Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, July 26, 2015

Selamat Hari Raya

Salam semua, 

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin. Baru hari ni berpeluang buka blog. Raya hari tu sibuk ke sana sini. Raya pertama di Johor Bahru giliran husband. Raya kedua di Muar kampung husband. Raya ketiga baru balik Kuantan rumah mak saya. Khamis lepas baru balik J.B semula. Kalau ikutkan hati nak je duduk umah mak lama-lama. Balik kampung ni best sebab makan minum sentiasa terhidang je. Hahaha. Pendek kata perut ni tak sempat nak lapar.

Tapi first day balik Kuantan masa tu kena serang gastrik lagi. Aduhai. Untuk bulan Julai ni aja dah 2 kali kena. Muntah-muntah sampai lembik. Ya Allah janganlah kena penyakit ni lagi. Serik! Bila pergi klinik doktor kata gastrik je. Tapi urin ada darah. Merisaukan. Adakah berpunca dari endo saya? Ermm...

Macam mana raya tahun ni? Ada dapat soalan cepumas? Hahaha. Saya alhamdulillah takde. Maybe orang dah malas nak tanya sebab dah 5 tahun lebih kot. Kahkahkah. Tapi bila orang tak tanya rasa macam tak dipedulikan pulak. Eh mengada-ngadalah!.

Bab soalan tu saya dah tak hirau sangat. Cuma..ermm masa raya mestilah saudara mara, sepupu sepapat berkumpul kan. Masing-masing yang umur lebih kurang sebaya saya semua dok dukung anak. Bila beraya dekat rumah nenek diorang sibuk layan anak masing-masing. Suap anak makan, tepuk anak tidur, pantau anak main. Tak kurang jugak yang duduk berkumpul sharing bab ibu dan anak. Saya? Duduk terasing di sudut sorang-sorang. Sebab nak join the club macam tak ngam pulak. Sedih kuasa tiga. :'( :'( :'(.

Takpelah suatu masa nanti saya akan merasa jugak semua tu. Insha Allah. Sabar jelah.


raya pertama pakai baju tahun lepas je. hahaha

raya kedua pakai baju baru tapi tak sempat nak ambil full pic. takpe tahun depan boleh recycle lagi baju ni huhu

raya ketiga baju tahun lepas lagi. hihi


di Jaja Steamboat & Bbq


Malam terakhir di Kuantan kak long belanja satu family makan di Jaja Steamboat & Bbq, Tanjung Lumpur. Sedap steamboat ngan bbq kat sini. Terasa rempah perapan dia lepas tu sos/sambal pun sedap. Highly recommended kalau datang makan kat Kuantan ;).

Tu saja kot kisah raya saya untuk tahun ni. Ohh ya lupa..raya tahun ni bapak (read: atuk) takde. Sedih :(. Semoga rohnya tenang di sana. Al-fatihah.




p/s: tahun ni dapat duit raya RM33 hahahahah ;p. syukur alhamdulillah.





Tuesday, July 14, 2015

Shopping di MAC

Sedar tak sedar lagi 2 hari je kita berpuasa lepas tu berakhirlah sudah ramadhan. Kejap betul rasa. Kalau masa kecik-kecik dulu sebulan puasa tu rasanya macam setahun. Haiiish punyalah lama nak abes tak sabar nak beraya. Tapi sekarang raya ke tak raya macam sama je. Huhu.

Orang sibuk shopping raya tapi saya sibuk shopping barang mekap. Weekend hari tu balik ke kampung untuk kali kedua di bulan ramadhan ni. Jadi saya ambik la kesempatan untuk ke MAC sebab kakak ipar keje kat situ boleh la dapat diskaun hehe. Takde la shopping banyak sangat just beli basic needs aje just nak cover muka yang tak berapa nak glowing ni haha.

sempat lagi kak long buat makeover


bersama family

hasil shopping dan pemberian dari kak long

sebelum tu uncle belanja berbuka di Tanjung Lumpur



p/s: err baju raya pakai yang tahun lepas jela ek? over budget :'D







Monday, April 13, 2015

Tragedi 9 April

Kita hold dulu Travelog Jepun.

Tanggal 9 April 2015, peristiwa menyayat hati. Pukul 9 malam sedang kitorang tengok tv tiba-tiba pintu rumah diketuk. Ada sorang lelaki muka cemas bertanya "Abang ada bela kucing Parsi tak? Kucing jatuh bang." Husband jawab "Ada. Tapi kucing saya semua ada dalam rumah."

Masa tu saya dengan jantung nak tercabutnya terus pergi check bilik kucing. Noisy tak ada. Sah dia yang jatuh. Terus air mata bergenang. Tanya lelaki tu macam mana keadaan dia. Dia kata mulut berdarah. Dia dah call klinik tapi semua dah tutup.

Husband cepat-cepat turun. Saya tunggu dalam rumah. Buntu tak tau nak buat apa. Jenguk ke bawah nampak Noisy tengah terbaring. Ya Allah tak tergambar perasaan masa tu. Nampak husband bawak balik Noisy. Saya ingatkan dah mati. Alhamdulillah Noisy masih bernyawa. Masih hidup lagi. Kuasa Allah jatuh dari tingkat 7 tapi Noisy masih hidup! Terima kasih Allah.

Kitorang tanpa buang masa terus bawak Noisy pegi klinik. Tapi sayangnya klinik memang tutup. Time-time macam tu memang tak ada klinik yang bukak. Patah balik ke rumah. Sampai rumah bersihkan Noisy sebab dah terkencing dan terberak. Bersihkan darah kat mulut dan hidung dia. Dia tak boleh gerak. Tangan kiri macam patah. Allah!

Malam tu baring kat ruang tamu dengan Noisy. Dia diam je tak berbunyi langsung. Tapi ekor bergerak-gerak. Ada sedikit lega di situ. Satu malam tak boleh tidur memikirkan dia. Terbit je matahari terus bersiap ke klinik semula. Pukul 8 lebih dah ada depan pintu klinik. Tapi klinik masih tak buka lagi. Pukul 9 baru buka.

Buka je pintu klinik husband terus cepat-cepat pergi register. Noisy kucing pertama masuk untuk check up. Doktor amik darah. Oksigen masih banyak dalam badan dia. Lepas tu check temperature. High fever. Doktor kata nak x-ray. Mintak-mintak tak ada patah yang serius. Hanya mampu berdoa je masa tu.

Lepas tu doktor panggil ke bilik x-ray untuk explaination. Jantung punya laju masa tu hanya Allah je yang tau. Doktor kata tangan kiri patah. Tangan kanan ada masalah saraf sebab tu dia tak boleh bergerak. Dalaman nampak okay cuma bacaan liver agak tinggi 400 (normal 100).

Bila doktor cakap macam tu jantung terus makin perlahan dan semakin tenang. Noisy kena warded. Doktor kata akan cuba sedaya upaya rawat Noisy. Set tarikh untuk operation. Hari ni 13 April 2015 Noisy kena operate. Semoga operation tu berjaya dan Noisy selamat dan sihat seperti sedia kala. Aamiinn ya Rabb..

Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Mungkin Allah nak beri sesuatu..

X-Ray

cukur bulu untuk drip

deposit untuk ward dan surgery. demi Noisy papa dan mama sanggup buat apa saja tapi sakit hati dengan gst!





p/s: masih trauma. risaukan kucing-kucing yang lain. sob