Dah lebih sebulan dari kes tragedi 9 April. Hari ni Noisy dah nampak better. Selepas operate dan keluar dari wad dia nak dijaga seperti baby. Tak boleh bergerak nak beriba je. Makan tak nak. Hari-hari suap susu tu pun kena paksa. Sebijik la macam jaga baby. Baru sekarang saya faham susah dan penatnya jaga baby. Ni baru kucing. Heheh. Takpela Allah tak bagi rezeki saya nak jaga baby lagi saya jaga kucing yang sakit dulu.
Hari demi hari minggu demi minggu. Noisy dah cuba berjalan keliling rumah. Alhamdulillah saraf dia dah okay. Kaki-kaki dia semua dah kuat nak berjalan cuma ada terhincut-hincut sikit tempat yang patah tu. Setiap hari sapukan ubat luka kat tempat jahit. Suapkan ubat pil, suapkan susu. Macam berperang nak makan ubat. Susahnya! Hahaha.
Baru-baru ni nak pergi KL terpaksa bawak dia sekali sebab dia tak boleh makan sendiri lagi. Berak kencing pun jarang sekali. Badan dah kurus giler dari sebesar-besar dia. Masa kat KL ada perkembangan baru. Dia dah boleh melompat ke atas katil. Tapi yang risaunya kalau dia nak melompat turun nanti terterjah tangan yang patah tu pulak. Bukannya baik 100% lagi. Tak kisah la tu yang penting nampak dia aktif takde baring melepek je walaupun tak makan.
Balik dari KL nampak dia dah mula nak makan sendiri. Happynya saya tak terkata. Itulah yang saya tunggu-tunggu selama ni. Kitorang beli biskut kucing yang paling halus sekali yang untuk baby kitten tu sebab gigi depan dia habes patah takut susah dia nak kunyah kalau besar-besar. Lepas tu beli makanan dalam tin. Alhamdulillah dia nak makan walaupun sikit. Tak payah nak suap-suap lagi dah boleh makan sendiri. Sekarang pun dah mula berak dan kencing. Lega!
baru keluar dari wad. nampak sangat muka sakit. |
hari-hari nak beriba macam baby je |
akhirnya papa akur belikan carrier sebab nak travel hehe |
sekarang sihat sikit tapi badan makin kurus. nampak tulang je hihi |
p/s: syukur Alhamdulillah Allah masih beri peluang kedua untuk jaga Noisy baik-baik. Maafkan mama sebab abaikan Noisy selama ni :'(
siannya si comel
ReplyDeletenakal ni hehehe :D
Deletealahai seramnyaa tgok tgn dia. semoga cepat sembuh!. mushang wish semoga noisyy cepat sembuh jgn nakal2 dahhhh tauuuuu
ReplyDeletetq mushang..noisy dah sembuh. bila dah sihat jadi nakal balik. adeh letih mak! :'D
Delete