Monday, September 2, 2013

Honeymoon ke Pulau Lang Tengah - Part 2

Bersambung dari part 1...


Keesokan harinya, kitorang bangun pagi-pagi dan pergi breakfast. Kali ni baru ada air guava. Baru puas rasanya. Lepas tu ke Scuba Dive Center sebab nak sewa snorkeling gear. Masa kitorang datang tu ada sorang perempuan Jerman ni tengah nak book snorkeling jugaklah tapi abang-abang kat situ tak reti nak speaking so my husband la jadi jurucakap omputih tu. Penyelamat sangat. Memula kitorang nak sewa gear je tapi memandangkan omputih tu pun nak pergi snorkeling so kitorang pun join sekalilah trip tu.

breakfast mata bengkak lagi




Ingat nak pergi island hopping ke Pulau Perhentian, tapi tak cukup orang so dia tak mau bawak. Gitu! Kalau nak pergi jugak boleh tapi seorang RM450. Mampu? Maka terpaksalah kami kuburkan niat nak pegi ronda-ronda island. Snorkeling pun snorkeling lah. Nak diving takut. Muahahaha. Untuk snorkeling ni kena bayar RM100 sorang termasuk snorkeling gear (fins, life jacket, goggle) dan diguide oleh 2 orang cik abang ke 2 tempat iaitu Batu Bulan dan Karang Nibong.

map Lang Tengah. kecik je

Balik bilik dan tukar swimming suit. Kitorang berempat (me, my husband, orang Jerman & her daughter) siap-siap naik bot. Memula pergi Batu Bulan kat keliling Pulau Lang Tengah tu jugak. Masa tu bawak waterproof camera tapi sayangnya bateri tinggal 2 bar je dan charger adalah tak bawak!. Dapatlah snap 2-3 pic. Jadilah daripada tak de langsung. Cita-cita nak amik video di dasar laut tak kesampaian :(

otw ke Batu Bulan



45 minit di Batu Bulan kitorang gerak ke Karang Nibong pulak. Kat sini ikan dia lebih banyak dan cantik-cantik tau. Ahh geram kamera dah blackout terus. Masa kat sini adalah 2 kali tertelan air masin. Euwww nak muntah rasanya. Mungkin nilah yang dikatakan sambil menyelam minum air. Dah puas bersnorkeling kat situ kitorang pun dihantar balik semula ke resort. Orang Jerman tu memang peramah betul. Macam-macam yang diborakkan. Nasibla reti speaking sikit-sikit. Huhu. Kitorang tak tau pun nama dia just panggil Mummy sebab ikut anak dia panggil Mummy hahaha. Anak dia pulak nama Anna.



abang tu yang tolong pegi snap pic
 
tu orang Jerman dan anaknya ngan abang guide
 



Tengah hari tu bila dah penat bersnorkeling mestilah laparkan. Kitorang balik bilik mandi dan tukar baju. Terus pegi lunch. After lunch kitorang berphotoshoot kejap kat tepi pantai lepas tu balik bilik semula dan tidur kejap. Pukul 4 petang keluar balik dan sambung bersnorkeling depan hotel pulak. Kat situ ada baby shark tapi kitorang tak jumpa pun. Ikan nemo pun ada. Best sangat.







abang snorkeling tu cakap perghhh besarnya badan..hahah. mentang-mentang dia tak paham
 


Selain snorkeling, aktiviti jungle tracking pun ada tau tapi kena minimum 10 oranglah. Memandangkan kat situ tak berapa ramai orang dan semua pun foreigner tak dapatlah kitorang nak berjungle tracking. Nak pergi sendiri boleh tapi takut sesatlah pulak kan. Ala..padahal pulau tu kecik je pun. Orang kata boleh tawaf dalam 2 jam je. Entah.


sunset

suka giler pic ni. taken by the hubster

Malam macam biasa pergi dinner dan tidur. Esok dah nak balik dah. Rasa macam kejap je :(. Masa on the way balik ke bilik tu husband sempat lagi nampak sepasang cicak beromen hahahaha. Pastu cepat-cepat snap gambar. Kihkih.
 
 

kacau daun

Then, keesokan pagi tu after breakfast kitorang pergi pulangkan snorkeling gear. Sekali abang tu cakap semalam diorang jadi pergi Pulau Perhentian. Cis bedebah betul. Huhuhu. Tak pelah tak de rezeki maybe next time lah datang lagi.

Dengar dari apa yang orang cakap Pulau Lang Tengah adalah pulau yang paling cantik. Pulau Perhentian pulak pulau orang-orang tua. Hahahaha tak taulah orang yang cakapkan. Saya pulak tak ada pengalaman. Tak pernah pergi Pulau Perhentian dan Pulau Redang, so tak boleh nak buat comparison.

So, dalam pukul 11 pagi kitorang dah kemas-kemas barang dan siap-siap nak check-out. Tapi bot akan hantar ke jeti pukul 12 tengah hari. Terpaksalah melangok dulu lepak-lepak depan pantai sambil tengok orang berkayak. Kitorang tak sempat pun nak berkayak :(

nail saloon

budak ni tak reti berkayak. sian bapak dia kena tolak dari belakang. huhu

bye-bye Sari Pacifica

kat jeti. banyak jual souvenir

Tepat pukul 12 terus naik bot dan balik kali ni bumpingnya sangat-sangatlah dasyat. Sakit giler bontot. Maybe sebab berdua je kot tu yang teruk sangat terhentak-hentak. Sampai kat jeti Merang kitorang beli fridge magnet dengan keychain. Kalau sapa-sapa nak beli FM ngan keychain elok beli kat situ sebab kat pulau memang tak ada jual.




Bye-bye Lang Tengah. Bye-bye Terengganu!



Overall budget,
1. 3D2N at Sari Pacifica resort (RM798 per night) -  RM1596
2. Snorkeling x 2pax - RM200
3. Mango juice x 2 - RM16
4. Souvenir (FM, keychain, t-shirt) - RM80
5. Boat transfer x 2pax - RM360
6. Car park (3 days) - RM30


Total expenses : RM2282







p/s: misi gagal :(











No comments :

Post a Comment