Setelah berkampung di China selama 5 hari tibalah masanya untuk pulang ke negara asal pada hari ke-6. Pagi tu lepas breakfast kat hotel kitorang terus bawak luggage ke lobi untuk check out. Untuk last day ni kalau nak diikutkan tak ada aktiviti dah. Memang straight ke airport je nanti. Tapi sebelum tu sempat jugak lunch kat sebuah restoran ni.
Telur masak tomato tu sedap |
Selesai makan terus check in ke Hangzhou International airport. Maka selamatlah kami sampai ke Malaysia dan memulakan kehidupan seperti biasa. Overall apa yang boleh disimpulkan, travel dengan agent ni adalah sangat-sangat tak best. Lebih-lebih lagi dengan Chinese agent. Bahasa memang kelaut dalam. Tak faham apa yang diterangkan. Lepas tu bawak melawat tempat-tempat yang tak perlu pergi kot. Memang buang masa betul. Kalau pergi sendiri kita boleh pilih ikut kemahuan kita kan. Dan lagi satu bab makan ni sepanjang kat sana kitorang dah bayar pakej muslim food. Tapi hari-hari makan telur dan sayur je haha. And kalau pergi sendiri maybe boleh cuba makan kat kedai-kedai yang ada logo Halal.
Cuma apa yang bestnya bila travel dengan agent ni kita tak perlu fikir nak naik transport apa, bila san bahgaimana. Tahu-tahu je dah sampai ke destinasi. Dan tiket nak masuk kemana-mana pun agent dah settlekan tak perlu kita nak beratur panjang-panjang. Aa gitulah kekdahnya.
Sekian entry habis secara mendadak.
Tet.