Thursday, August 4, 2016

Mahligai Cinta : Dapur oh Dapur

Sedar tak sedar dah 2 bulan rupanya duduk kat rumah baru. Mengemas pun tak abis lagi ni. So far alhamdulillah okayla duduk kat sini setakat ni. Jiran-jiran pun dah kenal sorang dua. Kiri kanan melayu. Rumah depan je kosong lagi.

Banyak lagi benda yang tak buat. Slow-slow la kan sebab banyak nak pakai duit. Yang separuh complete pun kat tingkat bawah je tingkat atas belum buat apa-apa lagi. Hari ni nak cerita pasal dapur je dulu. Moh layan gambar jela tak larat pulak type panjang-panjang. Hihi

ruang dapur yang memanjang. agak susah nak amik gambar full

botol-botol ni ialah lampu pendant yang dalam gambar atas tadi. yang birunya telah dipecahkan kontraktor wiring. geram oiii..masih belum pasang lagi..grrrr..lampu dah ada tapi tak reti pulak nak pasang. so, togel dulu lh kat tengah tu

peti ais bawak yang dari rumah lama je tak perlu buang duit beli baru. seketul fridge magnet dah tercabut tu. adeh

kawasan saja untuk lepak-lepak. kita tak ada bar counter so buat macam ni je la. huhu. tengah berkira-kita nak beli lagi seketul kerusi ikea tu ke x..ermm

tak ada kerja gila mendeco hihi

haa yang sekeping kadbod kat atas pintu tu kononnya nak letak ekzos fan tapi ekzos fan nya xbeli-beli pun lagi...kuakuakua



sekarang ni dah terjebak dengan corak geomatrik. dah sawan scandinavian pulak..parahhhh

breakfast bar yang masih belum ada kerusi. nak letak kerusi ke tak eh?

tak ada budget nak beli wording. Kita DIY sendiri jela..sian hihi. abaikan habuk kat atas rak tu

dapur dengan lorong yang sempit tapi bersyukur dengan apa yang ada. alhamdulillah

Ada banyak lagi wishlist untuk dapur ni:
1. Wall fan
2. Chair
3. Rugs
4. Exhaust fan
5. Rail & Container
6. Chalkboard sticker
7. Brick wallpaper
8. Dustbin
9. Pot & Plant
10. Hook

Harap berjaya setelkan semua. Mudah-mudahan aminnn..


p/s: pening kepala nak mendeco sebab banyak kena keluar duit. hahahahaha



2 comments :