Baru-baru ni terpengaruh dengan mak mertua beli barang Go Shop. Hahahah. Padahal selalu je tengok rancangan Go Shop kat Astro tu tapi tak berniat pun nak beli apa-apa. Tapi bila mak mertua asek membeli je jadi terkenan la pulek. Ini adalah pengaruh rakan tak sebaya. Hikhik.
Husband pun sangat berminat dengan TOKEBI hand blender ni. Nasib baik sekepala. Dapat je gaji terus dia order. Nak buat smoothie katanya. Mak ok je. Boleh blend sambal belacan tanpa bersusah payah lagi lepas ni.
Sunrise pocket block container dari Go Shop kat belakang tu mak mertua bagi. untung ahkak ekekekeke |
TOKEBI hand blender ni RM369 dapat satu crushing bowl, jar, 2 blades dan blade remover, cooking book dan user guide. |
hasil air tangan husband. jadilah sorbet/smoothie strawberry. sedap jugak katakau hehehe |
Setakat ni baru cuba blend smoothie dan hasilnya texture ais yang diblend adalah sangat halus. Untuk sambal belacan belum test lagi katanya tak lekat bau hehehe. Yang bestnya kita tak perlu susah payah nak masukkan bahan-bahan dalam bekas blender yang biasa tu, dalam mana-mana bekas pun kita boleh blend tak kira sama ada plastik, kaca, besi, seramik sekalipun. Dalam Go Shop kata tak percik tapi adalah percik sikit kalau tinggi sangat air dalam bekas tu.
So far sangat suka dengan blender ni. In the future tak tau lagi. Hehehe. Next time, kalau ada duit teringin nak angkat Trio Electric Oven pulak. Amboi amboi amboi.
p/s: ada tv boleh beli, tapi kalau tak ada duit ada tv pun tiada berguna ;p
No comments :
Post a Comment