Thursday, December 24, 2015

Ni Hao Shanghai! : Day 3 Part 1 Wuxi

Maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Hari ni kita ke Shanghai. Hurrey..

Tapi sebelum ke Shanghai kitorang kena melawat ke kilang pearl dan teapot dulu di Wuxi. Haihh boring betul bab-bab lawatan ke kilang/kedai ni sebab tak faham apa yang dia ceritakan. Lepas tu bukannya ada duit pun nak shopping. Hohoho.

Masa ahli-ahli kumpulan dok sibuk dengar 'ceramah' dan membeli kitorang kuar jalan-jalan kat luar sebab tak tau apa nak buat. Dalam hati cuma berkata cepatlah gerak boring ni. Duh duh..Nak ambil gambar tak boleh.

check out Hotel Days Inn dan terus gerak ke kilang pearl dan teapot

kat luar kedai pearl. bosan menunggu
terjumpa lak maple leave hahaha

Sebelum bertolak ke Shanghai, kitorang singgah luch dulu kat sebuah restoran di Wuxi. Kali ni makan udang lagi. Alhamdulillah 2 kali dapat makan udang masa kat Wuxi.


lauk udang dan telur tu sangat sedap
Siap makan barulah kitorang gerak ke Shanghai. Perjalanan dari Wuxi ke Shanghai makan masa 2 jam. Perut dah kenyang apa lagi tidur jelah dalam bas tu. Sedar-sedar dah sampai Shanghai dah pun. Driver bas bawak lalu kat Nanpu Bridge tapi sayangnya masa lalu kat situ kamera silap setting. Terbright lebih so gambar sangat terang sampai tak nampak jambatannya. Uwaaaa.

nampak sikit aje bridgenya.
 


 Okay nanti sambung lagi cerita di Shanghai..got to go..





p/s: curi-curi masa je nak update blog lately..









Tuesday, December 1, 2015

Ni Hao Shanghai! : Day 2 Part 2 Wuxi

Selepas makan tengah hari tour guide bawa kitorang ke Wuxi pulak. Perjalanan hampir sejam jugak sempatlah kitorang tidur dalam bas tu. Sedar-sedar je dah sampai kat Three Kingdoms Castle. Masa kat sini lah baru fefeling pegi travel masa kat Suzhou macam tak ada apa sangat. Boring jer.

pintu masuk three kingdoms castle

melawat kawasan

ada pertunjukan perang berkuda



nak naik cruise
atas cruise


sunset

kedai souvenir tapi tak ada fridge magnet

Best sangat kat sini sebab dapat cruise along Taihu Lake tapi yang tak bestnya nak bayar fee untuk buggy train pulak. Huhu. Kawasan dia tersangatlah luas kalau nak jalan kaki memang tak larat. Kitorang berada di sini sampai hari gelap.

Malam tu agak dah penat la jugak sebab seharian berjalan perut pun dah berkeroncong. Kali ni makan sangat best sebab ada udang. Local guide kat sini lebih friendly kalau nak compare dengan local guide kat Suzhou. Sebelum check in hotel sempat singgah di Wanda Plaza shopping complex yang agak terkenal di Wuxi tu. Kitorang just pergi kat kedai barang baby sebab nak cari baju untuk Kasyah. Dapat la sehelai baju je. Dalam Wanda Plaza tu pun ada restoran halal.
 
menunggu makanan. dapat tempat duduk khas untuk muslim food

rombongan yang lain duduk kat meja lain

ada udang, sayur, sup, cendawan


bilik hotel di Days Inn Hotel


p/s: next Shanghai!


Expenses:

1. Buggy train - 30 yuan RMB (2 pax)
2. Baju baby - 50 yuan RMB







Total: 110 yuan RMB