Tuesday, May 20, 2014

ToKyotOsaka - Arrival


Alahai..rindunya nak berblog tapi kerja banyak. Kalau tak curi-curi masa macam gini memang sampai ke sudah tak berupdate. Ni tengah print guestbook sempat la kejap curi tulang :D

Dah sebulan lebih pergi Jepun banyak benda yang dah lupa. Ermmm.. Nampak tak faktor umur menjadi punca permasalahan di situ?

Tahun tahun lepas Australia. Tahun lepas Korea Selatan. Tahun ni Jepun. Dah macam acara wajib pulak an?

Destinasi: Osaka, Kyoto dan Tokyo Jepun
Tarikh: 15 April 2014 - 22 April 2014 (8 hari 7 malam)
Peserta: 2 orang (backpacking)
Pengangkutan: Air Asia X - RM1910 return for 2 pax (include meals + 20 & 25 kg luggage)
Penginapan: Osaka Floral Inn Namba (Osaka) & Sakura Hotel (Tokyo)
Currency rate: 3.25 
Tukar duit: RM5375.70 (165,000yen)
Musim: Bunga
Suhu: 10`C - 15`C
Cuaca: Berawan, sejuk-sejuk berangin, mendung, hujan

ToKyotOsaka ( Tokyo - Kyoto - Osaka)

15 April pagi-pagi sesubuh sapie pukul 4 pagi dah bangun. Janji dengan uncle limo airport pukul 5 pagi gerak ke LCCT. Ohhh tak sempat nak merasa KLIA 2. Uncle limo tu saudara kakak ipar. Dia amik RM150 je fare untuk ke LCCT. Cadangnya kitorang nak tidur kat Tune Hotel tapi memandangkan uncle tu bagi diskaun jadi kitorang naik limo je lah. Lagi senang.

Dalam limo uncle tu sibuk cerita pasal MH370 pulak. Ingat nak tidur dulu sepanjang perjalanan tu tapi elok je cerah mata dengar dia bergosip. Eh. Sedar tak sedar dah sampai LCCT. Buat-buat apa yang patut lepas tu cam biasa ke kaunter check-in. Flight pukul 8 pagi. Tak sempat nak breakfast pun.

7.45 pagi dah boleh masuk flight. Perasaan kali ni? Macam biasa je tak lah nervous sangat macam memula travel ke oversea dulu. Cuma satu je yang risau sikit. Tak cukup study dan buat research! Hahaha. Nampak tak? Busy sangat-sangat sampai tak dan nak google segala. Travel kali ni kira gamble aje. Mintak-mintak selamat dan berjaya tu je lah. Cuak jugak banyak sangat kes-kes yang membabitkan kapal terbang sekarang ni.
muka pagi-pagi yang mengantuk

Kali ni beli tiket tak pilih seat. Dah sorang ke timur sorang ke barat. Sadis tak ada teman berborak. Masa dalam flight duduk seat 3 yang tengah-tengah tu. Ada 2 orang budak perempuan melayu yang pergi Jepun jugak. Macam ex UIA je tapi segan nak tegur. Aherkk...Dalam flight macam biasalah tidur, makan dan toilet. Nak main game henpon takut bateri habis. Kali ni makan Thai Green Curry. Eh sedap jugak green curry ni. Berselera pulak.

Lebih kurang pukul 2.30 waktu Jepun kami selamat sampai di Kansai Paint International Airport di Osaka. 6 jam perjalanan jugak. Lebih kurang sama je Kansai aiport dengan Incheon Airport. Kena naik train semua tu. Design dan interior pun lebih kurang. Kansai Airport ni dibina di atas pulau okay. Sengaja pilih Kansai sebab nak touch down di Haneda mahal sikit. Kedekut! Bukan kedekut tapi berhemah dan berjimat. Budget buat cara budget. Hihi.

Lepas immigration check point dan baggage claim kitorang terus menuju ke tingkat atas nak cari train ke Namba. Ada 2 choice sama ada nak naik JR line atau Nankai Line (Subway). JR line dan subway ni berbeza ya. JR ibarat komuter manakala subway ibarat LRT kot? Hahahah. Saya pun sebelum sampai Jepun rasa pening dengan sistem train diorang ni. Pebenda JR pebenda subway. Ting tong!

Nanti saya bagi detail pasal JR dan subway.

Disebabkan JR Pass saya tak aktif pada hari pertama maka terpaksalah batalkan hasrat nak naik JR. Kitorang naik Nankai-Namba line untuk ke Osaka Flora Inn Hotel di Namba. Pebenda pulak JR Pass? Nantikan episod akan datang.

naik train menuju ke immigration check point dan baggage claim meninggalkan air asia X

dah keluar dari airport dan menuju ke bangunan sebelah untuk menaiki train ke central Osaka

kitorang pilih Osaka Floral Inn Namba sebab senang nak naik train ke hotel.





Perkara pertama selepas keluar dari airport kitorang terus ke JR office yang ada kat dalam bangunan JR tu. Kitorang dah beli JR Pass di Malaysia cuma nak tukarkan aje kepada pass yang sebenar. Mula-mula beratur panjang lepas tu ada sorang staf perempuan Jepun ni nampak kitorang dan dia panggil ke depan. Terus potong line. Huhu. Rupa-rupanya yang beratur tu baru nak beli kitorang nak tukar ajer pun. So, dapatlah siap cepat sikit. Lepas tu mintak dengan dia JR dan subway map sekali.

Rupa JR Pass sebelum ditukar


JR Pass lepas ditukar ke pass yang sebenar. Bawah tu duit Yen semua kaler sama je jangan sampai tersilap

Settle aktifkan JR Pass untuk hari esok dan seterusnya. Lepas tu kitorang ke mesin tiket Nankai nak beli tiket train ke Namba. Blur kejap depan mesin tu sebab tak tau nak guna. Dok perati-perati je macam mana orang buat. Lepas tu datang 2 orang makcik dari Malaysia yang naik flight sama-sama tadi tanya kitorang dik macam mana nak pakai mesin ni. Saya pun jawab tu lah makcik kitorang ni pun baru nak acu cuber terai ni. Oohh ye ke makcik tu cakap. Lepas makcik tu beredar tiba-tiba saya terfikir eh aku ni panggil makcik pulak patutnya kak la kot. Mesti akak tu sentap. Maafkan saya kak uhuk perasan muda kejap :p

Dok belek-belek mesin tu akhirnya reti jugak. Rupa-rupanya kita kena tengok kat board tu nama tempat dan harga tambang. Kalau nak ke Namba harganya 920 yen seorang jadi tekan kat button tu yang 920 yen lepas tu tekan button yang gambar 2 orang. Boleh pilih bahasa Inggeris kalau dok paham. Ooo gitu...kita kena tekan harga tambang ya bukan nama tempat macam selalu naik LRT kat KL tu..hukhuk.

mesin tiket. kitorang tak beli pun Suica atau Pasmo card tu


yang tertera harga bukan nama tempat hihi

Berjaya beli tiket! Tiketnya ya ampun kecil bangat. Lagi kecik dari tiket bas zaman dulu-dulu yang main ketip-ketip tu. Kalau hilang naya! Train sampai kitorang ke station terakhir iaitu Nankai-Namba Station. Lebih kurang 45 minit masa perjalanan.

tiket. kecik giler!

Kansai Airport ---> Nankai-Namba line ---> Nankai-Namba station (45 mins) ---> Osaka Floral Inn Namba Hotel

Sambung lagi di entry akan datang untuk review hotel dan JR Pass :)




Total damage:

1. Nankai-Namba tiket - 920 yen x 2 = 1840 yen




p/s: jangan lupa download application Hyperdia untuk train route atau nak senang tengok google maps pun boleh!

Untuk semua entry mengenai Japan klik sini!






No comments :

Post a Comment