Thursday, August 4, 2016

Renovate Rumah : Plaster Ceiling

Okay ini kisah pasang plaster ceiling. Dah duduk dalam draft sejak bulan Mei lagi tapi bulan Ogos baru publish. Kuikuikui. Kalau masa extend dapur dulu panggil kontraktor cina kali ni panggil kontraktor melayu pulak untuk plaster ceiling. Dan hasilnya taraaaaa...tak berapa nak memuaskan haha. Biasalah Yuslin cerewet orangnya...kuakuakua.

Yelah kita dah bayar mahal-mahal mestilah nak hasil kerja yang terbaik yedok. Ni datang buat kerja 2 hari 3 hari tak datang. Geram mak tau tak. Amik job sana tinggal job sini. Typical malay. Bukan nak merendahkan orang melayu tapi biasa dah terkena gitu. Adohai.

Kerja memelaster pun tak smooth. Box herot berot. Wiring lintang pukang. Nak switch on/off lampu kena tawaf satu rumah okay sebab switchnya satu sana satu sini. Mimpi ngeri you olls. Saya dah la OCD teruk memang sakit hati...huwaaaa. 

Tapi semuanya dah terjadi kita kena redhalah nak. Terima seadanya dengan hati terbuka walaupun perit untuk ditelan kihkih. Okay stop lah tentang emosi mari berbalik kepada plaster ceiling. Design yang saya pilih simple je sebab takut mahal. Tapi dalam simple-simple pun RM4200 kau termasuk wiring untuk hall area dan dining area. Tak tau nak kata murah ke mahal sebab malas dah nak survey-survey. Jumpa dalam FB terus sebat.

Malas nak type panjang-panjang. Tengok gambo jela eh..
 






plaster ceiling bahagian living hall

longkang lampu T5 warna kuning. downlight bentuk bulat warna putih

plaster ceiling bahagian dining area

nak lampu cantik untuk dining punya pasal terpaksa la korbankan kipas siling kat bahagian tu. kena cari alternatif lain untuk letak kipas kalo tak berasap orang duduk kat meja makan kiki

untuk tepi tangga plaster ceiling rata je


p/s: banyak lagi kisah pasal rumah yang tak berupdate ni




2 comments :