Friday, April 8, 2016

Ni Hao Shanghai! : Day 4 Part 1 Shanghai

Pagi-pagi lepas breakfast yang tah apa-apa kat hotel terus kitorang bergerak kat satu tempat medikal ni ntah nama apa tah. Dalam itinerary tulis herbal factory tong ren tang. Masuk-masuk macam biasalah kena tadah telinga dengan ucapan yang tak faham langsung. Tengok semuanya berkot doktor. Dia panggil group by group untuk consultation. Guess what? Kitorang berdua dia tak panggil pun maybe sebab tak pandai speaking. Hahaha. 

Tapi kitorang join je mana-mana group. Dia akan buat pemeriksaan kesihatan ke atas kita lepas tu dia akan suggest ubat apa yang patut kita ambil. Semua ahli dalam group pun macam tak berminat je. Kuakuakua. Sebelum dia check kitorang kitorang dah blah dulu sebab memang tak akan paham dia nak explain apa. Lagi pun kitorang bukannya nak beli pun herba dia heheh. Buang masa je datang situ.

Lepas tu beredar ke next destination iaitu tempat makan. Harini lunch awal sebab kita akan berjalan jauh. Back to Hangzhou.

tak makan ikan tu. bau dia lain macam hahahahah :'D

Selepas dah kenyang tourist guide bawak ke tempat shopping lak sebelum gerak ke Hangzhou. Nama tempat ni A.P Plaza. Dia kata kalau nak shopping luggage di sini la tempatnya. Kuikuikui. Dan kitorang macam biasalah hanya shopping souvenir. Ngeeeee...
 



Pening nak cari jalan kuar. Jumpa lagi di next entry!


p/s: entry pendek-pendek dan laju-laju je sekarang ni. nak curi masa!







2 comments :

  1. dik, kurus la asik makan telur n sayur ni :-P heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat kurus siap muak dah bila nampak telur bila balik Malaysia. hehe..

      Delete