Thursday, April 12, 2012

Road Trip: Universal Studios Singapore

Helloooo...hai..hai..hai seperti yang dijanjikan hari ni nak sambung cerita holiday haritu. Kali ni ke Universal Studios Singapore (USS). USS ni terletak di Pulau Sentosa. Kira paling selatanlah dalam map negara Singapore ni. Alhamdulillah dapat juga menjejakkan kaki ke USS setelah sekian lama niat ini tergendala. 

Sebelum ni saya pernah ke Movie World Gold Coast, Australia dan konsepnya lebih kurang sama  je dengan USS. Cuma yang berbezanya kalau di USS setiap zone ada souvenir shopnya yang tersendiri tetapi di Movie World souvenier shopnya berterabur dan tak berapa banyak. Movie World lebih kecil sedikit berbanding USS mungkin sebab di Gold Coast ada banyak taman tema, so bila dipecah-pecahkan taman temanya jadi kecil-kecil. Maybelah...heee

Oh ya..sebut pasal zone, kat USS ni ada banyak zone seperti Hollywood, New York, Science Fiction, Ancient Egypt, The Lost World, Water World, Far Far Away dan Madagascar. Memang tak laratlah nak explore semua sekali lebih-lebih lagi kalau cuaca panas. Di setiap zone ada food court atau restorannya yang tersendiri dan juga souvenir shop. Dibuka pada jam 10 pagi sehingga 7 malam. Harga tiket pulak $74 (adult) dan $54 (child) untuk weekend. Harga tiket weekdays saya tak ingat. Maafkan saya..hehehehe..

Kitorang bertolak dari J.B pukul 10 pagi. Agak lambatlah jugak sebab pergi breakfast dulu. Konon nak jimat dalam USS nanti tak nak makan..hahaha..Pung pang pung pang pung pang kat imigresen, pukul 11 pagi baru kitorang sampai di USS. Tiket dah beli semalam so hari ni boleh terus masuk je. Alhamdulillah cuaca cerah dan sangat baik. Tapi panas sikitlah...

Cerita dah nak mula ni jangan lupa sediakan pop corn ya..


gambar wajib menunjukkan pergi USS haha..

dah beli tiket..wooha

mula-mula masuk terus jumpa Hollywood

souvenir di merata-rata tempat
world famous photo
konon nak buat aksi macam marilynn monroe tu tapi malu..hewhewhew

masih di Hollywood..banyak lagi dunia kita nak jelajah..huhu

Add caption


trofi pun ada



pose dengan macam-macam topi..mad hatter...

light camera action by steven spielberg. dalam ni dia tunjukkan macam mana ribut taufan yang melanda di sebuah boat house. persembahan yang real ada kapal, air laut dan macam-macam lagi.tapi sekejap sangat shownya..tak puas!

konon-konon macam kat oversea ;p




new york public library..singgah study kejap..hahaha

ada subway jugak..tapi miniature je pun..hehe

transformers the ride yang best giler..suami sampai nak masuk 2-3 kali..hihi

ride yang betul-betul real..4d tuhh..kat sci-fi city

nak masuk bukan main panjang lagi queuenya..adalah dalam 50 minit

menatang ni lah yang kitorang ride tu..hahaha

suami kata..'terbaekk'..hee

galactica battlestar roller coaster..ada dua cyclon & human..tak naik woo takut nanti muntah hijau..kiki

yeahh sekejap je dah sampai ancient egypt

cuaca memang betul-betul panas macam kat padang pasir..boleh rentung kulit woo macam patung tu..hihih

depan kedai souvenir di ancient egypt

sekarang kita dah sampai di lost world pulak..harap tak sesatlah kat dalam ni kan

jurassic park..ada dinosaur ke?

tak larat nak cari dinosaur sebab panas sangat..dah berjalan jauh sampailah ke far far away

memang jauh betul...

yay sikit lagi nak sampai

kat dalam castle ada tayangan shrek 4D..kalau kat movie world gold coast sama jugak tapi masa tu cerita journey to the end of the world. 4D ni yang bestnya masa kita tengok movie tu kerusi kita akan bergeraklah ikut situasi dalam cerita. epas tu kena spray dengan air..kena godek-godek kat bawah kaki..memang sama dengan MW gold coast

kat kedai souvenir far far away

banyak sangat tak tau nak beli apa..huhu

dah sampai madagascar pulak..naik boat ride lepas tu bergambar dengan penguin. tak banyak benda menarik di madagascar

di water world.show start pada 4 petang

same concept macam di movie world. tapi kalau MW dia tunjuk show motor monster xtreme


penat dan dahaga..rehat jap sambil minum 'potion'. terpaksa langgar pantang minum air gas..wuwuwuw

tetiba datang firaun galah ni..apa lagi bergambar la

charlie chaplin

dracula




madagascar

bang mintak air bang...haha lawak giler time ni

fairy god mother & shrek team

shrek

puss in boots..suami kata ini pelangi :(

ancient egypt

scorpion king..heh


hollywood

marilynn monroe

souvenir yang telah di borong...betty boop comb & mug for me, the mummy mug for hubby, potion bottle for me, tranfsformers bottle for hubby, fridge magnet, photo frame, keychain, bowl, our coklat favourite hershey's cookies n cream, dan semestinya koleksi baju hard rock cafe dan t-shirt the mummy...heheh

ni gambar semasa ride revenge of the mummy..jantung macam nak luruh tapi muka macam tak ada perasaan..hahah..orang sebelah tu jerit sampai pekak telinga..huh


Dah abes...entri tamat secara mendadak sebab letih giler ooo nak upload gambar-gambar yang size super gajah ni..3 hari 3 malam baru siap dowhh..ok tipu!

Harap tak ada yang berdarah hidung,





p/s: nak pergi holiday lagi....yabedabeduuuu!!!!








No comments :

Post a Comment