Wednesday, November 4, 2015

Renovate Rumah : Pasang Ekogrille Back Door dari CSA Aluminum Gates

Assalamualaikum..

Makin lama makin slow blog ni. Hahaha. Tuan rumah agak busy tak hingat dunia. Macam-macam hal yang nak kena setel maka blog pun terabai. Jangan merajuk ya blog.

Memandangkan urusan yang sangat banyak, maka saya percepatkan jelah entri ni berkenaan pemasangan ekogrille untuk pintu dapur.

Tuhari ada Homedec kat JB, husband berkenan dengan ekogrille ni sebab design dia cantik plus bagus juga untuk safety katanya. Memula nak buat ekogate ala gate untuk garaj kereta tu tapi yang tu terlalu mahal kita skip dulu. Yang penting pintu dapur kena pasang dulu sebab dapur masih ternganga nanti anjing, pencuri semua masuk. Naya!

Ekogrille ni boleh tahan mahal gak regenya. Boleh jatuh terduduk nak membayor. Design paling basic RM1900 tapi kalau nak bunga ke ukir-ukir ke leh mencecah ke RM3500. Matilanak!. Dan kami memilih design bunga-bunga. Memang leh pengsan dua tiga bulan. Tapi disebabkan nafsu nak umah cantik terpaksa buat pejam mata masa hulur duit. Nangesssss!!

Ekogrille dari CSA Aluminum Gates. Design Macam ni RM35610.00

Tengok tu ternganga tak ada pintu, Kesian

Hujung bulan sept orang CSA Aluminum Gates dari KL datang huat pemasangan. 2-3 minggu jugak nak tunggu grille ni ready

Tak sampai berapa jam dah siap pasang

Tada...dah bertutup akhirnya pintu dapur nu. Tingkap sebelah tu pun dah bercermin alhamdulillah




p/s: lepas ni nak pasang grille tetingkap pulak..adeh!



1 comment :