Friday, April 6, 2012

Road Trip: Uniquely Singapore


Yeahh..hari ni baru dapat seruan nak update cerita jalan-jalan melawat Singapore. Kalau nak update entry pasal travel ni memang slow sikit sebab lemah memikirkan nak mendownload gambar-gambar yang banyak dan bersize gajah. Tak kuasalah nak meresize satu-persatu kan.

31 March 2012-1 April 2012 kami ke Singapore. First time masuk Singapore walaupun dan 2 tahun lebih duduk di J.B. Dah lama niat nak ke sana cuma keadaan tak mengizinkan. Ah kali ni kena pergi jugak kalau nak tunggu keadaan izinkan memang lambat. Kami ke sana naik kereta sendiri. Kalau sesiapa yang nak tau macam mana prosedur memandu kereta ke Singapura boleh usyar entri ni. Kami pergi 2 hari je tak tidur di sana tidur di rumah sendiri. 

Tak susah nak ke Singapore ni sebab pulaunya kecil. Pi mai pi mai tang tu. Tapi mula-mula masuk tu agak blur jugaklah sebab signboardnya yang tak berapa nak mesra pengguna tak macam signboard kat Malaysia. Kalau kat Malaysia masuk-masuk kat sesuatu jalan tu mesti dah ada signboard attraction places kan tapi kat sana macam kureng kita kena tau sendirilah tempat mana yang menarik.

Bercuti ni dapat hilangkan tension. Maklumlah hidup penuh dengan tekanan. Depan belakang atas bawa kiri kanan ditekan, so sekarang ni nak bebas. Nak enjoy-enjoy happy-happy je. Tak perlu dengar cakap orang yang penting kita tau situasi hidup kita. Orang nak bising-bising bukan dia bagi kita makan, bukan dia bagi kita duit, bukan dia bagi kita bahagia. Peduli orang kata yang penting kita enjoyyyyy!!! (Nora Danish).

Okay-okay cukup-cukup bukan orang nak dengar kita membebel. Terus straight to the point. Biar gambar sahaja yang bercerita. Sebelum tu pergi sediakan mee siput dengan fresh orange untuk dikunyah sementara melayan entri ini. Sudah diberi amaran entri ini mempunyai unsur-unsur gambar yang keterlaluan banyaknya..sila jangan berdarah hidung..hehehehe.

Hari pertama : Merlion Park - Marina Bay Sands

Kita dah sampai Marina Bay Sands

Marina Bay Sands hotel bertaraf 6 bintang terletak berdekatan Merlion Park

Tu dia gambar berlatar belakangkan Marina Bay Sands Hotel. Nak check in kat sini memang tak mampu..huhu. Nak pergi ke sana boleh naik river cruise tu. Maaf harga tak tau..heheh

Di Merlion Park. Kenapa Merlion? Sebab monumen itu berbentuk Mermaid + Lion..gitulah kisahnya..kat belakang yang macam durian tunggal tu Esplanade Mall.

Ni aksi pose ke sebab sakit pinggang? Malam-malam ada pesta lampu kat sini jangan lepaskan peluang bergambar! Berhampiran kawasan ni ada satu cottage yang menjual souvenir bolehlah borong kat situ. Fridge magnet dan macam-macam lagi.


Dekat satu bridge berhampiran Merlion Park..Adehh sakit pinggang lagi. Kena berjalan kaki ke Marina Bay Sands Mall sebab kedekut nak keluar duit naik river cruise..huhuh

Letih berjalan..duduk kejap lah..Ada separuh perjalanan lagi nak sampai. Kaki dah melecet
Tengah jalan-jalan jumpa anjing comel ni..Rupa-rupanya ada reunion anjing-anjing sedunia da...


Ni gambar bridge tadi..Nampak macam kat Europe pulak kan..hehehe

Ohooo Singapore Flyer..tak naik pun


Tu Helix Bridge..Uhhh sikit lagi nak sampai kuatkan semangat!

Yay dah sampai destinasi dituju. Depan Marina Bay Sands Mall ada Louis Vuitton tapi tak masuk pun. Kat sebelahnya ada Art & Science Museum..pun tak masuk...hehehe
Suasana dalam Marina Bay Sands Mall..lebih kurang macam KLCC

Dah masuk mall tapi keluar balik sebab rasa tak ada apa yang nak di tengok. Posing kat pokok kejap. Dalam hati huuu jauhnya nak patah balik. Kaki udah melecet. Tapi kena patah balik jugak ikut jalan lain. Akhirnya sampai semula ke tempat asal. Dah macam tawaf pulak..


 

Dah keluar dari Merlion Park sekarang kami menuju ke Pulau Sentosa
Comelllsss...beruang comel kat Kedai Coklat Hershey's. Tapi ni kat USS. Kita sekarang sudah berada di Pulau Sentosa ya

Tooo diaa besar punya..depan Kedai Hershey's

Kat kawasan sekitar USS. Ada jugak monumen Merlion ni. Nak masuk Sentosa Park ni kena beli tiket so kita bergambar di luar je. Ia berhampiran dengan USS. Jalan kaki saja

Bergambar dengan Merlion. Belakang tu ada KFC dan kedai souvenir..heheh

Signboard. Nak naik MRT boleh ke Imbiah Station. Ada beaches jugak tapi tak pergi

Get ready tu USS. Tu kawasan persekitaran luar dia. Boleh tahan besar

Keliling USS ada banyak kedai. Boleh shopping dan window shopping. Belakang tu ada Candylicious bolehlah borong coklat kat situ

Tempat wajib. Jumpa Hard Rock Cafe mesti rembat baju kat situ. Suami suka buat koleksi..hihi..Tapi ni usyar-usyar je esok baru beli

Yeah coklat gergasi..depan Candylicious
Pokok lollypop..cantikkan :)

Malu-malula ada orang nak snap pic dia..akakakakaka
Yeay trademark Universal Studios..wajib bergambar. Tak beli tiket pun masih boleh bergambar kat sini sebab ia terletak di kawasan luar USS

Nak jugak...

Ni pintu masuk...tapi kita bukan nak masuk hari ni. Hari ni beli tiket je dulu sebab sekarang dah petang. Journey kita akan mulakan hari esok ya...hehehe
Hurrrayy..ada tiket sudah..esok kita akan mulakan misi. Ohh ya..harga tiket untuk Weekends + peak : Adults: $74 & Child: $54 untuk weekdays murah sikit berapa ya tak ingat nanti check balik...heheh




Tu je serba sedikit untuk hari pertama. Hari kedua di Universal Studios saya akan sambung di next entry....tungguuuuu! Kena stoplah karang korang semua berdarah hidung dan muntah oren..huhuhu lagipun sekarang nak packing barang nak balik kampung pulak..dah tak ada time ni...bye-bye...yabedabedu!!




p/s: semoga selamat pergi dan pulang...amin





No comments :

Post a Comment