Okay
seperti yang dijanjikan Yuslin dah bersetuju nak buat satu entry khas
untuk souvenir dari Korea. Tapi memandangkan entry ini lama diperam
didalam lubuk jiwa, maka sebahagian daripada souvenir yang ada sudah
selamat dipindahmilik kepada tuan baru. Yang sempat snap pic ni pun yang
mana ada je lah.
Lagi
satu harga-harga souvenir ni pun dah agak lupa sikit-sikit. Ada certain
je yang ingat yang lain tu kita agak-agak jelah k. Inilah padahnya
kalau tak update dengan segera. Semua info surah hiranggg! Kalau salah
tolong betulkan ya :D
|
Yang ni
bookmark dan ballpen beli kat Namdaemun Market. Harga sepapan tu 10,000
won. 4 pieces sepapan. Pattern Hanbok yang cantik-cantik
|
|
Ni fridge
magnet. Ada 2 version. Satu jenis seramik satu lagi jenis rubber. 10,000
won sepapan. Beli di Namdaemun Market. Yang seramik tu sangat cantik. I
love the color! |
|
Keychain N
Seoul Tower tak berapa ingat harga rasanya dalam 16,000 won kot. Yang
sebelah tu fridge magnet N Seoul Tower 1,000 won ada 3 pieces tapi lagi 2
dah bagi orang. Sangat murah boleh borong banyak-banyak. Beli di N
Seoul Tower souvenir shop |
|
Uncang saiz S.
Kalau tak silap sekeping (betul ke pakai keping ke helai? hiks) 1,500
won. Ada 5 kaler kot. Saya beli 15 pieces ahjumma tu bagi 22,000 won.
Diskaun 500 won je kot hukkk. Ada macam-macam saiz dari kecik ni sampai
ke bapak besar. Beli di Insadong. |
|
Nail clipper sepapan 10,000 won ada 8 pieces. Beli di Insadong. |
|
Nail clipper
jugak tapi tak berapa berkenan dengan corak dia. Yang ni ahjumma tu bagi
free masa borong souvenir kat Namdaemun Market. Yang kita tak suka lak
dia bagi free..erkk. Tapi alhamdulillahla nak jugak dia bagi kan. |
|
Keychain 10,000 won sepapan ada 4 pieces tapi dah agih-agihkan pada orang. Beli di Namdaemun Market |
|
Fridge magnet
Nami Island snowman 5,000 won sekeping. Yang bahagian bawah jenis rubber
5,000 won untuk 3 pieces. Beli kat Nami Island souvenir shop. |
|
Fridge magnet Everland bentuk tiger 5,000 won seekor. Beli di Everland. Fridge magnet kat Everland tak banyak pilihan |
|
Fridge magnet jenis rubber 2,500 won sekeping. Beli kat Namdaemun Market. |
|
T-shirt yang
sebelah kanan Korean Mask tu berharga 15,000 won dan kain lebih
berkualiti. Yang lagi dua hitam dan putih tu 2 helai 9,000 won dan agak
nipis. Beli kat Insadong. Agak mahal kalau nak compare dengan Namdaemun
Market. |
|
Baju Hard Rock
Cafe Seoul beli di street kat Itaewon. Kalau tak silap 15,000 won
sehelai. Lain design lain harga. Yang atas ni design yang mahal. Kalau
design cikai-cikai tu murah sikit. Rasanya Hard Rock Cafe Seoul dah
tutup terpaksa beli yang ciplak :'( |
|
T-shirt Bigbang 10,000 won beli di Namdaemun. Kualiti gambar tak cantik sebab cilok dari FB adik..hihi |
|
Keychain Bigbang 5,000 won beli di Insadong. Gambar cilok jugak |
|
Kain untuk
buat Hanbok beli kat Dongdaemun Shopping Complex. Tak silap 8,000 won
kot per yard (1 meter). So, 4 meter = 32,000 won. Nak buat baju raya.
Heheheeh |
|
Pouch yang belah atas tu 12,000 won beli kat Insadong dan yang bawah rasanya 10,000 won beli kat Namdaemun Market |
|
Kasut dah kotor..hehehe beli kat Myeongdong kedai ABC Mart 59,000 won |
|
Mafla 15,000 won. Stokin 2,000 won dan mitten 5,000 won. beli kat Myeongdong dan Namdaemun |
|
Replika Song-Gang Jeong beli di Nami Island 16,000 won |
|
Apabila siap dipasang |
|
Laneige Water
Sleeping Pack 25,000 won. Eye cream tak ingat berapa 40,000 won kot dan
yang kecik-kecik comel tu dapat free. Yang sebelah pulak Hand Lotion
nature Republic 6,000 won tapi dapat diskaun jadi 4,200 won. Facial Mask
dapat free dari Nature Republic. Beli di Myeongdong |
|
Kimchi sepaket 4,500 won kalau tak silap. Beli di GS25 Mart berdekatan dengan Namsan 2 Guesthouse |
|
Ni pun nak masuk jugak...heheh fridge magnet Air Asia 6 ketul RM29 beli atas flight |
*Tiada dalam gambar: Backpack 10,000 won
Sekian sahaja entry untuk souvenir. Entry tamat secara mendadak. Weeeee.
p/s: memikirkan next destination..erkkk
No comments :
Post a Comment