Monday, May 11, 2015

Rumah Pertamaku

Alhamdulillah..akhirnya dapat kunci untuk rumah pertama. Tak sangka ada jugak rezeki beli rumah sendiri. 3 tahun lepas, masa husband ada kerja kat area Gelang Patah dia ternampak bunting pasal rumah ni. Promosi booking RM1k sahaja dan tiada down payment. Balik-balik dia terus cerita dan ajak cuba nasib beli rumah tu hahaha.

Pada hari promosi tu husband tetiba ada keje. Tengah hari baru sampai ke showroom. Disebabkan dah lambat semua phase dah sold out. Kitorang pun kecewa teramat sangat mana taknya susah kot nak dapat promosi macam tu. Sekali sorang staff ni panggil. Dia kata encik booking je dulu dan bayar RM1k. Kalau ada pembeli yang tak lepas loan kami akan replace dengan nama encik. Kemain excited bila dengar macam tu. Terus pegi cari ATM keluarkan duit. Awal-awal tak sediakan duit apadaa nasib baik dia boleh tunggu.

Siap register dan booking kitorang balik dengan hati yang penuh excited dan nervous. Berdoa mudah-mudahan ada yang tak lepas loan. Kiki. Mungkin sudah dinamakan rezeki dua tiga minggu lepas tu staff dia call bagitau yang ada orang tak lepas loan. Maka dapatla replace ke nama husband. Syukur alhamdulillah loan pun lepas. Mudah sangat prosesnya.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun akhirnya pada bulan September 2014 kitorang dapat surat untuk amik kunci rumah tapi kena set appoinment. Bulan 10 baru kitorang boleh pergi amik kunci. Tak lena tidur malam menanti hari yang sepatutnya. Hehe over. Masa hari amik kunci tu staff dia ikut sekali pergi check rumah. Bagus siap cuci sekali. Masuk-masuk lantai dah bersih dah.



double storey intermediate. jiran sebelah kiri melayu. sebelah kanan belum tau lagi.

Buat masa ni kitorang belum pindah masuk lagi sebab ada buat renovation sikit. Entah bilanya nak siap lahai banyak sangat nak pakai duit ni ;')




p/s: tak sabar nak deko-deko. tapi kena kumpul duit dulu la.duh!





4 comments :

  1. tahniah!! memang teruja nak masuk rumah baru ^_^* saya pernah merasainya suatu ketika dahulu ;)

    ReplyDelete
  2. xleh cuti cuti sgt dah. kene kumpul duit nak mereno rumah hehehee

    ReplyDelete