Friday, July 10, 2020

Ni Hao Shanghai : Last Day


Setelah berkampung di China selama 5 hari tibalah  masanya untuk pulang ke negara asal pada hari ke-6. Pagi tu lepas breakfast kat hotel kitorang terus bawak luggage ke lobi untuk check out. Untuk last day ni kalau nak diikutkan tak ada aktiviti dah. Memang straight ke airport je nanti. Tapi sebelum tu sempat jugak lunch kat sebuah restoran ni.

Telur masak tomato tu sedap

Selesai makan terus check in ke Hangzhou International airport. Maka selamatlah kami sampai ke Malaysia dan memulakan kehidupan seperti biasa. Overall apa yang boleh disimpulkan, travel dengan agent ni adalah sangat-sangat tak best. Lebih-lebih lagi dengan Chinese agent. Bahasa memang kelaut dalam. Tak faham apa yang diterangkan. Lepas tu bawak melawat tempat-tempat yang tak perlu pergi kot. Memang buang masa betul. Kalau pergi sendiri kita boleh pilih ikut kemahuan kita kan. Dan lagi satu bab makan ni sepanjang kat sana kitorang dah bayar  pakej muslim food. Tapi hari-hari makan telur dan sayur je haha. And kalau pergi sendiri maybe boleh cuba makan kat kedai-kedai yang ada logo Halal.

Cuma apa yang bestnya bila travel dengan agent ni kita tak perlu fikir nak naik transport apa, bila san bahgaimana. Tahu-tahu je dah sampai ke destinasi. Dan tiket nak masuk kemana-mana pun agent dah settlekan tak perlu kita nak beratur panjang-panjang.  Aa gitulah kekdahnya.


Sekian entry habis secara mendadak.

Tet.



Ni Hao Shanghai : Day 5 Part 2 Hangzhou


Bersambung ke Day 5 part 2. Selepas penat berjalan-jalan di West Lake kitorang dibawa lunch ke sebuah restoran. Makanan macam biasa muslim food.

Sedap tau sotong masak capsicum tu. Sampai ke Malaysia terus try buat haha

Selepas tu kitorang di bawak ke Longjing Tea Plantation. Tengok ladang teh dan beli teh. Tapi kitorang macam biasalah tak membeli pun hihi.




Ada replika teapot kat situ

Ladang teh
Lepas habis melawat tea plantation tourist guide bawak ke destinasi seterusnya pulak iaitu Hefang Old Street. Panjang juga street ni letih nak berjalan. Dia ala-ala downtown la. Banyak jual snack, makanan, kraftangan, sugar candy dan macam-macam lagi. Tapi takde apa yang menarik perhatian kitorang nak bershopping di sini. Huhu


Ramai juga umat manusia kat sini

Antara kraftangan kat sini

Bukan local people je yang berniaga kat sini foreigner pun ramai

Dan malam tu kitorang makan kat kedai area mana tah. Serius tak ingat langsung


Lauknya memang begitu je. Hahaha
Perut dah kenyang maka balik semula la kita ke Dezhu Hotel untuk mandi dan berehat. Malam tu dah tak buat aktiviti apa-apa dah. Tapi geng-geng rombongan ada jugak yang turun bilik jalan-jalan kat kawasan sekitar. Kitorang memang malas betul nak berjalan lagi masa tu. Packing barang untuk siap-siap balik ke Malaysia pagi esok.

Bersambung di Day 6 - Last Day





Ni Hao Shanghai : Day 5 Part 1 Hangzhou


Hari yang di nanti-nanti telah tiba. Hari ni kitorang akan ke West Lake tempat yang agak popular kalau datang ke Hangzhou ni. Tak tau la apa yang bestnya nanti kita tengok.

Pagi-pagi dah berkumpul ke West Lake. Nak naik cruise kat West Lake ni kena beli tiket tapi kitorang tak perlu beli dah sebab harga tiket dah termasuk dalam pakej sekali. Berapa harganya dah lupa lah pulak. Lama betul tinggal.

Tempat beli tiket
Bot-bot yang akan dinaiki nanti

Sempat posing dulu depan bot
Nak jugak

Berpusing-pusing la kita menyusuri tasik. Lepas tu jalan-jalan kat taman je. Ada jugak yang buat wedding photoshoot kat sini.




Sekitar tasik



Duduk kat depan bot semata-mata nak amik gambar

Bot-bot lain




Kasi chance la berdua
Okay dah sampai ke darat



Just pusing-pusing taman

Last photoshot sebelum pergi lunch

Bye bye West Lake! 
Dah nak gerak naik bas


Okay lepas tu dah kena naik bas untuk pergi lunch pulak. Tak tahu apa nama kedai dia tapi macam biasalah lauk telur dan sayur haha. Bertabahla selama 6 hari duduk kat China ni. Restoran ni macam cantik jugak di kelilingi kawasan yang hijau.

Bersambung di Day 5 part 2!

Ni Hao Shanghai : Day 4 Part 2 Hangzhou

Setelah ke A.P Plaza kitorang naik bas untuk balik ke Hangzhou. Masa ni dalam bas memang tidur je kejanya.Tau-tau bas dah berhenti kat satu tempat ni masih lagi di kawasan Shanghai. Kalau tak silap namanya Fengjing Ancient Water Town. Teka je sebab tak de pulak dalam itinerary. Perjalanan dalam sejam lebih kot dari bandar Shanghai tadi.

Tempat ni ala-ala macam Venice cuma tak nampak gondola je. Hihi. Perkampungan lama yang dikelilingi air. Bila tengok-tengok kawasan ni teringat pulak kat filem The Sorcerer and the White Snake. Dalam bas pun dok tayang filem tu hahaha.




tekun sangat tu kak


nampak seperti dalam filem-filem China
 


Kitorang kena pusing-pusing kat tempat tu sementara nak tunggu makanan siap. Tourist guide kata kita akan dinner kat situ. Dinner awal lah kiranya sebab takut lambat sampai Hangzhou nanti.

telur selamanya. sayur aje sampai 3 jenis. sup tauhu tu sedap
Lepas siap dinner terus sambung lagi perjalanan ke Hangzhou selama 2 jam. Sampai-sampai terus check-in De Zhu Business hotel dan berehat. Orang lain ada lagi yang turun jalan-jalan tapi kitorang dah penat dan malas.




Kat luar sana masih ada lagi kedai-kedai yang happening tapi kitorang amik keputusan untuk berehat kat bilik je. Esok masih ada sebab kita akan bermalam 2 malam di sini.


p/s: feeling tak sabar nak ke West Lake.







Thursday, August 4, 2016

Mahligai Cinta : Dapur oh Dapur

Sedar tak sedar dah 2 bulan rupanya duduk kat rumah baru. Mengemas pun tak abis lagi ni. So far alhamdulillah okayla duduk kat sini setakat ni. Jiran-jiran pun dah kenal sorang dua. Kiri kanan melayu. Rumah depan je kosong lagi.

Banyak lagi benda yang tak buat. Slow-slow la kan sebab banyak nak pakai duit. Yang separuh complete pun kat tingkat bawah je tingkat atas belum buat apa-apa lagi. Hari ni nak cerita pasal dapur je dulu. Moh layan gambar jela tak larat pulak type panjang-panjang. Hihi

ruang dapur yang memanjang. agak susah nak amik gambar full

botol-botol ni ialah lampu pendant yang dalam gambar atas tadi. yang birunya telah dipecahkan kontraktor wiring. geram oiii..masih belum pasang lagi..grrrr..lampu dah ada tapi tak reti pulak nak pasang. so, togel dulu lh kat tengah tu

peti ais bawak yang dari rumah lama je tak perlu buang duit beli baru. seketul fridge magnet dah tercabut tu. adeh

kawasan saja untuk lepak-lepak. kita tak ada bar counter so buat macam ni je la. huhu. tengah berkira-kita nak beli lagi seketul kerusi ikea tu ke x..ermm

tak ada kerja gila mendeco hihi

haa yang sekeping kadbod kat atas pintu tu kononnya nak letak ekzos fan tapi ekzos fan nya xbeli-beli pun lagi...kuakuakua



sekarang ni dah terjebak dengan corak geomatrik. dah sawan scandinavian pulak..parahhhh

breakfast bar yang masih belum ada kerusi. nak letak kerusi ke tak eh?

tak ada budget nak beli wording. Kita DIY sendiri jela..sian hihi. abaikan habuk kat atas rak tu

dapur dengan lorong yang sempit tapi bersyukur dengan apa yang ada. alhamdulillah

Ada banyak lagi wishlist untuk dapur ni:
1. Wall fan
2. Chair
3. Rugs
4. Exhaust fan
5. Rail & Container
6. Chalkboard sticker
7. Brick wallpaper
8. Dustbin
9. Pot & Plant
10. Hook

Harap berjaya setelkan semua. Mudah-mudahan aminnn..


p/s: pening kepala nak mendeco sebab banyak kena keluar duit. hahahahaha