Wednesday, May 20, 2015

Ayam Paprik




Bahan-Bahan:
  1. Ayam - dipotong kecil (300g)
  2.  Halia (1 cm) 
  3.  Bawang merah (4 ulas)
  4.  Bawang putih (2 ulas)
  5.  Pes cili (2 sudu besar)
  6.  Kicap manis (3 sudu besar)
  7.  Sos tiram (1 sudu besar)
  8. Sos cili (2 sudu besar)
  9. Daun limau purut (3 helai)
  10. Jagung muda - dipotong kasar (2 biji)
  11. Brokoli (sedikit) 
  12. Tomato (1/2 biji) 
  13. Kacang panjang (2 batang-potong pendek)
  14. Garam (sedikit)
  15. Minyak untuk menumis 

Cara memasak:
  • Cara membuatnya, pertama sekali, ketuk dan cincang halus bawang putih dan hiris halus bawang merah serta halia.

  • Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah dan halia.

  • Setelah layu, masukkan pes cili dan kacau hingga pecah minyak.

  • Selepas itu, masukkan gula, kacau sebentar dan masukkan sos tiram, diikuti dengan kicap manis dan ayam.

  • Kacau sebentar dan masukkan sedikit air. Kemudian, masukkan kacang panjang, daun limau purut dan sos cili.

  • Kacau dan tutup kuali. Biarkan hingga ayam masak dan pecah minyak.

  • Setelah itu, masukkan garam, tomato, jagung muda dan akhir sekali brokoli. Kacau hingga sebati, tutup kuali, biarkan hingga bahan-bahan tadi empuk dan sedia untuk dihidang.







No comments :

Post a Comment