Thursday, December 24, 2015

Ni Hao Shanghai! : Day 3 Part 1 Wuxi

Maka tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Hari ni kita ke Shanghai. Hurrey..

Tapi sebelum ke Shanghai kitorang kena melawat ke kilang pearl dan teapot dulu di Wuxi. Haihh boring betul bab-bab lawatan ke kilang/kedai ni sebab tak faham apa yang dia ceritakan. Lepas tu bukannya ada duit pun nak shopping. Hohoho.

Masa ahli-ahli kumpulan dok sibuk dengar 'ceramah' dan membeli kitorang kuar jalan-jalan kat luar sebab tak tau apa nak buat. Dalam hati cuma berkata cepatlah gerak boring ni. Duh duh..Nak ambil gambar tak boleh.

check out Hotel Days Inn dan terus gerak ke kilang pearl dan teapot

kat luar kedai pearl. bosan menunggu
terjumpa lak maple leave hahaha

Sebelum bertolak ke Shanghai, kitorang singgah luch dulu kat sebuah restoran di Wuxi. Kali ni makan udang lagi. Alhamdulillah 2 kali dapat makan udang masa kat Wuxi.


lauk udang dan telur tu sangat sedap
Siap makan barulah kitorang gerak ke Shanghai. Perjalanan dari Wuxi ke Shanghai makan masa 2 jam. Perut dah kenyang apa lagi tidur jelah dalam bas tu. Sedar-sedar dah sampai Shanghai dah pun. Driver bas bawak lalu kat Nanpu Bridge tapi sayangnya masa lalu kat situ kamera silap setting. Terbright lebih so gambar sangat terang sampai tak nampak jambatannya. Uwaaaa.

nampak sikit aje bridgenya.
 


 Okay nanti sambung lagi cerita di Shanghai..got to go..





p/s: curi-curi masa je nak update blog lately..









Tuesday, December 1, 2015

Ni Hao Shanghai! : Day 2 Part 2 Wuxi

Selepas makan tengah hari tour guide bawa kitorang ke Wuxi pulak. Perjalanan hampir sejam jugak sempatlah kitorang tidur dalam bas tu. Sedar-sedar je dah sampai kat Three Kingdoms Castle. Masa kat sini lah baru fefeling pegi travel masa kat Suzhou macam tak ada apa sangat. Boring jer.

pintu masuk three kingdoms castle

melawat kawasan

ada pertunjukan perang berkuda



nak naik cruise
atas cruise


sunset

kedai souvenir tapi tak ada fridge magnet

Best sangat kat sini sebab dapat cruise along Taihu Lake tapi yang tak bestnya nak bayar fee untuk buggy train pulak. Huhu. Kawasan dia tersangatlah luas kalau nak jalan kaki memang tak larat. Kitorang berada di sini sampai hari gelap.

Malam tu agak dah penat la jugak sebab seharian berjalan perut pun dah berkeroncong. Kali ni makan sangat best sebab ada udang. Local guide kat sini lebih friendly kalau nak compare dengan local guide kat Suzhou. Sebelum check in hotel sempat singgah di Wanda Plaza shopping complex yang agak terkenal di Wuxi tu. Kitorang just pergi kat kedai barang baby sebab nak cari baju untuk Kasyah. Dapat la sehelai baju je. Dalam Wanda Plaza tu pun ada restoran halal.
 
menunggu makanan. dapat tempat duduk khas untuk muslim food

rombongan yang lain duduk kat meja lain

ada udang, sayur, sup, cendawan


bilik hotel di Days Inn Hotel


p/s: next Shanghai!


Expenses:

1. Buggy train - 30 yuan RMB (2 pax)
2. Baju baby - 50 yuan RMB







Total: 110 yuan RMB



Thursday, November 12, 2015

Ni Hao Shanghai! : Day 2 Part 1 Suzhou

Seawal 4.30 pagi dah bangun sebab subuh kat sini awal.

Pukul 6 pagi kitorang dah bersiap dan letak luggage kat luar sebab hari ni akan check in hotel lain pulak. Lepas tu pukul 7 pagi breakfast. Pilihan yang ada cuma bubur dan telur je. yang lain-lain tak berani nak makan.

Hari ni pagi-pagi akan ke Suzhou Silk Factory. Sapa-sapa yang suka sutera bolehla borong sutera kat sini. Ada bed sheet, comforter, baju-baju dan macam-macam lagi. Hati ni teringin jugak nak beli tapi memandangkan takde budget untuk shopping-shopping maka lupakan jela hasrat tu. Lepas tu sempat jugak tengok fashion show kejap.


cadar dan comforter

tak leh amik gambar sebenarnya huhu


mesin tenun

fashion show

Lepas tunggu diorang abes shopping terus bergerak ke Lion Grove Garden pulak. Kat situ macam satu rumah yang ada laman besar dimiliki orang kaya Cina dulu-dulu. Lepas tu dia jadikan kawasan rumah dia tempat untuk dilawati tourist. Gitulah kot kesahnya.






Seterusnya kitorang ke Suzhou Museum plak. Tapi kat muzium ni tak ada apa yang menarik sangat.

ni lah local guide yang sombong tu. pot pet pot pet tak berhenti. bingit

dalam muzium

dalam muzium

dah kat luar muzium. jumpa orang jual buah. banyak hawker macam ni kat sana. buah-buah dia nampak fresh

terjumpa autumn leave

Tengah hari tu kitorang lunch dulu di Suzhou sebelum gerak ke Wuxi.

sayur dan telur lagi. ada ayam goreng tapi ragu-ragu nak makan so kitorang bagi kat tourist guide je huhu



p/s: sambung part 2 di Wuxi pula..


Expenses:

1. Epal - 10 yuan RMB (sebiji)

Total : 10 yuan RMB




Wednesday, November 11, 2015

Ni Hao Shanghai! : Day 1 Wuzhen

Alhamdulillah.

Tahun ni ada rezeki travel lagi. Tapi bukan bacpackers style kali ni pergi dengan travel agent sebab dapat free voucher masa berbelanja di home fair. Actually takdela 100% free. First voucher je free nak add on kena tambah lagi RM400 per voucher. Lepas tu tak termasuk tipping, visa, compulsory tour, ticket flight bla bla. Total semua mau riban gak. Destinasi kali ni ke Shanghai, China. Ada lima daerah akan pergi iaitu Hangzhou, Wuzhen, Suzhou, Wuxi dan Shanghai.

Kitorang pilih October untuk travel ke China sebab nak merasa autumn. Sebelum ni asek pergi time spring. By the way rasanya time spring lagi best kot. Weather sngat nyaman nak compare ngan autumn ni agak panas sikit about 25 degree celcius. Lepas tu tak de plak pokok kaler-kaler oren, merah, kuning tu. Maybe kitorang silap pilih date atau tempat tu tak ada autumn leaves nyiahaha. Actually trip ni 5 days 4 nights tapi kitorang terpaksa extend one day sebab takde return ticket ke Kuala Lumpur untuk hari ke lima tu.

Ticket flight: RM16XX (2 pax)
Visa: RM2XX (2pax)
Travel agent RM: 14XX (2pax) (tipping, compulsory tour, muslim food, extend day)
Currency: RM1 = 0.66 yuan RMB (tukar RM2000 dapat RM3000 yuan RMB)

Ni first time depart kat KLIA 2. Masa nak check in semua berjalan lancar tapi bila time kat immigration check point passport ada masalah tak lepas kat electronic biometric scan tu sebab passport dah nak expired less than 6 months. Mampos. Masa tu dah cuak gila nasib ada sorang immigration officer tu tolong dia kata pegi buat secara manual kat kaunter tapi dia tak jamin boleh lepas masa kat China nanti. Buat kat kaunter alhamdulillah lepas tapi hati masih tak seronok selagi tak lepas kat airport Hangzhou nanti.

Dalam flight muka sugul je. Husband kata jangan fikir sangat insha Allah takde apa-apa. Sampai kat airport Hangzhou semua berjalan lancar. Ya Allah happy giler time tu. Syukur...dah boleh bercuti dengan tenang yay!

Keluar dari arrival hall kitorang disambut oleh agent dari Malinja Travel. Sekali semua dalam group tu Cina da..total 35 orang termasuk sorang toddler. Kebanyakan datang sebab free voucher gak. Huhu. Bila dah cukup semua orang kitorang bergerak ke arah bas yang dah sedia menunggu.

Destinasi pertama adalah ke Wuzhen. Agak lama jugak perjalanan kira-kira sejam. Tour guide tu tak berhenti bercakap masa dalam bas tapi satu benda pun kitorang tak paham sebab dia cakap cina. Sesekali je ada dia explain dalam English. Huh..

Sempat jugak berhenti kat satu tempat macam R&R sebab nak ke toilet lepas tu dah nak dekat pukul 3 petang barulah kitorang sampai di Wuzhen tapi singgah kejap je. 





Lepas berhenti dalam setengah jam kitorang teruskan perjalanan ke Suzhou. Masa perjalanan lebih kurang sejam jugak. Masa sampai di Suzhou cuaca dah gelap. Pukul 5.30 petang dah macam pukul 7 petang waktu Malaysia.

Sampai di Suzhou tempat pertama yang diorang bawak adalah ke Bird Nest lepas tu kat tempat apa tah macam mall dia kata Suzhou new area. Dulu kawasan tu kawasan farming land tapi ada investor dari Singapore datang dan bangunkan kawasan tu jadi moden. Banyaklah bangunan tinggi-tinggi kat situ.

Bird Nest

tasik sekitar Bird Nest
Lepas dah ambil gambar dan ke toilet kitorang naik bas semula. Masa ni ada sorang local guide perempuan. Muka macam sombong je. Tak tegur langsung kitorang. Cakap Cina je langsung tak cakap English. Cakap dah la tak berhenti-henti. Sakit telinga dibuatnya. Grrr..Pastu dia bawak kitorang ke shopping mall apa tah. Macam tak menarik je. Cuma macam ada show kat LCD besar. Tapi kitorang sampai kat tempat tu sempat tengok dalam 5 minit je terus show abes. Huhu.

ni lah show kat shopping mall tu

Lepas tu dalam pukul 9 malam perut dah lapar sangat barulah diorang bawak kitorang pergi restoran. Masa tu dah nervous restoran apalah yang diorang nak bawak ni. Harap-harap makanannya halal lah seperti yang dah direquest. Kitorang siap bayar RM30 per day lagi untuk Musim food.

Sesampai di restoran tengok arragement macam tak teratur. Makanan lambat sap. Air pun tak dihidangkan. Semua ahli tour group mengeluh. Redha jelah makan apa yang ada.

rezeki malam tu. jadi vegetarian kitorang, sayur, sayur, sayur dan telur
After makan badan dah letih sangat mata pun dah mengantuk. Nasib baik tour guide bawak terus ke hotel. Malam tu kitorang tidur di Kai Yuan Man Ju Hotel, Suzhou. Okeylah jugak hotel dia. Agak selesa. Ada wifi tapi kat China tak boleh buka facebook, google, instagram dan sebagainya. Yang dapat cuma Whatsapp je...hukhukhuk. Bolehlah dari takde.

ada tingkap kaca sebelah katil tu dengan bilik air. so, boleh nampak kalau ada orang mandi. hihi

Okay, sambung untuk Day 2 di next entry. K bai.




Wednesday, November 4, 2015

Renovate Rumah : Pasang Ekogrille Back Door dari CSA Aluminum Gates

Assalamualaikum..

Makin lama makin slow blog ni. Hahaha. Tuan rumah agak busy tak hingat dunia. Macam-macam hal yang nak kena setel maka blog pun terabai. Jangan merajuk ya blog.

Memandangkan urusan yang sangat banyak, maka saya percepatkan jelah entri ni berkenaan pemasangan ekogrille untuk pintu dapur.

Tuhari ada Homedec kat JB, husband berkenan dengan ekogrille ni sebab design dia cantik plus bagus juga untuk safety katanya. Memula nak buat ekogate ala gate untuk garaj kereta tu tapi yang tu terlalu mahal kita skip dulu. Yang penting pintu dapur kena pasang dulu sebab dapur masih ternganga nanti anjing, pencuri semua masuk. Naya!

Ekogrille ni boleh tahan mahal gak regenya. Boleh jatuh terduduk nak membayor. Design paling basic RM1900 tapi kalau nak bunga ke ukir-ukir ke leh mencecah ke RM3500. Matilanak!. Dan kami memilih design bunga-bunga. Memang leh pengsan dua tiga bulan. Tapi disebabkan nafsu nak umah cantik terpaksa buat pejam mata masa hulur duit. Nangesssss!!

Ekogrille dari CSA Aluminum Gates. Design Macam ni RM35610.00

Tengok tu ternganga tak ada pintu, Kesian

Hujung bulan sept orang CSA Aluminum Gates dari KL datang huat pemasangan. 2-3 minggu jugak nak tunggu grille ni ready

Tak sampai berapa jam dah siap pasang

Tada...dah bertutup akhirnya pintu dapur nu. Tingkap sebelah tu pun dah bercermin alhamdulillah




p/s: lepas ni nak pasang grille tetingkap pulak..adeh!