Thursday, July 14, 2011

Honeymoon ke Gold Coast, Australia - Day 1

Hoolaaa assalamualaikum. Selamat bersiaran kembali. Hampir 2 minggu cuti-cuti blog sebab hari tu saya pergi makan angin..weeee. Baru-baru ni pun busy tapi hari ni dah okay sikit. So, bolehlah berblogging :). Okay tak nak membebel panjang, terus straight to the point aje. Saya nak ceritakan pengalaman saya bercuti di Gold Coast, Australia dari 4 Julai 2011 sehingga 8 Julai 2011 baru-baru ni. Sebenarnya ini adalah honeymoon kali ke 5 tapi kali pertama ke luar negara.

Perasaan sangat nervous tak tipu. Maklumlah tak pernah pergi negara orang. Oleh kerana kerisauan yang amat sangat, saya telah membuat macam-macam research tentang destinasi yang saya nak pergi ni. Google sana-sini. Tiket dah lama beli semenjak raya haji tahun lepas iaitu pada 16 November 2010 lagi sebab time tu ada Air Asia Promo. Apa lagi cepat-cepatlah grab bukan senang nak dapat harga murahkan. Kalau boleh memang nak jimat kos perjalanan.

Flight ticket price Air Asia Promo: RM1600 (return flight for 2 guests + 1x return supersize medium bag 20kg + 2x return prebook meals + 2x return comfort kit without accommodation)

Accommodation: Radisson Resort Palm Meadows Gold Coast (via Swiss Garden Membership)

Season: Winter (15oC day, 10oC night)

Weather: Cold, Sunny, Breezy

Document required: Passport, ETA Visa, boarding pass of course

DAY 1 - 5 July 2011

Saya dan suami bertolak ke LCCT pada pukul 4 petang dengan menaiki Sky Bus berharga RM9 seorang di KL Sentral. Kami sampai di LCCT lebih kurang jam 5.30 petang. Flight ke Gold Coast adalah pada pukul 9.25 malam. Sementara menunggu waktu berlepas, kami makan-makan dulu di LCCT dan beli gula-gula sikit untuk dimakan dalam perjalanan nanti. Beg yang dibawa tak banyak hanya 1 baggage besar, 1 knapsack yang berisi laptop dan makanan, dan beg kamera. Takut nak bawak banyak-banyak sebab takut exceed luggage limit..heee. Makanan yang kami bawa pun cuma meggi kari dan biskut chipsmore. Imigresen & kastam di Australia katanya sangat ketat so tak boleh nak bawa barang-barang sebarangan. Kami juga ada bawa panadol. Harap semua baik-baik saja.

Oh ya..sebelum ke Gold Coast kami dah tukar duit kepada AUD siap-siap. Daripada RM5500 yang tebal jadi AUD1650 yang nipis aje...wuwuwu betapa tingginya currency Australia ni. Waktu kami tukar tu dah mencecah 3.2. Saya juga dah activatekan plus untuk Maybank ATM card. Saja tak nak bawa cash banyak-banyakkan. Tapi kalau withdraw duit kat sana nanti kena charge RM12. Tapi saya tak withdraw pun saja buat spare kalau ada emergency. Kami bawa cash yang AUD1650 tu sahaja.

1 baggage & 1 knapsack

Oh ya, kepada sesiapa yang nak pergi Australia, tak kira lah bercuti 3 hari ke anda perlu membuat ETA Visa. Visa ni boleh dibuat online di website ni dan payment via credit card yang berharga AUS20 atau RM60. Tapi saya tak buat online sebab saya tak menggunakan kad kredit. Jadi, saya apply visa di travel agent dengan harga RM90 seorang. Sangat mahal wooo dia charge! Visa ni siap sekejap sahaja tak sampai seminggu.

Dalam pukul 7.30 petang counter check-in telah dibuka. Kami settlekan segala check-in register, kastam dan terus masuk ke waiting room. Dalam waiting room tu lah last minit berWiFi dan berFacebook..huhu. Bila dengar announcemet departure ke Gold Coast jam 8.40 malam hati dah mula berdebar-debar. Betul ke aku nak pergi Australia ni..kikiki macam mimpilah pulak. Suami pun sama rasa tak percaya. Excited ada nervous pun ada. Kebanyakan penumpang adalah mat saleh dan cina. Melayu adalah dua tiga kerat tapi saya cam ada 2 couple ni maybe pergi honeymoon jugak. Ada jugak yang pergi satu family.

Okay dah masuk dalam flight duduk di wing side seat 37A dan 37B. Ruang di tempat duduk flight Air AsiaX airbus ni memang sempit dan seatnya tegak aje tak boleh nak adjust sangat. Sepatutnya beli premium seat untuk lebih selesakan..huuuu. Tepat jam 9.25 malam flight D7 2702 selamat berlepas ke Gold Coast. Bye-bye Kuala Lumpur.

Dalam flight dihidangkan dengan Nasi Lemak Pak Nasser dan air mineral Air Asia. Tak selera sangat nak makan sebab dah kenyang melantak McD masa di LCCT..huhuhu. Tapi nasi lemak dia not badla. Flight adalah selama 8 jam. Sengal dan kejang bontot punggung dan leher duduk lama-lama. Nak tidur pun tak boleh tidur sangat pasal orang asek lalu-lalang dan bising. Tengkuk pun rasa cramp je. Sesekali rasa air turbulent. Lebih kurang jam 6.45 pagi waktu Oz, kapten mengumumkan bahawa flight akan mendarat tak lama lagi..weehooo..cuaca di luar katanya 15oC.

Langit Oz di waktu subuh memang sangat cantik. Subhanallah! Dalam pukul 7 pagi macam tu, flight selamat mendarat di Coolangatta Airport, Gold Coast. Keluar saja dari flight...wahhh dah terasa angin sejuknya. Jakun sebentar. Hati dah mula berdebar nak lalu imigresen dan kastam Australia ni. Masuk airport, settlekan passport then pergi ambil luggage, lepas tu baru pergi ke check point.

Sewaktu dalam flight, stewardess ada bagi sekeping declare card untuk kita declare barang-barang yang nak diquarantine. Macam kami, kami declare dried food dan medicine sahaja. Kalau tak nak declare dipersilakan membuang barang tersebut ke dalam tong sampah kat airport tu siap-siap. Kalau tak declare then barang kena buang tak memasal je kan. Kalau kena buang okay lagi tapi kalau kena fined..? ayoyoyoyo..melayang duit di situ. Tak sanggup! So, untuk kami yang ada declare barang ni kena melalui lorong declare barang. Nanti kastam akan scan semua. Kalau lepas alhamdulillah. Nasib baik barang kami semua lepas. Dia siap cakap good lagi...ewah. Kalau tak ada barang yang nak declare, lalu lorong lain tapi kat situ nanti akan ada anjing yang hidu-hidu beg okay.

prebook meal

Nasi Lemak Pak Nasser..sedap!

comfort kit
 

langit oz ketika subuh. nice!

Dah selamat semuanya...welcome to Gold Coast hooorayy! Dah kurang dah rasa berdebar ni. Now, nak cari transport ke hotel pulak. Ronda-ronda dalam airport tu ada banyak tempat sewa kereta dari yang murah hingga ke yang mahal. Yang budget car rental tu lebih kurang AUD 28 sehari. Tapi kami tak dapat sewa kereta sebab tak ada kad kredit. Lesen Malaysia boleh dipakai di sana. Drive pun macam kat Malaysia sebelah kanan. So, fikir punya fikir kami nak beli 3 Days Freedom Pass sahajalah dekat GCShuttle Bus. Boleh check dekat sini.  Harganya AUD140 untuk 2 orang. Dengan 3 Days Freedom Pass ni kita dapat naik bas untuk returns airport transfer (dari aiport ke hotel vice versa), unlimited theme parks transfer, 24 hours local bus transfer door to door. Memang heaven. Berbaloi bayar untuk pass ni. Dah beli pass terus naik bas berwarna oren di depa airport. GCShuttle namanya. Memang dia terus hantar ke depan pintu lobi hotel.

Ya, kami menginap di Radisson Resort, Carrrara di bawah keahlian Swiss Garden Club). Hotel ni tak berapa jauh dari pusat bandar. Suasana aman tak chaotic dan dikelilingi tasik dan golf course. Nice! Terus check-in hotel dan bayar deposit AUD 400. Dah masuk bilik mandi-mandi dan makan biskut terus keluar semula. Mata memang mengantuk lagi pasal tak cukup tidur tapi gagahkan juga.

entrance Radisson Resort
bilik hotel

naik bas 760 di Pacific Fair dan stop betul-betul di Currumbin Wildlife Sanctuary

Plan hari pertama kami nak ke Currumbin Wildlife Sanctuary. Kat sana macam zoo lah ada kangaroo dan koala. Jalan kaki sikit dan naik bas di pintu masuk resort. Naik local bus namanya Surfside. Free sahaja dengan menunjukkan freedom pass yang dibeli tadi. Bas kat sana memang on time. Kalau 8.30 pagi memang 8.30 pagi la dia datang. Terbaik! Memang tak ada janji melayu kat sana. Nak pergi mana-mana pun senang sebab kat bus stop dia ada board yang menunjukkan laluan bas dan nombor bas. So, tak sesatlah. tak perlu menggunakan travel agent.

Kami naik bas 750 menuju ke Pacific Fair. Pacific Fair ni adalah sebuah shopping complex lebih kurang macam OU gitu. Kat situ lah tempat nak tukar bas. Kami tukar bas yang menghala ke Tweed Heads dimana laluannya akan melalui Currumbin destinasi yang dituju. Here we go. Bas melalui kawasan-kawasan rumah. Sangat cantik rumah di sana. Sama macam dalam movie jugak. Bersih dan nice view.


Tepat jam 1.30 petang kami sampai di pintu masuk Currumbin Wildlife Sanctuary. Tak sabar nak tengok koala dan kangaroo. Perut dah lapar tapi kat situ tak ada makanan halal. Terpaksalah bertahan dengan makan Chupa Chups sahaja. Okay tiket masuk ke Currumbin ni adalah berharga AUD 49 seorang. Tapi kami dapat diskaun menjadi AUD 31 sahaja sebab kami guna keratan diskaun dalam brochure yang diambil masa dekat airport. So, masa dekat airport tu ambil jelah semua brochure yang ada. Kalau bernasib baik memang ada diskaun dalam tu. Dapat jimat dah harga tiket.

Round-round dalam Currumbin tengok segala haiwan yang ada. Dapatlah berjumpa dengan koala dan kangaroo. Sangat excited maklumlah tak pernah jumpa dan pegang secara live..huuuu. Ambil-ambil gambar sikit dan naik train pusing-pusing sekitar Currumbin. Cuaca semakin sejuk menghala ke petang. Bibir dan kulit dah gelupas-gelupas dah. Nasib baik ada lotion dan lip balm. Pukul 5 petang hari dah mula gelap. macam pukul 7 petang di Malaysia. Kami pun dah nak keluar dari Currumbin. Pergi kedai souvenir beli thermos dan photo sebagai kenang-kenangan. Bye-bye Currumbin.

koala @Currumbin

kangaroo @Currumbin


burung-burung mandi

Currumbin scenery

thermos souvenir


naik bas dari Currumbin Wildlife Sanctuary dan stop di Surfers Paradise


Tunggu bas lagi nak ke Surfers Paradise nak cari makanan. Lapor. Sekejap je bas datang dan sampai lah ke Surfers Paradise. Perjalanan agak jauh sikit dari Currumbin ke Surfers Paradise. Sampai je kat sana terus cari kedai makanan halal. Ada ternampak Restoran Maharani orang Malaysia yang femes diperkata-katakan tu. Tapi tengok tak ada orang pun dan tak terasa nak pergi. Terus lagi berjalan mencari Ali's Kebabs. Beli dua keping kebab onion chicken dan falafel berharga AUD 8.90 satu. Falalel tak sedap. Itu suami punya. Konon nak cuba tapi failed dengan tekak...heee tapi chicken sedap. Banyak sangat dan tak terhabis. Dah siap makan, jalan-jalan di area Surfers Paradise. Ternampak kedai souvenir Royal Gift yang hangat diperkatakan dimiliki oleh orang cina Sarawak. Kononnya murah so pergi la usyar-usyar. Tapi kedai dia tak banyak barang dan pilihan. So, tak beli apa-apa lagi lah.

Kami cuba call bas dulu kat public phone sebab nak booking ke Movie World esok. Dah confirm booking bas akan pick up pada pukul 9.45 pagi. Kedai pun malam-malam tak buka macam kat Malaysia yang beroperasi sampai pukul 10 malam. Kat sini pukul 5 petang dah tutup. Tapi area Surfers Paradise ni memang happening buka sampai ke malam sebab kat sini banyak club dan pub lebih kurang macam Bukit Bintang K.L. Jalan-jalan ternampak ada kedai jual tiket ke theme park so beli ajelah dekat situ tak perlu susah-susah beli di entrance Movie World yang kena beratur dengan ramai orangnya. Kami beli 1 theme park sahaja iaitu Movie World berharga AUD 78 seorang.
 
Ali's Kebabs

kebab @AUD 8.90

public phone nak call bas
Dah beli tiket ternampak ada cyber cafe, so duduk la kejap kat situ melayari internet sebab nak bagitau dekat mak yang anak dia dah selamat sampai. Internet surfing berharga AUD 2 sejam. Ohh..terjumpa lagi dengan couple dari Malaysia yang sama-sama naik flight masa datang hari tu. Maybe diorang duduk hotel dekat area situ.  Tapi tak tegur sapa pun. Memang banyak apartment dan hotel sekitar Surfers Paradise antaranya Mantra Legend, Marriot, Islander hotel macam-macam lagilah. Rasa-rasanya diorang stay kat area situ.


cyber cafe


Badan dah penat sangat ni sebab seharian berjalan. Pukul 7.30 malam tunggu bas nak gerak balik hotel. Sampai depan entrance resort rasa sejuk sampai ke tulang. Kena berjalan kaki untuk ke bilik hotel. Ohhhoo sejuknya memang tak boleh tahan. Rasa macam duduk dalam fridge. Waktu malam lagi sejuk dari siang. Rasa macam tak ada hidung, kaki dan tangan. Semua kebas..huhuhu. Akhirnya sampai jugak la ke bilik, Alhamdulillah. Pakai baju sampai 3 lapis, baring dan terus tertidur sebab dah letih sangat. Sambung lagi cerita DAY 2 hari esok k. Stay tuned!

to be continued...


No comments :

Post a Comment