Friday, May 23, 2014

ToKyotOsaka : Osaka Floral Inn Namba Hotel

Kesahnya kitorang booked hotel last minute. Kurang sebulan nak berangkat ke Jepun baru terhegeh-hegeh nak booking hotel. Nasib baik masih available tapi tu pun dah tinggal wal saki baki tompok-tompok taik unta sahaja.

Saya try google dan berkenan dengan Osaka Floral Inn Namba Hotel sebab dia dekat dengan tempat yang ada nightlife seperti Shinsaibashi, Ebisu bashi, Nipponbashi dan Dotonbori. Tempat-tempat ni lebih kurang macam shopping street Myeongdong di Seoul banyak jual pakaian-pakaian berjenama/tak berjenama, barang kosmetik dan kecantikan, kedai-kedai makan dan lain-lain. Barang souvenir? Yilekk..kalau ada pun kedai Little Osaka tapi tak banyak choice. Dan lagi satu yang paling penting ada free WiFi..Weeeehuuuu.

Mula-mula sampai di Nankai-Namba Station kitorang macam lost kejap sebab tak jumpa kat mana Namba Walk. Puas pusing keliling station tu tapi tak jumpa langsung perkataan Namba Walk. Aiii sudah macam mana nak tuju ke hotel ni. Bukak google maps kejap dan kitorang try ikut arah dalam google maps. 

Mak aiii jauh gilos hotel ni dengan Nankai-Namba Station. Rupa-rupanya saya salah faham. Namba ni ada 2 station. Nankai -Namba Station dan Osaka-Namba Station. Berbeza tau!. Adus. Tapi dua2 station ni boleh tembus antara satu sama lain. Yang Namba Walk tu di dalam Osaka-Namba Station bukan Nankai-Namba Station. Ok fine! Pening an? Hahahah.


ikut je line biru tu atau nak masuk kat Ebisu bashi street tu pun boleh

So, dari Nankai-Namba Station cari OIOI Mall. Bersebelahan je dengan station tu. Lepas tu kat sebelah OIOI Mall ada satu shopping street namanya Ebisu bashi. Masuk dalam street tu dan jalan terus sampai jumpa traffic light. Cross jalan tu dan belok kanan. Jalan lebih kurang 500 meter dan jumpalah Osaka Floral Inn Namba Hotel.

Lagi satu cara kalau dari Osaka-Namba Station boleh keluar kat Namba Walk Exit B26 lagi dekat. Keluar-keluar terus nampak hotel. Dari Nipponbashi Station pun boleh. Dua-dua station ni dekat dengan hotel. Cuma Nankai-Namba Station je yang jauh sikit.

Sebelum nak sampai hotel ada 2-3 buah rumah urut yang boleh membuatkan kaum-kaum lelaki tersembul bijik mata. Rumah urutnya sangat wow dengan poster-poster iklan yang unsensored. Open giler!. Uiii...lelaki mana yang tak suka agaknya. Hikss. Saya suruh husband tutup mata. Hahahaha.

Masa booking kat Agoda kitorang dapat bilik untuk 3 malam je sebab dah penuh. 1 malam lagi kitorang terpaksa booking bilik lain. Kiranya 3 malam bilik yang sama kemudian check out dan pindah bilik lain untuk 1 malam lagi. Harga pun sedikit berbeza. Padah booking lambat.

Lobi hotel ni kat tingkat 2. Eskalator dia ada satu je untuk ke lobi. Sebelah pagi eskalator arah menurun. Bila petang eskalator arah menaik. Kalau tak kena arah masa nak naik tu boleh pergi kat tangga sebelah. Tader hal.

Osaka Floral Inn Namba Hotel RM976.05 + RM329.43 (4 nights) = RM1305.48


kat bawah tu ada mart - ni gambar google


bilik sempit tapi bolehlah untuk 2 orang

WiFi laju giler...suka suka suka!

toilet pun kecik tapi selesa

sabun dia wangi.. :D


Lepas check in dan masuk bilik kitorang berehat-rehat kejap dan mandi. Malam tu nak keluar jalan-jalan kat Dotonbori pulak. Kasi hilang penat dan stress sebab sesat cari hotel tadi.

Dukacita dimaklumkan plug adapter yang kitorang bawak xngam ngan suis kat sini. Hahahah. Yang kitorang bawak tu Korea punya memang xleh pakailahkan. Tu lah tak study lagi dah salah. Terus rasa macam takde mood sebab bateri kamera Nikon nak kena charge pakai plug adapter. Rugilah kan jalan jauh-jauh tak ambil gambar sebab salah plug punya pasal. Cheese sungguh! Tapi husband janji dia akan cari kat Mart kat bawah bila turun nanti.

yang saya bawak. Korea punya...ngeng sangat!
sepatutnya macam ni okeh :p lenkali kena beli universal travel adapter

Turun kat Mart kat bawah tengok tak ada langsung jual plug adapter. Kecewa. Yang ada USB adapter je. Belilah jugak untuk charge handphone. Lepas tu masuk Dotonbori. Banyak Mart dalam Dotonbori tapi satu tempat pun tak jumpa jual plug. Kecewa kuasa dua. Takpelah kita jalan-jalan menikmati kawasan sekitar dulu. Esok cari lagi. Lagi pun bateri banyak lagi.


Dotonbori..ramai betul orang. walking distance je dari hotel

kat Jepun pun ada banner Malaysia

kedai ketam


takoyaki dan okonomiyaki

Little Osaka - kedai souvenir tapi tak banyak choice. banyak biskut-biskut je

dah kenapa makcik? aisshh
octopus

Shinsaibashi banyak jual barang-barang branded

Glico man sign. apatah yang bestnya ngan signboard tu?
kitorang guna monopod. semua orang tengok pelik. kat Jepun diorang tak guna monopod. siap tanya kitorang lagi beli kat mana. muahahahaha. kira Malaysia maju jugaklah kan. bangga jap ;p

Setelah pusing-pusing kat street tu kitorang ternampak satu signboard Indian Restaurant. HALAL katanya. Maka kitorang pun cuba. Order biryani ayam dan biryani udang. Pergggghhh banyak gila nasi dia. Portion untuk satu hidangan macam boleh makan untuk 2 orang. Tak habis okay! Pastu malu-malu nak panggil owner kedai tu nak mintak tapau hikhik. Tapi pakcik India tokey kedai tu okay je dia suruh assistant dia amikkan plastik. Pastu kitorang masukkan sendiri dalam plastik dan bawak balik. Esok pagi boleh makan untuk breakfast. Jimat tak? Hahahah.



mata kena tajam sebab signboard banyak sangat dan tak berapa nampak. perati betul-betul ya. hihihi

nak cuba makanan Jepun tapi tak tau mana nak cari yang HALAL

ni lah biryani ayam dan udang. boleh tahan sedap. minum air kosong je.


Dah kenyang balik hotel. Tidur.




Total damage:

1. Biryani at Indian Restaurant for 2 + plain water - 3200 yen
2. USB Adapter - 1700 yen


Total DAY 1 = 6740 yen




p/s: esok misi mencari plug adapter!


Untuk semua entry mengenai Japan klik sini!









No comments :

Post a Comment