, hood, hob, oven, sinki dengan kitchen cabinet. Semuanya locked harga je dulu. Nak settle full payment nanti tak tau lagi nak korek duit kat mana. Nyiahaha.

Tapi Homedec kat JB ni tak berapa best sangatlah. Tak meriah macam kat KL. Macam-macam ada. Lepas dah booked barang-barang tu semua ada satu contest. Kena tunjuk resit pembelian. Kitorang dapat 4 borang contest. Lepas tu kena sign I Love Homedec dengan cara paling kreatif. Kitorang pun isilah dan berdoa akan menang. Grang prize RM25k u ollsss.

Malam tu tiba-tiba dapat satu call dari Homedec mengatakan yang kami menang Voucher RM3000 berupa sebuah Ecovacs Vacuum. Alahai ingatkan dapat RM25k dah tadi. Huhu. Takpelah bersyukurlahkan dapat jugak hadiah kitorang ni bukannya senang nak bertuah macam ni. Lucky draw tak pernahnya kena selama ni. Hihi.

3 hari lepas tu kitorang pun pergilah claim voucher. Balik rumah suruh robot bersihkan lantai. Tapi malang tak berbau dia pergi langgar modem Wifi sampai terjatuh. Dan itulah puncanya wifi ku rosak selama seminggu. Huwaaaa.

inilah robotku si Deebot..hehe

tengah charge

masa kat Homedec tu kitorang terjebak dengan water filter Cuckoo ni. Bayar bulan-bulan kira on je lah. Huhu.

Sebelum ni tak pernah terfikir nak beli cleaning robot ni tapi bila dah dapat free jangan ditolak. Muahaha

Pro and cons si Deebot:

1.Senang tekan je auto dia terus mula kerja selama 1 jam 20 minit.
2.Boleh bersihkan lantai 2 kali sehari.
3.Balik ke tempat charge/rumah dia secara automatik.
4.Tak jatuh di birai-birai lantai yang tak sama level.
5.Designnya yang kecik dan rendah membolehkan dia masuk di bawah sofa.
6.Tapi tak dapat cuci celah yang sempit.
7. Kalau ada wire-wire atau kabel dia akan sangkut.
8. Tempat kumpul habuk kecik kena kosongkan selalu.
9. Berus penyapu cepat rosak.
10. Kena tunggu abes charge baru boleh pakai lagi.




p/s: pakai vacuum biasa lagi puas kot. tapi untuk saja-saja kasi lantai sentiasa bersih boleh la pakai robot ni.