Wednesday, July 29, 2015

Drama luar negara best-best zaman dulu

Tetiba pulak nak mengimbau drama-drama best zaman dulu. Ni mesti sebab tengah tengok La Usurpadora sekarang ni. Hehehe. Zaman kanak-kanak hingga remaja saya rasanya banyak dihabiskan dengan tengok tv. Jarang keluar rumah. Main dengan kawan-kawan kat luar tu adalah jugak kadang-kadang.

Dedulu mana ada Astro. Balik-balik cerita kat TV1, TV2, TV3 dengan NTV7. Tapi dah cukup best dah rasanya. Pergi sekolah dok share dengan member pasal drama-drama yang sedang tengok kat tv dan semua orang pun layan cerita yang sama sebab channel pun terhad maka diorang pun mesti akan tengok jugak. Oh rindunya zaman dulu.

Banyak jugak drama-drama yang masih tersemat dihati tapi dah ingat-ingat jugak jalan ceritanya. Maklumlah masa tu kecik lagi. Eh tapi siap tulis dalam buku kau nama watak semua. Kahkahkah. Siap salin lirik lagu opening/closing lagi walaupun tak paham apa. Hehe. Ni antara drama yang pernah saya tengok:

English/ Itali

1. The Cave of The Golden Rose
(Fantaghiro, Romualdo, Tarabas). Suka dengan opening song dia. Tapi jalan ceritanya banyak yang saya terskip jugak. So, ingat-ingat lupa cerita dia. Tak silap kat TV2 pukul 7 kot? Tahun bila lupa. Yang pasti masa sekolah rendah. Rasanya ramai yang jatuh cinta dengan si Tarabas tu. Bila lalu kat hotel Palace of The Golden Horses automatik saya akan teringat cerita ni. Tibahhh?



Tak lama kemudian hadir pulak JDorama kat TV3 pukul 6 petang. Lepas satu siri, satu siri. Heaven giler oh. Memang tak keluar rumah la petang-petang. Tahun 1997/1998 rasanya kemuncak cerita Jepang ni.

Jepun

1. La Periode Bleu (Ao No Jidai)
Drama ni rasanya yang pertama ditayang sebelum drama-drama lain. Tak ingat sangat cerita dia.



2. Friends and Lovers (Tomodachi No Koibito)
(Akira, Masako, Kashiwagi)
Best cerita ni. Macam biasa saya adalah suka opening theme dia lagu dari Four Trips - Wonder. Siap hafal lagi walaupun tak tau maksud haha. Kisah cinta 3 segi. Rasanya tiga orang ni kawan baik satu sekolah. Akira sukakan Kashiwagi. Pada masa yang sama Masako pun suka Kashiwagi. Disebabkan nak kan Kashiwagi, Masako tipu dia mengandung anak Kashiwagi. Maka, diorang pun kawen. Akira berputih mata. Part akhir rasanya Masako mati lepas tu Kashiwagi balik semula pada Akira. Rasanyalah. Memang dah lupa sangat-sangat. Kat mana nak tengok cerita ni ha?




3. Power Office Girls (Shomuni)
(Chinatsu, Kana, Azusa, Rie, Sawako, Ume)
Cerita ni pun tak pernah miss. Best kot ada 6 orang sahabat yang bekerja di sebuah bangunan tapi lain-lain department. Ketua group tu yang paling garang/sombong dan tinggi lepas tu selalu bawak tangga. Sangat kelakar. Kitorang kat sekolah siap assigned 6 orang bff kitorang yang ni watak itu yang itu watak ini ikut cerita tu. Hahaha. Gitu skalik.




4. With Love
(Hata, Amane)
Cerita romantik, tak ingat sangat plotnya. Yang pasti ingat Teru teru Bozu dan lagu dia yang best Destiny - My Little Lover dan Once In a Blue Moon. Tapi heroin cerita ni tak berapa lawa macam tak padan dengan si Yutaka yang hensom tu. Kahkah.


5. Ice World
(Egi Toko, Eiki)
Cerita pasal perempuan misteri. Pun tak ingat sangat. Lagu dia yang best Diamond Dust. Sangat gila ngan si Yutaka time ni. Dah tua kot dia sekarang haha.

6. The Jikembo of Young Kindaichi
Cerita ni tentang penyiasatan lebih kurang macam Detektif Conan. Tayang kat NTV7.



7. Beautiful Life
 Pasal gadis yang lumpuh. Kat NTV7 rasanya. Tengok sikit-sikit je. Opening song best B'z - Konya Tsuki No Mieru Oka Ni.



Banyak lagi cerita lain tapi tak tengok sangat: GTO, Beach Boys, Long Vacation, Concerto.

Lepas tu drama China/Hong Kong/ Taiwan pun tak kurang hebat jugak masa ni.

China/Hong Kong/ Taiwan/ Singapore

1. The Good Old Days
(Sau Hau, Sau Ling, Sau Lai, Man Fong, Ho Sang, Ho Man, Wong Sai Pong, Mak cik Kam dll)
Best gila kot cerita ni siap hafal nama watak setiap orang hehe. Sedih sangat ceritanya sebab satu family ni kaya raya lepas tu kena rompak kot jadi jatuh miskin. Si suami Sau Hau pergi perang tapi tak balik-balik. Ingatkan mati rupanya dia hilang ingatan lepas tu kawen dengan nurse kat kem askar. Sedihnya. Uwaaaaa..Rasanya ada banyak part drama ni. Panjang giler. Lagu tema pun best nyanyian Amy Chan.

2. My Fair Princess (Huan Zhu Ghe Ghe)
(Xiao Yanzi, Zi Wei, Yong Qi, Er Kang)
Cerita ni pun yang paling tersemat dalam hati sebab suka dengan watak Vicki Zhao yang kelakar. Cerita pasal puteri raja yang ditukar. Banyak sangat sequel dia. Lagu pun best.

3. Journey to the West
(Sun Wukong, Zhu Bajie)
Semua orang tau kot cerita ni.

4. Fong Sai Yuk
Cerita lawan-lawan kungfu shaolin. Dicky Cheung Wai Kin best.

5. Romance in the Rain
(Yiping, Ruping, Shu Huan, Du Fei)
Suka tengok cerita ni sebab pelakon dari drama My Fair Princess. Leo nak kan Vicki Zao dengan Ruby Lin. Si Alec Su nak kan Ruby Lin tapi banyak gak ter miss jalan cerita sebab berebut tv. Huahuahua.



6. A Recipe for the Heart
(Kiu Pak Ko, Kam Yat San)
Cerita pasal lawan masak-masak kat NTV7. Kelakar jugak ceritanya. Lakonan Lydia Sum, Bobby Au Yeung dengan Louis Koo. Opening song Mamma Mia.


7. The Hotel
Ni cerita Mediacorp Singapore. Rasanya kat TV3 pukul 6.30 petang. Kisah pasal gelagat di sebuah hotel. Dari lobi sampai ke kitchen dari staff sampai lah ke guest ada je masalah yang timbul setiap hari. Best jugak.



9. Meteor Garden
Cerita Taiwan yang dilakonkan kumpulan F4. Lagu best Harlem Yu -  Qing Fei De Yi, Penny Tai - Ni Yao De Ai



Lepas tu tumbul pula era drama Latin. Masa ni kat NTV7. Petang jugak dalam pukul 4.30 kot. Masa ni dah sekolah menengah. Petang-petang mesti dah tercongok depan tv.

Latin/Mexico

1. Maria Mercedes
Drama Latin yang pertama kat NTV7 yang alih bahasa. Masa ni tak kenal lagi Thalia. Rupa-rupanya dia ni pun penyanyi.Cerita ni masa bulan puasa kot. Sementara nak tunggu waktu berbuka dok layan cerita ni ngan atuk. Macam biasa lagu tema best. Siap boleh ikut nyanyi sekali.


2. La Usurpadora
(Paola, Paulina, Carlos Daniel, Nenek Piedad, Estefania, Willy, Rodrigo, Patricia, Lalita, Carlitos, Lissette, Fedelina, Panchito)
Yes. Cerita ni la yang paling tak sabar nak tengok ulangan. Sekarang ni ada kat Astro Bella pukul 3 petang setiap hari. Kisah Paola yang jahat bertukar dengan kembarnya Paulina yang baik. Lepas tu Paulina kena menyamar selama setahun di rumah keluarga Bracho. Akhirnya Paola sebenar pulang jugak kat rumah Bracho tu. Gabriela Spanic sangat jelita dalam cerita ni. Lagu pun best.


Lain-lain cerita masa ni yang tak tengok sangat: Mis Tres Hermanas, Yo Soy Betty La Fea. Lepas tu dah lama sikit ada Rosalinda (Thalia jugak).

Seterusnya cerita Filipina:

Filipina

1. Pangako Sa'yo
(Yna, Angelo)
Tak berapa mengikuti sangat sebab tak tau ada cerita ni. Tau-tau dah kemuncak so tak bestlah nak tengok dah separuhkan). Lagu best.



2. Sana'y Wala Nang Wakas
(Arabella, Christian, Leonardo, Mary Ann, Shane)
Yang ini sangat-sangat tengok. Tak pernah miss okay walaupun panjang gila episodnya hehehe. Dari cerita ni lah saya kenal husband saya disebabkan nama watak dalam drama ni. Nak jadi kebetulan je kot hehe. Watak utama sama dengan cerita Pangako Sa'yo. Kisah Ara bercinta dengan Christian, lepas tu terjumpa pulak dengan Leo. Jadi cinta 3 segi. Paling saya ingat 'Bay' dan 'Pretty Pretty Wow'. Lagu best Sharon Cuneta. Diorang ni pun betul-betul bercinta kat luar kan tapi putus disebabkan cerita ni. Si Kristine Hermosa tak jadi kawen dengan Jericho Rosales tapi kawen dengan yang watak Leo (Dieter Ocampo).



Thailand

Tak berapa tengok sangat drama Thai masa ni sebab dah mula masuk asrama. Tapi perasan jugak yang tayang kat TV3 di slot Asian Potpourri: Soda & Iced Tea, Phonix Blood, May Ai Ser Un yang ni lagu dia best.

Indonesia

1. Mutiara Hati
Lakonan Inneke Koesherawati. Lagu pun best.


Korea

1. The Wedding
Wedding OST - Please Don't Leave Me




Yang ni je yang ingat setakat ni kalau ada lagi nanti saya akan tambah.



p/s: kekadang seronok jugak throwback ni.






4 comments :

  1. akk mne dpt gmbr the hotel tu ye...ad x link dy...dh lme cr cte ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak xde link la. Gambar ni pun haritu dapat kat google je tu pun susah nak jumpa..hihi :p

      Delete