Wednesday, April 13, 2016

Renovate Rumah : Pasang Kitchen Cabinet

Okay berhenti jap cerita pasal Shanghai. Muak lak entry tu tak habis-habis. Bila tah nak sudah. Hahahaha. Hari ni nak cakap pasal renovate rumah lak. Dah lama terbengkalai pasal rumah. Bulan 3 haritu dengan rasminya kabinet dapur siap dipasang. Fuhhh lega seleganya. Rasa satu beban dah lepas. Sebab kabinet dapur la antara kos renovate yang termahal selepas extend dapur. Phewww.

Nightmare rasanya bila memikirkan macam mana nak settlekan payment KC ni. Tapi bila dah siap payment pun dah abes rasa macam terbang semua masalah tu. Syukur dapat jugak KC yang diidamkan setelah berpenat lelah mengharungi onak duri dan ranjau..ecewahh..walaupun ada la sikit yang tak memuaskan hati tapi takpelah pejam mata je nanti kang dicop cerewet pulak. Hahaha

mula-mula hood, hob, oven, sinki sampai. benda-benda semua ni dah dibook masa homedec 2015

murah jugak masa beli kat homedec tu. total semua ni RM4k je. normal price boleh cecah sampai RM10k!!!

sebelum KC sampai kena mop-mop lantai dulu. padahal lepas tu kotor balik. kahkahkah

yeyeah KC dah sampai. excited giler sampai tak leh tidur hahaha!!
proses pemasangan pun berlangsung

tadaaaa...dah siap. cuma mirror backing je belum pasang

part sini ada satu yang kureng puas hati. rak atas sink tu sebenarnya nak macam hanging tapi dia tak boleh buat. redha jela dapat macam tu je. boleh la dari takde hukhukhuk.

okay dah ada mirror backing. tapi yang ni lagi satu hal. ingatkan mirror tu cam gelap sikit lah kan tapi terang benderang. bukannya apa kalau terang sangat malam-malam nak gi dapur kang sherammm nihh..hahahah. dia tak cakap pun yang mirror gelap tak masuk dalam package kalau cakap awal-awal lagi ahkak leh topup duit tuk mirror tu. eceh nak bayor yang basic pun tercekik-cekik. kuakuakua. tapi takpela sheben kata nanti kita tinted sendiri jela mirror tu.

oven tak leh nak pasang lagi sebab posisi soket tu kena alih dulu. kang macam mana nak switch on oven kalo duduk belakang tu lahai. haa lagi satu breakfast table tu dia punya worktop macam tak berapa best bukan seperti yang ahkak idam-idamkan. tapi takpelah kang cerewet sangat nanti orang maroh.


Setakat ni dapur belum ada lampu lagi. Cuma lampu dekat kabinet tu je. Next time orang wiring akan datang untuk pasang downlight pulak. Total overall kos pasang KC ni RM16608.20 untuk 21 kaki termasuk wiring. Kabinet jenis melamine dan table top jenis solid surface je. Mak tak mampu nak pasang granite ngan apa tu 3G ke 4G ke apa tu huwaaa...




p/s: next kisah pasang lampu dapur





11 comments :

  1. waa.... cantik la dapur malin! akak suka color white cm ni, nmpak bersih ja dapur...tapi memandangkn akak nih pemalas orangnya, x leh la color white... heheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pemalas orangnya kak. Tapi nak cantik punya pasal redha jelah. hahaha :p

      Delete
  2. wahh santiknya.. kita dulu buat table top semen terus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak yg suggest simen terus tapi rumah mak dulu dah pakai simen saja nak tukar angin sikit. hihi :D

      Delete
  3. hahhh 16k.. pitam bangun pitam bangun.. heheheh tp cantik sangat niii

    ReplyDelete
  4. Cantik sgt kitchen cabinet sis.. blh tau x nama design itchen kabinet yg coklat tu? Blh survey2 nnti.. :)

    ReplyDelete
  5. Cantik sgt sis.. blh tau nama design kitchen kabinet yg coklat tu? Blh survey2 nanti.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe thank you. coklat yg mana satu tu sis?

      Delete
    2. Yg mcm corak kayu tu.. ada nama or kod die x?

      Delete
    3. ABS with melamine. code kayu tu xsure pulak nama dia. masa tu sy main pilih je kat dalam katalog company tu cakap nak corak kayu.. hihi :D

      Delete