Monday, July 27, 2015

Wallpaper murah

Sekarang dah gila pasang wallpaper. Macam dah tak boleh tunggu umah baru siap renovate. Rumah kuarters (sewa) pun boleh jadi hehehe. Ini dinamakan tak menyabar-nyabar or orang pantai timur kata 'selok'. Hiks. Orang pasang wallpaper sebelum raya. Kita lepas raya baru nak deko rumah ekekeke.

Hari tu balik Kuantan my mum ada cerita pasal nak pasang wallpaper kat umah Kuantan, so kitorang gigih la pegi Cowboy kat Kuantan tu nak cari wallpaper. Tapi malangnya, dah tak banyak pilihan. Corak tak berapa nak comey tapi my mum kata amik jela mana-mana asalkan dapat tutup dinding yang dah hitam kat umah tu. Biasalah kalau ada budak-budak abes dinding penuh dengan conteng dan cap tapak tangan.

Belilah kitorang wallpaper tu dalam 7 rolls. 1 roll RM14.90 ukuran dalam 60cm x 2m. Wallpaper ni self-adhesive so senang nak pasang sendiri. Tapi yang tak bestnya dia pendek sikit kena sambung atas bawah la. Effectnya akan nampak kesan sambung. So, acaner nak cover kesan sambung tu saya dapat idea letak frame gambar. Mula-mula nak letak jam besar tapi tak jumpa yang cantik-cantik. Maybe next time.

ni wallpaper kat rumah mama. satu side corak jalur-jalur. satu side lagi warna silver corak bunga emboss. bedal ajelah dah itu je yang ada. bucu dinding tu tak berapa nak straight. huhuhu.

Lepas tu masa balik ke J.B kitorang saja jalan-jalan ke Mr. DIY konon-konon nak cari storage box tapi terjumpa wallpaper pulak. Cantik-cantik jugak coraknya. English style memang my favourite la. Tengok harga RM8.50 je satu roll mak pun apa lagi rembatlah. Beli dalam 4 rolls je sebab size dia lebih panjang tapi kurang lebar sikit 45cm x 5m. 1 roll tu boleh pakai 2 row. Sudahnya storage box tak beli pun.

Whatsapp kat my mum dan dia jeles. Kihkihkih.

Tapi wallpaper ni a bit nipis kalau nak compare masa beli yang my mum punya tu. Keburukan dia kalau masa tampal tu kita nak ratakan kena hati-hati kalau tak dia berkedut sebab terlalu nipis. Nak cabut balik kemain payah sebab gam dia kuat gila. Lagi satu sambungan tak boleh overlay kalau tak nampak tak elok kat tempat sambung tu sebab nampak sangat layer dia yang overlay because of nipis tu. Sebab tu lah murah.



at my house. sebelum tampal. sorry meja bersepah..hahahaha!
 
dah siap. part mencabar nak tampal kat suis tu. untuk dinding ni hanya pakai 3 roll

ada lebih so saya sambung kat sekeping dinding lagi

close up

still ada lebih. deko kat paper tray pun boleh. miahahaha

Tak sangka pandai gak saya diy sorang-sorang. Matiklah puji diri sendiri.. :p




p/s: kualiti gambar tak berapa nak cantik. tunggulah nanti I beli DJI phantom 3.






2 comments :

  1. haii . nak tnya sbelum u letak kat dinding tuu u sapu tak dinding tuu or kikis ke ?? sbb kan dinding ni dia mcm tak rata ada biji2 tuuu . tak nampak ke ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..kalau dinding rumah saya ni jenis tak menggerutu sgt sebab dia simen rata gitu. so, saya xkikis terus tampal je heheh. tapi kalau jenis dinding berbiji nampak jgk kot sebab wallpaper ni nipis. kalau xnak nampak maybe kena beli yang tebal sikit.

      Delete