Tuesday, May 26, 2015

Welcome Signage untuk butik Bawalovers


Lari tajuk sikit hari ni. 
Welcome Signage untuk butik Bawalovers. 
Siapa nak tempah boleh pergi ke Malin Art & Design blog
  atau facebook page Malin Art & Design
:)






Okbai. Sambung kerja hihi.



p/s: lain-lain produk ---> handmade guestbook & hand bouquet :)






Monday, May 25, 2015

Renovate Rumah : Lantai Kayu

Okay cerita pasal rumah lagi.

Tahun lepas masa ada Home Fair kat Persada, JB kitorang TERbeli lantai kayu. Hahaha TER sebab time tu tak plan pun nak beli. Masa tu sangat zero pasal strategi ubah suai rumah. Tak tau apa yang patut di buat dulu. Sudahnya kitorang beli lantai kayu yang tak berapa nak penting tu. Hihi.

Selain beli lantai kayu kitorang ada beli kipas siling jugak jenama Deka. Lepas tu dapat voucher percutian ke China. Kira berbaloi la jugak beli kan tak de la rasa menyesal sangat. Ayat sedapkan hati. Untuk lantai kayu tu kitorang dah lock harga RM2k. Nak pasangnya tak tau bila cuma booking dulu. Tapi sebelum GST bermula April aritu orang lantai tu tak abes-bes call mintak pasang cepat sebelum GST. Kitorang ni ingat malas la nak pasang dulu sebab takut ada nak pecah dinding ke apa.

Nak tak nak pasang la jugak sebab bila dah GST harga dah jadi lain. Dari RM5.90 per square feet jadi RM7. Dapat nasi ayam penyet sebungkus. Bila pekerja dia datang ukur kena tambah duit sikit lagi. Masa booking RM2k kena tambah lagi dalam RM200 ++. Kitorang decide pasang kat master bedroom dan hall atas je dulu. Kalau ikutkan hati nak je kayukan semua lantai tingkat atas tu tapi kewangan kurang mengizinkan. Buat mana yang mampu je la dulu jangan ikutkan nafsu sangat. Urghh.

Bila dah settlekan payment semua sekali dia cakap warna yang kitorang pilih tu tak de stok terpaksa tukar warna pulak. Aduh dah dapat warna berkenan dihati tetiba tak de stok pulak. Tak de rezeki la namanya tu. Daripada warna coklat-coklat kitorang tukar ke warna keoren-orenan sikit. Itu je yang lawa di mata. Kalau boleh tak nak warna yang terlalu gelap sebab takut tingkat atas tu nampak gelap. Kalau warna yang terang sangat nanti senang pulak nampak kotor terutamanya bila rambut berguguran atas lantai. Haha.

master bedroom asal

barang-barang dihantar sehari sebelum pasang. kayu ni jenis C4 kalau tak silap. standard je bukan heavy duty

nak kena tambah skirting pulak. duit pun tambah lagi RM210

pemasangan dari pukul 9 pagi sampai 5 petang non stop. lama jugak naik boring tunggu

dah siap kat hall atas lepas ni tinggal mop je

not bad jugak color ni tak gelap tak cerah. saya tak suka nampak urat kayu banyak sangat nanti nampak macam serabut je. less is more

master bedroom dan hall. memang kat pintu letak palang cam gitu eh?

yang tak puas hatinya buat kerja tak cermat. sampai terkopak-kopak dinding tu dibuatnya. grrrr


p/s: dapat free 3 rolls european wallpaper masa beli lantai kayu ni tapi belum claim lagi. urmmm..






Sunday, May 24, 2015

Renovate Rumah : Extend Dapur

Assalamualaikum.

Rasanya blog ni akan mula up story pasal rumah je lepas ni. Hehehe. Itu pun kalau rajin la kot? Okay perkara pertama yang kitorang buat selepas dapat kunci rumah adalah check defect. Tapi macam lah check sangatkan sebab tengok secara mata kasar semuanya nampak perfect je. Tak taulah kalau check betul-betul baru akan nampak defectnya. Hermm apa punya pemalas la esok-esok kalau bermasalah baru nak kecoh aishh. Harap-harap okaylah hendaknya.

Kitorang decide nak extend dapur dulu sebab dapur yang ada kecik sangat. Tamak! Hihi taklah bukan apa kalau ada kenduri ke apa ke nanti ramai-ramai masuk dapur takdelah berlaga bontot. Kalau luas sikit tentu lebih selesa. Ye dok? Tapi kitorang dapat extend sikit je sebab tanah yang ada pun  tak banyak mana cuma 5 kaki je. Pecahkan dinding belakang dapur dan besarkan sampai ke yard belakang. Buang semua pagar belakang tu.

Lepas tu besarkan bilik yang kat sebelah dapur tu. Tambah 5 kaki ke belakang jugak. Cadangnya nanti bilik tu nak dijadikan laundry + stor + bilik kucing. Kucing-kucing semua akan disumbatkan disitu. Tak boleh berkeliaran dalam rumah. Hahaha. Lepas tu baju-baju semua dibasuh kat laundry room dan segala jenis comforter, cadar, blanket, bantal dan sewaktu dengannya akan disimpan dalam bilik laundry. Tak mau kacau dengan wardrobe baju yang lain. Besar sungguh cita-cita. Hope menjadilah plan ni.

Bilik air bawah tu pun dah jadi besar gila. Puas hati! Hehe. Tapi itulah bila dah besarkan dapur + bilik + bilik air maka kosnya akan jadi lebih tinggi. Semua kerana bilik air. Kebanyakan orang buat bentuk L je kat belakang tu sebab diorang tak nak besarkan bilik air. Tapi kitorang gatal nak jugak besarkan bilik air heheh bukan apa cuma tak suka kalau bilik air terkepung kat tengah-tengah nanti bau yang kurang enak tersebar terus ke dapur. Udaranya tak terus keluar hahahaha. Paham kan? ;p

Lepas tu kitorang mintak buat konkrit bukan atap genting sebab next time kalau ada rezeki nak extend bilik atas pulak. So, dah senang la bila dah ada base dan tulang besi. Tapi buat konkrit mahal sikitlah kan. Takpelah janji puas hati dan tak susah di kemudian hari. Okay untuk kos extend dapur ni menelan belanja RM22k tak termasuk submit application ke majlis bandaraya. Kitorang buat dengan kontraktor VIC Design and Renovation dapatlah diskaun sikit.

Kontraktor VIC ni is highly recommended sebab keja dia laju gila. Orang Cina ni buat kerja memang cepat kot walaupun amik banyak projek. Cuma yang masalahnya kita ni lah nak prepare duit secepat mungkin agak 'sakit' sikit hehe. Baru bayar berapa percent tapi dia punya keje macam dah hampir 80% siap. Kalau bayar full agaknya sekelip mata jelah siap. Kebanyakan orang kat perumahan ni pun buat rumah dengan kontraktor VIC dan designnya nampak cantik dan kemas. Mudah-mudahan kitorang buat keputusan yang tepat pilih VIC.

bahagian yang diextend. sian uncle tu panas-panas buat keje, anak dia kebosanan tunggu kat dalam umah. sian pulak tengok.

kawasan ni nanti akan jadi bilik kucing. lepas tu yang belakang sikit dari spot amik gambar ni baru kawasan laundry

inilah kawasan dapur yang diextend. kalau ikut dapur asal kat area tile putih tu je. bilik air pun dah dibesarkan tu.
 
bilik air dah luas. pengudaraan pun terus keluar rumah. hihi

cadangnya tempat shower ni nanti nak pasang glass wall. kalau ikut bilik air lama jangan berangan la nak buat tempat shower cantik-cantik. memang sempit giler.

dah siap bersimen dan bertile. sebelah sana bilik kucing sebelah sini laundry start dari kawasan pipe tu.

lubang untuk ekzos fan. nanti nak letak sliding door sebagai partition antara bilik kucing dan laundry room

dapur pun dah siap bertile. tinggal sikit lagi untuk settle. tile yang putih cantik tu la kawasan yang diextend.

lepas ni pening nak buat kitchen kabinet plak. duh!

view kawasan belakang. bumbung konkrit.

sesiapa yang berminat boleh contact VIC Design & Renovation. area Johor.


p/s: banyak lagi benda tak buat ni. plan lepas ni nak buat 1) wiring 2) plaster ceiling 3) grill 4) kitchen cabinet. duit oh duit di mana kau duit !!!! :') :')










Wednesday, May 20, 2015

Ayam Paprik




Bahan-Bahan:
  1. Ayam - dipotong kecil (300g)
  2.  Halia (1 cm) 
  3.  Bawang merah (4 ulas)
  4.  Bawang putih (2 ulas)
  5.  Pes cili (2 sudu besar)
  6.  Kicap manis (3 sudu besar)
  7.  Sos tiram (1 sudu besar)
  8. Sos cili (2 sudu besar)
  9. Daun limau purut (3 helai)
  10. Jagung muda - dipotong kasar (2 biji)
  11. Brokoli (sedikit) 
  12. Tomato (1/2 biji) 
  13. Kacang panjang (2 batang-potong pendek)
  14. Garam (sedikit)
  15. Minyak untuk menumis 

Cara memasak:
  • Cara membuatnya, pertama sekali, ketuk dan cincang halus bawang putih dan hiris halus bawang merah serta halia.

  • Kemudian, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah dan halia.

  • Setelah layu, masukkan pes cili dan kacau hingga pecah minyak.

  • Selepas itu, masukkan gula, kacau sebentar dan masukkan sos tiram, diikuti dengan kicap manis dan ayam.

  • Kacau sebentar dan masukkan sedikit air. Kemudian, masukkan kacang panjang, daun limau purut dan sos cili.

  • Kacau dan tutup kuali. Biarkan hingga ayam masak dan pecah minyak.

  • Setelah itu, masukkan garam, tomato, jagung muda dan akhir sekali brokoli. Kacau hingga sebati, tutup kuali, biarkan hingga bahan-bahan tadi empuk dan sedia untuk dihidang.







Tuesday, May 12, 2015

Perkembangan Noisy

Dah lebih sebulan dari kes tragedi 9 April. Hari ni Noisy dah nampak better. Selepas operate dan keluar dari wad dia nak dijaga seperti baby. Tak boleh bergerak nak beriba je. Makan tak nak. Hari-hari suap susu tu pun kena paksa. Sebijik la macam jaga baby. Baru sekarang saya faham susah dan penatnya jaga baby. Ni baru kucing. Heheh. Takpela Allah tak bagi rezeki saya nak jaga baby lagi saya jaga kucing yang sakit dulu. 

Hari demi hari minggu demi minggu. Noisy dah cuba berjalan keliling rumah. Alhamdulillah saraf dia dah okay. Kaki-kaki dia semua dah kuat nak berjalan cuma ada terhincut-hincut sikit tempat yang patah tu. Setiap hari sapukan ubat luka kat tempat jahit. Suapkan ubat pil, suapkan susu. Macam berperang nak makan ubat. Susahnya! Hahaha.

Baru-baru ni nak pergi KL terpaksa bawak dia sekali sebab dia tak boleh makan sendiri lagi. Berak kencing pun jarang sekali. Badan dah kurus giler dari sebesar-besar dia. Masa kat KL ada perkembangan baru. Dia dah boleh melompat ke atas katil. Tapi yang risaunya kalau dia nak melompat turun nanti terterjah tangan yang patah tu pulak. Bukannya baik 100% lagi. Tak kisah la tu yang penting nampak dia aktif takde baring melepek je walaupun tak makan.

Balik dari KL nampak dia dah mula nak makan sendiri. Happynya saya tak terkata. Itulah yang saya tunggu-tunggu selama ni. Kitorang beli biskut kucing yang paling halus sekali yang untuk baby kitten tu sebab gigi depan dia habes patah takut susah dia nak kunyah kalau besar-besar. Lepas tu beli makanan dalam tin. Alhamdulillah dia nak makan walaupun sikit. Tak payah nak suap-suap lagi dah boleh makan sendiri. Sekarang pun dah mula berak dan kencing. Lega!


baru keluar dari wad. nampak sangat muka sakit.

hari-hari nak beriba macam baby je

akhirnya papa akur belikan carrier sebab nak travel hehe

sekarang sihat sikit tapi badan makin kurus. nampak tulang je hihi



p/s: syukur Alhamdulillah Allah masih beri peluang kedua untuk jaga Noisy baik-baik. Maafkan mama sebab abaikan Noisy selama ni :'(






Monday, May 11, 2015

Rumah Pertamaku

Alhamdulillah..akhirnya dapat kunci untuk rumah pertama. Tak sangka ada jugak rezeki beli rumah sendiri. 3 tahun lepas, masa husband ada kerja kat area Gelang Patah dia ternampak bunting pasal rumah ni. Promosi booking RM1k sahaja dan tiada down payment. Balik-balik dia terus cerita dan ajak cuba nasib beli rumah tu hahaha.

Pada hari promosi tu husband tetiba ada keje. Tengah hari baru sampai ke showroom. Disebabkan dah lambat semua phase dah sold out. Kitorang pun kecewa teramat sangat mana taknya susah kot nak dapat promosi macam tu. Sekali sorang staff ni panggil. Dia kata encik booking je dulu dan bayar RM1k. Kalau ada pembeli yang tak lepas loan kami akan replace dengan nama encik. Kemain excited bila dengar macam tu. Terus pegi cari ATM keluarkan duit. Awal-awal tak sediakan duit apadaa nasib baik dia boleh tunggu.

Siap register dan booking kitorang balik dengan hati yang penuh excited dan nervous. Berdoa mudah-mudahan ada yang tak lepas loan. Kiki. Mungkin sudah dinamakan rezeki dua tiga minggu lepas tu staff dia call bagitau yang ada orang tak lepas loan. Maka dapatla replace ke nama husband. Syukur alhamdulillah loan pun lepas. Mudah sangat prosesnya.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun akhirnya pada bulan September 2014 kitorang dapat surat untuk amik kunci rumah tapi kena set appoinment. Bulan 10 baru kitorang boleh pergi amik kunci. Tak lena tidur malam menanti hari yang sepatutnya. Hehe over. Masa hari amik kunci tu staff dia ikut sekali pergi check rumah. Bagus siap cuci sekali. Masuk-masuk lantai dah bersih dah.



double storey intermediate. jiran sebelah kiri melayu. sebelah kanan belum tau lagi.

Buat masa ni kitorang belum pindah masuk lagi sebab ada buat renovation sikit. Entah bilanya nak siap lahai banyak sangat nak pakai duit ni ;')




p/s: tak sabar nak deko-deko. tapi kena kumpul duit dulu la.duh!





Hasil Shopping di Jepun

Bersiaran kembali.

Amboi tajuk hasil shopping la sangattt. Hihi. Actually tak banyak pun membeli kat Jepun ni tau-tau je lah kan currency ratenya tinggi. Nak beli sesuatu benda pun angkat letak angkat letak je hahaha. Bagi orang macam saya lah yang kurang berkemampuan ni tapi kalau yang berduit tadehal.

Kat Korea macam boleh borong sakan souvenirnya tapi kat Jepun terpaksa berkira sikit. Nak beli untuk semua orang memang macam tak mampu. Orang-orang yang terdekat je lah yang dapat. I'm so sorry my friend tak dapat bagi semua orang. Ngeee :D

Okay jom tengok apa yang sempat rembat. Cekidaut...

bantal mickey dan bekas popcorn mickey. beli kat Tokyo Disneyland

pinggan mickey & minnie, fridge magnet, keychain. ada beli di Kyoto, ada beli di Hakone, ada beli di Asakusa, ada beli di Osaka Castle. hihi

pedang samurai beli di Osaka Castle

plate yang tulis Japan tu beli di Nakamise Market, Asakusa, Tokyo

t-shirt Hard Rock Cafe beli di Osaka dan Ueno Station.

Tu jelah. Tak banyak pun kan. Heee :p



p/s: tempat-tempat yang tak sempat pergi Kawaguchi Lake, Gotemba Premium Outlet, Akihabara, Nippori, Odaiba dan banyak lagi. next time kalau ke Jepun lagi maybe nak ke Tokyo je kot. 












Monday, May 4, 2015

Kira-kira Percutian di Jepun

Currency lebih kurang 3.1 (MYR to JPY)


Beli di MALAYSIA [Tukar duit - RM5375.70 (165,000yen)]

  1. Air Asia ticket return + luggage 20kg + meals - RM1910 (2 pax)
  2. JR Pass - RM1868 (2 pax)
  3. Universal Studios Japan - RM462 (2 pax)
  4. Tokyo Disney Resort ticket - RM426 (2 pax)
  5. Hotel Osaka - RM1305.48
= RM5971.48 (18511.59 yen)


OSAKA

  1. Osaka 2 Day Pass - 6000 yen (2 pax)
  2. Osaka Aquarium Kaiyukan - 4400 yen
  3. HRC Osaka - 6600 yen
  4. India Restaurant - 3200 yen
  5. Takoyaki - 450 yen
  6. USJ Souvenir - 4200 yen (magnet x3, pen, keychain x2, keychain spiderman x3)
  7. USJ Fanta Grape - 280 yen
  8. JR Nankai Namba 2x  - 600 yen
  9. Osaka Namba - Nipponbashi - 360 yen
  10. Osaka Castle Souvenir - 2700 yen (pedang samurai)
  11. Bic Camera 432 - yen (universal plug)
  12. Corn - 400 yen
  13. Adapter - 1700 yen
  14. Stokin 313 - yen
  15. Family Mart - 305 yen
  16. Mineral Water - 150 yen 
  17. Nankai-Namba line - 1840 yen
= 33975 yen

KYOTO

  1. Kyoto 1 day bus pass - 1000 yen (2 pax)
  2. Ginkakuji Temple - 1000 yen (2 pax)
  3. Souvenir Kyoto - 1200 yen (magnet 3pcs)
= 3200 yen


TOKYO [Money changer tukar RM1000 (25750 yen]

  1. Sakura Hotel - 27,900 yen
  2. Disneyland Souvenir (bantal x1, pinggan, magnet x4, pen x2) - 11000 yen
  3. Disneyland Popcorn - 1850 yen
  4. Malaychan - 3200 yen + 3400 yen + 3400 yen = 10000 yen
  5. HRC Ueno Eki (sweater x3 + tshirt x1) + 5184 yen (t-shirt x2) = 20196 yen
  6. 7 eleven tea - 400 yen
  7. Glove - 500 yen
  8. Nakamise Market - 5250 yen (pinggan x3) + 5000 yen (magnet 15 pcs) + 4900 yen (keychain x10) + 2750 yen = 17900 yen
  9. Mt Fuji Souvenir - 500 yen (magnet transport) +1140 yen (magnet 3 pcs) = 1640 yen
  10. Nankai-Namba Train - 920 yen + 920 yen = 1840 yen
  11. Ueno - Asakusa Train - 680 yen
  12. Ikebukuro - Shinkiba Train - 960 yen
  13. Hakone day pass from Shinjuku - 10280 (2 pax)
= 105146 yen


BALIK
  1. Nasi lemak pak nasser RM18


  • Jumlah tukar duit = RM5375.70 + RM1000 = RM6375.70 (190750 yen)   
  • Jumlah belanja di Malaysia RM5971.48 + RM18 = RM5989.48  
  • Jumlah belanja di Osaka, Kyoto & Tokyo = RM4591 (142321 yen)
  • Jumlah belanja keseluruhan = RM5989.48 + RM4591 = RM10580.48 (32799.48 yen)
  • Balance perbelanjaan = RM6375.70 - RM4591 = RM1784.70 
  • Jumlah bersih = RM10580.48 - RM1784.70 = RM8795.78 (27266.92 yen)


p/s: banyak jugak belanja pegi Jepun ni. fengsannnn hehehe. tapi kalau hire travel agent lagi mahal ni :D