Tuesday, December 18, 2012

12.12.12 :: Dejavu di Kinabalu Part 1


Assalamualaikum.


Wehuuu...lama blog ni menyepi sebab tuan dia pergi bercuti. Honeymoon untuk kali ke berapa tak tau. Kira macam anniversary treat yang ketiga untuk bulan 1 ni lah tapi telah dianjakkan ke depan sikit. So, kiranya time anniversary nanti boleh mintak hadiah lagi..wahahahah kejam!

Kitorang dah lama plan nak pergi Sabah. Tapi semenjak kitorang plan tu ramai pulak orang yang pergi Sabah tahun ni. Bukak je facebook rata-rata update status pergi ke Sabah. Padahal bukan tahun melawat Sabah pun tahun ni. Agak musykil di situ.

Bila husband kata honeymoon to Sabah is on..apa lagi perempuan ni menari tango la dia. Nak-nak pulak tiket flight tak payah beli sebab dah disponsor oleh kontraktor cina tempat husband kerja. Wallawey lagi double syok. Bukan itu saja penginapan dan makan-makan pun ditaja. Heaven sangat-sangat. Just bawak duit poket je untuk soping-moping. Sapa tak nak kan? Kami pergi 4 hari 3 malam dari 12.12.12 sehingga 15.12.12.

Memandangkan tiket flight beli last minute harganya pun fuhhh mencekik darah gitu. Return ticket untuk seorang termasuk luggage ialah RM800++. Tak pelah bukan kena bayar pun kan. Syukur! So, yang pergi ke Sabah pada hari tu adalah sebanyak 4 family. Saya and the husband, Azhar and the family, Ejal and the family dan bos kontraktor cina tu 2 orang. The total is 16 orang which is 10 dewasa dan 6 kanak-kanak. Agak-agak berapa er total harga tiket? Mau berpuluh ribu tak? Fuhhh

Pada tarikh cantik 12.12.12 itu kami dah terpacak kat Senai International Airport pukul 5 petang. Flight pukul 7.15 petang macam biasalah naik Air Asia saja. Lepas dah check in, drop baggage, check immigration semua, sekali flight delay pulok dalam 15 minit. 7.30 petang la baru berlepas. Kitorang kan tak buat pre order meal so, ingat nak beli kat atas kapal nanti. Unfortunately makanan semua habis tinggal air saja. Aduii sangat lapar okay walaupun perjalanan amik masa 2 jam je. Biskut ada tapi tak lalu nak makan rasa macam nak nasik jugak >.< * dasar kuat makan* Si husband pulak dah mula bersin-bersin petanda nak demam. Ahh sudah alergik naik flight ke apa?

Photobucket

Photobucket
muka bosan tunggu flight

Photobucket
get ready nak naik pesawat

Photobucket
dah dalam perut kapal

Banyak kali jugak terjadinya air turbulent maybe cuaca kurang baik. Ada skali tu flight dah macam nak menjunam macam roller coaster. Semua orang menjerit naik seram jugak rasanya. Dup dap dup dap jantungku. Masa pergi Gold Coast dulu perjalanan smooth aja tak macam ni. Kitorang pun berpegang tangan tak lepas-lepas..ketakutan yang amat..huhu. Mulalah mengucap tak henti-henti. *baru nak ingat mati >.<*

Pukul 10 malam selamatlah kami mendarat di Terminal 2 airport negeri di bawah bayu..alhamdulillah. First time menjejakkan kaki ke sini. Teruja sangat. Lepas dah claim baggage kitorang terus naik cab ke hotel. Hotel yang telah dibooked adalah Hotel Seri Borneo di Jalan Sinsuran. Hotel budget je pun tak perlu hotel mahal-mahal sebab bukan nak duduk hotel sangat kan. Kalau nak 24 jam kat hotel bolehlah stay kat Nexus Resort Karambunai ke Shangri La Tanjung Aru ke kan. Tak silap standard room di Hotel Seri Borneo tu harganya RM72 per night. Kami booked dari Agoda untuk 2 malam. Okeylah hotelnya walaupun budget hotel, biliknya bersih, toilet pun okay, tv dan aircond pun ada. Kawasan pun sangat strategik dengan tempat tumpuan pelancong. Walking distance je.

Photobucket
tengok tu kat tepi tu ada gerai jual-jual

Photobucket
okaylah kan takleh nak demand sangat dah ke kata murah

Photobucket

Photobucket

Malam tu kedai-kedai semua banyak yang dah tutup. Yelah waktu kat K.K ni kan macam awal sikit dari Semenanjung. Pukul 10 kita dah macam pukul 12 dia. Tapi nasib baik ada lagi kedai makan dekat-dekat dengan hotel tu yang masih bukak. Kitorang 16 orang pergi makan ikan bakar kat kedai tepi hotel tu. Try jugak rasa rumpai laut. Texture dia kenyal-kenyal macam sotong dan rasa masam-masam sikit. Okaylah sedap jugak.

Photobucket
air gelas besar

Photobucket
ikan bakar 


Photobucket
rumpai laut yang kenyal macam sotong dan rasa masam-masam

Memandangkan kami sampai dah lewat malam, tak ada aktiviti sangat yang boleh dibuat melainkan tidur...hehehe. Esok kami akan ke pulau..stay tuned akan update di next entry!









p/s: ada orang kata kau ni asek berjalan je kan sakit pulak hati dia. saya pulak kata mungkin Allah bagi saya rezeki dengan cara ini. dia dapat apa yang saya nak tapi saya tak dapat. saya dapat apa yang saya nak tapi dia tak dapat. so, fair and square lah kan. Allah itu kan Maha Adil. jangan sakit hati naa...sebab saya pun tak sakit hati apatah lagi cemburu dengan apa yang dia ada >.<... peace!!







No comments :

Post a Comment