Wednesday, April 6, 2016

Ni Hao Shanghai! : Day 3 Part 2 Shanghai

Last entry 24 December 2015 ni dah April 2016. Nampak tak kebiziannya di situ. Punyalah lama nak boleh sambung entry China ni. Masa sangat-sangat tak mengizinkan untuk menghadap blog. Aduhai.

K terus sambung cerita laju-laju. Setibanya di Shanghai travel agent bawak singgah kat kedai batu jade. Mende lagi la yang nak ditengoknya. Boring betul singgah tempat-tempat gini. Mak bukan tak suka shopping tapi sakit hati kalau pergi tempat shopping dengan tak berduit. Lap air mata.

Masuk kedai macam biasalah kena dengar 'tazkirah' dulu. Dah la tak paham apa pun. Redha jela tadah telinga. Lepas tu dapat la seuncang jade sorang. Owner kedai bagi free katanya. Nak amik hatilah tu. Lepas dah dengar bebelan dalam bilik meeting tu dibawanya pulak ronda dalam kedai. Apa lagi time-time ni la kena paksa beli. Mak dari tak nak terjebak jugak akhirnya beli satu set gelang dengan cincin. 400 yuan RMB jugak u olls.

Settle kedai jade kitorang ke Yu Yuan Garden pulak. Kat sini macam bandar lama Shanghai. Banyak senibina yang menarik. Ada kedai jual-jual souvenir. Kitorang macam biasalah dok cari fridge magnet dulu. Tengok geng satu group takde beli apa-apa pun. Time ni kitorang yang sibuk membeli time kat kedai shopping diorang yang sibuk. Haha. So, kesimpulannya diorang datang memang nak bershopping. Kitorang hanya nak beli souvenir.









Sekejap je dapat round-round Yu Yuan Garden. Di beri masa sejam je kot. Kitorang laju-laju je membeli. Lepas tu nak pergi tempat dinner pulak. Kedai nama apa tak tau la.

rezeki untuk malam tu cam biasa la mesti ada telur ngan sayur. yang ikan masak kicap tu kitorang tak makan pun. serius xselera huhu.

Dah abes makan kitorang gerak ke bas sebab nak naik cruise kat The Bund. Masa tengah jalan kaki tu ternampak satu kedai halal. Kalau pergi sendiri maybe kitorang dah pegi makan kat kedai tu huhu.

kedai ni berdekatan dengan tempat kitorang makan tadi. ada beef halal..wuuu :"(

Next destination The Bund. Ramai gila umat kat sini. Kat sini la baru first time dapat tengok orang Malaysia dan orang yang bertudung. Huhu. Nak naik cruise kena beratur panjang. Tourist guide kitorang yang pegi beli tiket kitorang just tunggu kat waiting area je. Harga tiket dah termasuk siap-siap dalam pakej hari tu.














Menaiki cruise dan menyusuri Huangpu river. Menarik la jugak dapat tengok senibina bangunan yang berbagai-bagai dan lampu yang cantik-cantik. Kawasan ni di panggil Pudong new area kot kalo tak silap. Masa ni rasa dah terlalu capek ingat nak balik tidur je tapi kena jugak ikut itinerary. Next destination Nanjing Road.





Masa sampai Nanjing Road ni kedai-kedai semua dah nak tutup. Dah nak tengah malam kot. Sapa-sapa gila bershopping boleh pakat mai sini lah kot lebih kurang macam Myeongdong jugak ni tapi tak sehappening Myeongdong la. Haha. Kitorang cuma mampu bergambar sampai reput :"D

Ingatkan dah abes la untuk malam tu sekali ada lagi satu tempat kena pegi. Nama dia Xin Tian Di. Ingat tempat apalah Xin Tian Di ni rupanya macam bar-bar dan restoran-restoran mewah. Yang jadi popularnya sebab senibina yang seperti Inggeris. Kitorang just ronda-ronda la lepas tu balik ke bas semula. Ada jugak yang stay dalam bas je sebab dah mengantuk.


restoran je yang ada

Finally dah boleh check in ke hotel. Tak sabar nak luruskan badan atas katil!






Leisure hotel kot nama hotel ni. Bilik cantik tapi shower takde air panas. Sejuk menggigil tau. Overall masa stay kat Shanghai ni makan kureng hotel pun kureng kalau nak dicomparekan dengan yang sebelum ni. Kalau travel sendiri maybe best kot. Hahahaha.


p/s: entry paling banyak gambar.


Expenses:

1. Fridge magnet - 10 yuan RMB (20 unit)
2. Souvenir plate - 50 yuan RMB (1 unit)
3. Souvenir plate - 35 yuan RMB (4 unit)
4. Rantai - 200 yuan RMB
5. Cincin - 200 yuan RMB
6. Derma - 10 yuan RMB 

Total: 505 yuan RMB



2 comments :

  1. cantiknya pemandangan masa cruise tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah cantik sangat tapi orang ramai bertenggek kat tepi cruise susah nak dapat shot yang cantik huhu..

      Delete