Aduh..lama sungguh nak boleh update
entry yang seterusnya ni. Maklumlah 2-3 hari ni busy bebenor
mengalahkan PM. Hari ni saya nak sambung entry sebelum ni iaitu Honeymoon ke Gold Coast, Australia - Day 1.
Hari ni saya nak tulis untuk Day 2 pulak. Bukan apa, saya buat entry ni
sebagai panduan dan tips manalah tau kan kot-kot lepas ni ada yang nak
pergi Gold Coast. Sharing is caring. Tapi tak lah banyak mana pun
pengalaman saya. Sikit-sikit tu bolehlah.
DAY 2 - 6 July 2011
Pukul
6 pagi dah cerah kat sini. Pukul 8 pagi saya dah bersiap-siap dan mandi
sebab sekejap lagi bas akan bawa ke Movie World. Mengikut perancangan,
hari kedua ni kami nak habiskan masa ke Movie World saja. Tak sempat ke
theme park lain. Di Gold Coast ni ada banyak theme park antaranya Dream
World, Wet n Wild World, White Water World, Sea World, Australian
Outback Spectacular dan macam-macam lagi. Nak tahu lebih lanjut boleh check sini.
Tak sempat kami nak jelajah kesemuanya disebabkan masa yang terhad.
Pagi tu cuma breakfast biskut dan terus tunggu bas di lobi. Memang on
time bas datang ambil.
Pukul 10 pagi dah sampai di Movie World. Dekat ticket counter memang ramai orang. Nasib baik dah beli tiket awal-awal. Sangat terujalah dapat masuk Movie Worldkan. Pusing-pusing dalam tu dan ambil gambar. Ada nampak macam-macam karakter kartun antaranya Bugs Bunny, Tweety Bird, Donald Duck dan lain-lain. First show yang kami masuk adalah Motor Monster Xtreme. Dalam tu macam-macam pertunjukan motor ada - monster truck, motorcross dan banyak lagi. Layan kan ajelah aksi-aksi rempit mereka kat dalam tu. Ada orang jual air dan pop corn tapi kami tak beli pun.

Dah habis show tu kami masuk ke Scooby Doo Spooky Coaster pulak. Punyalah teruja semua show nak masuk. Orang masuk kita pun masuk sampai tak tengok dah show pasal apa. Beratur punya beratur sampailah turn kami. Bila dah dekat tu eh eh roller coaster ke ni? Aduyai..tertipu lah. Saya memang tak suka naik roller coaster. Bukan takut tapi allergic. Hehehe bila naik benda alah ni confirm lepas tu loya-loya. Maklumlah ada gastrik dah la tak makan lagi kan. Tapi nak buat macam mana dah sampai barisan depan naik ajelah. Roller coaster tu ada 4 seats. Seat depan tu 2 orang adik beradik mat saleh yang occupy. Kami duduk di seat belakang. Asalnya kami depan diorang. Ntah macam mana diorang boleh lintas kami. Teruk betul. Tapi alhamdulillah la dapat seat belakang tak la takut sangat kan..hee.
Dalam tu memang gelap. Tak nampak pun railnya. Tau-tau naik turun pusing terjunam. Memang ngeri sebab kita tak nampak apa akan terjadi. Kira macam masuk rumah hantu. Ada sekali tu kami punya coach diangkat ke atas macam naik lif. Dah sampai atas tiba-tiba dia reversed backward dan menjunam backward. Punyalah terkejut. Sebab kita tak nampak hanya merasa aja. Kurang asam betul! Huhu..seumur hidup saya tak pernah naik roller coster bergerak dan menjunam ke belakang. Sangat ngeri!
Dah
keluar tu kami nampak gambar kami yang disnap waktu naik roller
coaster. Apa lagi terus grab dan beli. Hahahah..tapi yang kelakarnya
muka budak 2 orang kat depan tu dua-dua menjerit. Yang kami kat belakang
ni muka releks je macam tak ada perasaan. Apa raaa..huhu. Kat dalam
Movie World tu ada prayer room. Jadi tak susahlah bagi umat Islam yang
nak menunaikan ibadah di sana.
Dah masuk ke Spooky Coaster kami terlepas Batman Show. Sampai-sampai aja show dah nak abes, so pergi makan ajelah sebab perut dah mula rasa lapar. Nasib baik tak muntahkan. Jadi kami terus ke Ricks's Cafe Americain. Restoran tu berkonsepkan buffet all-you-can-eat dan halal. Memang tertera sijil halal dikaunternya. Harga untuk 2 pax adalah AUD53.70. Air tak termasuk. Itu kena bayar asing. Saya ambil nasi dan ayam. Rasa macam lama betul tak makan nasi. Nasi dia not bad tapi saya tak berapa suka sangat ayam dia. Isi macam agak lembik dan tak kena dengan tekak. Lepas tu saya ambil fish and chip. Yang ini sangat sedap. Perut dah kenyang tak ambil banyak sangat pun then terus continue jalan-jalan.
Ada pulak Marilyn Monroe performance lepas tu. Layanlah kejap sambil bersantai dekat situ. Then kami masuk ke 4D theater show : Journey to The End of the World. Show start pukul 2 petang. Kat dalam tu tak boleh ambil gambar. So sad. 4D show macam biasalah kita akan merasa kerusi bergoyang-goyang mengikut apa yang berlaku dalam cerita dan kena spray dengan air bila ada satu watak dalam tu meludah...euwww..Kejap aje shownya lebih kurang 30 minit.

dekat Rick's Cafe Americain |
Fish & Chip yang sedap |
Ada pulak Marilyn Monroe performance lepas tu. Layanlah kejap sambil bersantai dekat situ. Then kami masuk ke 4D theater show : Journey to The End of the World. Show start pukul 2 petang. Kat dalam tu tak boleh ambil gambar. So sad. 4D show macam biasalah kita akan merasa kerusi bergoyang-goyang mengikut apa yang berlaku dalam cerita dan kena spray dengan air bila ada satu watak dalam tu meludah...euwww..Kejap aje shownya lebih kurang 30 minit.
Dah abis tengok 4D terus ke kedai souvenir yang menjual barangan Movie World sebab dah petang takut tutup. Tapi made in China jugak...ermmm susah nak dapat barang buatan Australia ni. Agak mahal yoo..nak tak nak beli la jugak sebagai kenang-kenangan di sana. Pilih punya pilih berhabisan duit kat situ sebanyak AUD 245..huhuhu. Bukan banyak duit habis untuk diri sendiri tapi semua ni untuk kaum keluarga dan sahabat handai. Redha ajelah diri sendiri tak beli apa-apa. Kalau tak...nak je borong satu kedai!.
borong souvenir! |
Dah siap membeli belah kami keluar kedai tengok orang semua dah berkumpul di sepanjang jalan dalam Movie World tu rupa-rupanya mereka menunggu show terakhir yang di panggil all-parade di mana semua watak dan karakter akan lalu disitu dengan kereta berhias. Kami yang dah nak keluar ni tak jadi keluar sebab tak nak terlepas show terakhir tu. Macam-macam ada - Batman, Catwoman, Looney Tunes, Justice League, Scooby Doo dan banyak lagi lah. Lepas tu kami beransur pulang sebab dah petang. Tunggu bas ke Surfers Paradise.
Looney Tunes |
Justice League |
Batman |
Agak jauh jugak perjalanan dari Movie World ke Surfers Paradise. Bas melalui highway motorway. dalam 4.30 petang kami sampai di Surfers Paradise. Hari sudah semakin petang dan niat untuk ke pantai terpaksa dilupakan. Kalau diikutkan hari itu iaitu malam rabu terdapat night market yang menjual barang-barang kraftangan di pesisir pantai Surfers Paradise tapi kami tak pergi sebab terlalu letih dan cuaca semakin sejuk!
Kami bercadang untuk membeli souvenir sahaja pada malam tu. Pergi survey setiap kedai souvenir. Kedai pertama agak mahal. Kedai kedua dan ketiga not bad la. So after decide kedai mana yang nak pergi kami pun borong souvenir-souvenir kat situ. Kami pergi jugak Royal Gift kedai orang Malaysia tu. Beli t-shirt, fridge magnet, keychain, plate, cap dan macam-macam lagi berhabisan AUD 110. Hoho hari kedua sahaja duit kami sudah habis sebanyak RM1136 untuk souvenir sahaja. Dahsyat! Siap beli barang terus balik hotel dalam pukul 8 malam dan makan megi sahaja..heee!! Bersambung lagi untuk DAY 3 & 4 di next entry.
to be continued..
No comments :
Post a Comment