Sunday, May 24, 2015

Renovate Rumah : Extend Dapur

Assalamualaikum.

Rasanya blog ni akan mula up story pasal rumah je lepas ni. Hehehe. Itu pun kalau rajin la kot? Okay perkara pertama yang kitorang buat selepas dapat kunci rumah adalah check defect. Tapi macam lah check sangatkan sebab tengok secara mata kasar semuanya nampak perfect je. Tak taulah kalau check betul-betul baru akan nampak defectnya. Hermm apa punya pemalas la esok-esok kalau bermasalah baru nak kecoh aishh. Harap-harap okaylah hendaknya.

Kitorang decide nak extend dapur dulu sebab dapur yang ada kecik sangat. Tamak! Hihi taklah bukan apa kalau ada kenduri ke apa ke nanti ramai-ramai masuk dapur takdelah berlaga bontot. Kalau luas sikit tentu lebih selesa. Ye dok? Tapi kitorang dapat extend sikit je sebab tanah yang ada pun  tak banyak mana cuma 5 kaki je. Pecahkan dinding belakang dapur dan besarkan sampai ke yard belakang. Buang semua pagar belakang tu.

Lepas tu besarkan bilik yang kat sebelah dapur tu. Tambah 5 kaki ke belakang jugak. Cadangnya nanti bilik tu nak dijadikan laundry + stor + bilik kucing. Kucing-kucing semua akan disumbatkan disitu. Tak boleh berkeliaran dalam rumah. Hahaha. Lepas tu baju-baju semua dibasuh kat laundry room dan segala jenis comforter, cadar, blanket, bantal dan sewaktu dengannya akan disimpan dalam bilik laundry. Tak mau kacau dengan wardrobe baju yang lain. Besar sungguh cita-cita. Hope menjadilah plan ni.

Bilik air bawah tu pun dah jadi besar gila. Puas hati! Hehe. Tapi itulah bila dah besarkan dapur + bilik + bilik air maka kosnya akan jadi lebih tinggi. Semua kerana bilik air. Kebanyakan orang buat bentuk L je kat belakang tu sebab diorang tak nak besarkan bilik air. Tapi kitorang gatal nak jugak besarkan bilik air heheh bukan apa cuma tak suka kalau bilik air terkepung kat tengah-tengah nanti bau yang kurang enak tersebar terus ke dapur. Udaranya tak terus keluar hahahaha. Paham kan? ;p

Lepas tu kitorang mintak buat konkrit bukan atap genting sebab next time kalau ada rezeki nak extend bilik atas pulak. So, dah senang la bila dah ada base dan tulang besi. Tapi buat konkrit mahal sikitlah kan. Takpelah janji puas hati dan tak susah di kemudian hari. Okay untuk kos extend dapur ni menelan belanja RM22k tak termasuk submit application ke majlis bandaraya. Kitorang buat dengan kontraktor VIC Design and Renovation dapatlah diskaun sikit.

Kontraktor VIC ni is highly recommended sebab keja dia laju gila. Orang Cina ni buat kerja memang cepat kot walaupun amik banyak projek. Cuma yang masalahnya kita ni lah nak prepare duit secepat mungkin agak 'sakit' sikit hehe. Baru bayar berapa percent tapi dia punya keje macam dah hampir 80% siap. Kalau bayar full agaknya sekelip mata jelah siap. Kebanyakan orang kat perumahan ni pun buat rumah dengan kontraktor VIC dan designnya nampak cantik dan kemas. Mudah-mudahan kitorang buat keputusan yang tepat pilih VIC.

bahagian yang diextend. sian uncle tu panas-panas buat keje, anak dia kebosanan tunggu kat dalam umah. sian pulak tengok.

kawasan ni nanti akan jadi bilik kucing. lepas tu yang belakang sikit dari spot amik gambar ni baru kawasan laundry

inilah kawasan dapur yang diextend. kalau ikut dapur asal kat area tile putih tu je. bilik air pun dah dibesarkan tu.
 
bilik air dah luas. pengudaraan pun terus keluar rumah. hihi

cadangnya tempat shower ni nanti nak pasang glass wall. kalau ikut bilik air lama jangan berangan la nak buat tempat shower cantik-cantik. memang sempit giler.

dah siap bersimen dan bertile. sebelah sana bilik kucing sebelah sini laundry start dari kawasan pipe tu.

lubang untuk ekzos fan. nanti nak letak sliding door sebagai partition antara bilik kucing dan laundry room

dapur pun dah siap bertile. tinggal sikit lagi untuk settle. tile yang putih cantik tu la kawasan yang diextend.

lepas ni pening nak buat kitchen kabinet plak. duh!

view kawasan belakang. bumbung konkrit.

sesiapa yang berminat boleh contact VIC Design & Renovation. area Johor.


p/s: banyak lagi benda tak buat ni. plan lepas ni nak buat 1) wiring 2) plaster ceiling 3) grill 4) kitchen cabinet. duit oh duit di mana kau duit !!!! :') :')










2 comments :

  1. yeayy ade bilik kucing......... ida pon berangan buat rumah kucing tapi nk buat dekat luar. macam sebiji rumah tapi kecik sikit . khas tuk mushang HAHAHHAHA kemain aku berangannn

    ReplyDelete
  2. hahahah..ida..umah kita laman pun sekangkang kera. nak buat umah kucing kat luar memang xdapatla..sobs :D

    ReplyDelete