Bersambung ke Day 5 part 2. Selepas penat berjalan-jalan di West Lake kitorang dibawa lunch ke sebuah restoran. Makanan macam biasa muslim food.
|
Sedap tau sotong masak capsicum tu. Sampai ke Malaysia terus try buat haha |
Selepas tu kitorang di bawak ke Longjing Tea Plantation. Tengok ladang teh dan beli teh. Tapi kitorang macam biasalah tak membeli pun hihi.
|
Ada replika teapot kat situ |
|
Ladang teh |
Lepas habis melawat tea plantation tourist guide bawak ke destinasi seterusnya pulak iaitu Hefang Old Street. Panjang juga street ni letih nak berjalan. Dia ala-ala downtown la. Banyak jual snack, makanan, kraftangan, sugar candy dan macam-macam lagi. Tapi takde apa yang menarik perhatian kitorang nak bershopping di sini. Huhu
|
Ramai juga umat manusia kat sini |
|
Antara kraftangan kat sini |
|
Bukan local people je yang berniaga kat sini foreigner pun ramai |
Dan malam tu kitorang makan kat kedai area mana tah. Serius tak ingat langsung
|
Lauknya memang begitu je. Hahaha |
Perut dah kenyang maka balik semula la kita ke Dezhu Hotel untuk mandi dan berehat. Malam tu dah tak buat aktiviti apa-apa dah. Tapi geng-geng rombongan ada jugak yang turun bilik jalan-jalan kat kawasan sekitar. Kitorang memang malas betul nak berjalan lagi masa tu. Packing barang untuk siap-siap balik ke Malaysia pagi esok.
Bersambung di Day 6 - Last Day
No comments :
Post a Comment