Thursday, January 16, 2014

4th Wedding Anniversary

Awal tahun ni agak busy sket. So, jarang dapat update blog dan berblogwalking. Maaf ye kawan-kawan. Kalau sempat saya singgah ;). Maklumlah azam tahun baru ni nak komited pada kerja. Harap-harap istiqamahlah. Jangan tengah tahun jadi pemalas balik sudah.

Dek kerana busy making money (ceh making money lah sangat) maka entry untuk anniversary yang berlaku beberapa minggu lepas dah tertangguh. Dah 2 minggu anniversarynya baru hari ni nak tepek dalam blog. Tapi takpe bak kata orang better late than nevaahh.

As usual, bila masuk tahun baru je maka tibalah wedding anniversary kami. 02.01.2010 ~ 02.01.2014. 4 tahun sudah. Tapi masih berdua. Takpe-takpe itssokay. Keep strong keep strong :p. Tahun pertama wedding anniversary pergi Danga Bay (je). Dekat sangat tapi tak kisah. Tahun kedua pergi Lotus Desaru. Jauh sikit je dari Danga Bay. Tahun ketiga pergi Hello Kitty Town. Hampir-hampir dengan Danga Bay dan tahun keempat pergi Singapore. Seberang Danga Bay.

Walaupun lokasi hampir-hampir saja tapi sambutannya amat bermakna. Hehehe. Okaylah tu kan daripada tak buat apa-apa duduk terperap dalam rumah tengok tv je.

Pergi Singapore tu hari pun sekadar ke Orchard Road, Bugis Street dan Arab Street. Memula tak plan pun nak pergi Singapore tapi memandangkan husband kata Year End Sale kat Singapore lagi murah maka gigihlah saya ajak dia shopping kat sana. Dah sampai Orchard Road kitorang tak beli apa pun. Cuma sempat rembat blouse kat Mango selai. Rasanya harga pun lebih kurang di Malaysia jugak. Hahahah.

Tapi kali ni pergi Singapore naik MRT. Pestime naik MRT kat sana. Selalunya drive sendiri. Masa check in immigration kat Woodlands tu kitorang boleh terlepas nak renew Autopass. Lepas tu dah susah hati macam mana nak buat ni. Lantaklah kan kitorang pergi cari MRT yang terdekat kat Marsiling. Park kereta kat situ lepas tu tak tau nak kena bayar parking ke tidak. Ahh biarkan jelah buat gamble je hahaha.

Masa kat station MRT plak tak tau nak beli tiket kat machine atau kaunter. Pergi kaunter orang tu suruh beli tiket kat machine. Betul-betul macam blur time tu. Padahal dah expert naik LRT kat KL ngan subway kat Korea. Sampai Singapore jadi macam LOL kejap.

Settle beli tiket maka bermulalah perjalanan kami ke Orchard Road. Lama jugak nak sampai dari Marsiling ke Orchard Road. Kalau tak dapat duduk mau kejang kaki.

Kat depan ION Orchard

ION Orchard icon kat belakang tu. Eh bukan Cina tu yang patung tu.. :p

kat Bugis Street ni ramai giler orang. Tak tahan sesak >.<. Kat sini tempat jual souvenir macam FM, keychain dan t-shirt. Kedai jual sex toy pun ada..erkk

Lepas jalan kat ION Orhard kitorang naik MRT ke Bugis Street pulak sebab nak cari kedai makan halal yang bernama Singapore Zam Zam Ala Kazam. Keluar dari Bugis MRT Station bertentangan dengan dia adalah Bugis Street tapi kalau kita belok kanan dan straight kita akan jumpa Raffles Hospital. Jalan ke depan sikit dan belok kanan sekali lagi kat situlah terletaknya Restoran Singapore Zam Zam ni di Arab Street. Apa yang special kat sini? Nasi beriani dan murtabak. Tapi..........tak sedap pun. Huhu. Baca review dan tips semua kata sedap tapi kenapa bila saya yang makan rasa tak sedap T_T? Yelah mungkin tekak kita tak sama. Heheh. Servis adalah sangat lambat. Sapa yang dah lapar sangat better beli kudap-kudapan dulu.

Lepas dah abis makan kitorang balik ke Malaysia semula. Eceehh macam dari UK je nak tulis balik ke Malaysia bagai. Padahal sebelah-sebelah je. Okay lepas tu naik MRT dan turun semula kat Marsiling dan drive ke Woodlands. Kan tadi tak renew Autopass. Ermm masa balik tulah baru pergi kat kaunter kat immigresen tu dan renew Autopass. Kenalah denda jugak tapi tak banyak pun.

Dan pada malam 2 Januari tu husband ajak pergi makan kat Senibong. Nak makan lobster. Alah sekali sekala nak makan special sikit kan. Walaupun takde candle light dinner segala dapat makan lobster pun dah bersyukur. Bukan kita nak makan candle.



Tuje lah serba sedikit cerita anniversary yang keempat. Beberapa hari lepas tu dapat hadiah perfume pulak. Alhamdulillah :)






p/s: jalan yang dekat-dekat je sebab nak saving..hehehe



















No comments :

Post a Comment