Sunday, July 26, 2015

Selamat Hari Raya

Salam semua, 

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin. Baru hari ni berpeluang buka blog. Raya hari tu sibuk ke sana sini. Raya pertama di Johor Bahru giliran husband. Raya kedua di Muar kampung husband. Raya ketiga baru balik Kuantan rumah mak saya. Khamis lepas baru balik J.B semula. Kalau ikutkan hati nak je duduk umah mak lama-lama. Balik kampung ni best sebab makan minum sentiasa terhidang je. Hahaha. Pendek kata perut ni tak sempat nak lapar.

Tapi first day balik Kuantan masa tu kena serang gastrik lagi. Aduhai. Untuk bulan Julai ni aja dah 2 kali kena. Muntah-muntah sampai lembik. Ya Allah janganlah kena penyakit ni lagi. Serik! Bila pergi klinik doktor kata gastrik je. Tapi urin ada darah. Merisaukan. Adakah berpunca dari endo saya? Ermm...

Macam mana raya tahun ni? Ada dapat soalan cepumas? Hahaha. Saya alhamdulillah takde. Maybe orang dah malas nak tanya sebab dah 5 tahun lebih kot. Kahkahkah. Tapi bila orang tak tanya rasa macam tak dipedulikan pulak. Eh mengada-ngadalah!.

Bab soalan tu saya dah tak hirau sangat. Cuma..ermm masa raya mestilah saudara mara, sepupu sepapat berkumpul kan. Masing-masing yang umur lebih kurang sebaya saya semua dok dukung anak. Bila beraya dekat rumah nenek diorang sibuk layan anak masing-masing. Suap anak makan, tepuk anak tidur, pantau anak main. Tak kurang jugak yang duduk berkumpul sharing bab ibu dan anak. Saya? Duduk terasing di sudut sorang-sorang. Sebab nak join the club macam tak ngam pulak. Sedih kuasa tiga. :'( :'( :'(.

Takpelah suatu masa nanti saya akan merasa jugak semua tu. Insha Allah. Sabar jelah.


raya pertama pakai baju tahun lepas je. hahaha

raya kedua pakai baju baru tapi tak sempat nak ambil full pic. takpe tahun depan boleh recycle lagi baju ni huhu

raya ketiga baju tahun lepas lagi. hihi


di Jaja Steamboat & Bbq


Malam terakhir di Kuantan kak long belanja satu family makan di Jaja Steamboat & Bbq, Tanjung Lumpur. Sedap steamboat ngan bbq kat sini. Terasa rempah perapan dia lepas tu sos/sambal pun sedap. Highly recommended kalau datang makan kat Kuantan ;).

Tu saja kot kisah raya saya untuk tahun ni. Ohh ya lupa..raya tahun ni bapak (read: atuk) takde. Sedih :(. Semoga rohnya tenang di sana. Al-fatihah.




p/s: tahun ni dapat duit raya RM33 hahahahah ;p. syukur alhamdulillah.





No comments :

Post a Comment