Baiklah mari kita teruskan travelog ke Sabah. Hari pertama di
entry ini.
Hari kedua plan kami nak habiskan masa di pulau sahaja. So, pagi-pagi
dah bangun dan agak teruja jugak pukul 6 pagi dah macam 8 pagi di
Semenanjung. Lebih kurang sama macam di Gold Coast waktunya.
Lepas
dah mandi dan pakai swimming suit kami turun cari kedai makan untuk
breakfast. Hehehe pakai swimming suit siap-siap kat dalam sebab nanti
senang bukak baju terus terjun laut. Good idea tak? Heee. Jalan-jalan
sikit kat depan hotel tu kitorang jumpa Restoran Mars bertentangan
dengan Pasar Kraftangan dan bersebelahan dengan Hotel Le Meridien. Ahh
belasah jelah kan sebab dah lapar. Kat hotel tu pulak tak ada breakfast.
So, kena cari kedai makan sendirilah. Kitorang order mee hoon soto.
Yang peliknya soto kat sini dia letak timun..hehehe first time jumpa.
Sedaplah jugak sotonya tapi tak ada cili padi kicap so kurang kick.
Lepas tu order air sirap. Bila sedut euwww manis gila dah tu pulak rasa
macam sirap strawberry takleh telan aku @_@. Sudahnya minum air mineral
je.
|
ni lah soto yang ada timun tu |
Dah
lepas isi perut kitorang jalan-jalan kat area Pasar Kraftangan atau
Pasar Philippine. Sempit gak lorong dalam kedainya macam tak berapa nak
user friendly. End up kitorang keluar balik sebab rasa macam sesak duduk
dalam tu. Nak usyar-usyar souvenir pun macam tak selesa. Kat sebelah tu
ada Pasar Ikan Masin tapi kitorang tak pergi pun sebab tak ada apa yang
nak ditengok atau dibeli.
Risau
jugak kalau-kalau hujan tapi cuaca amatlah baik sekali. Memang bagi
peluang kepada kitorang untuk ke pulau. Pukul 10 pagi kitorang dah
tercongok tunggu bot kat tepi jeti sebelah Pasar Kraftangan tu. Tak
perlu jalan kaki naik bot kat Jesselton Point. Tapi tak taulah kalau di
Jesselton Point harga lebih murah ke kan. Dalam 15 minit macam tu bot
sampai dan kami menuju ke Pulau Manukan dulu. 15 minit je dah sampai.
|
sementara menunggu bot |
|
kita bergambar dulu |
|
bukan bot ini yang kita nak naik..haha |
|
tapi yang ini |
|
berangin |
Sampai-sampai
aja di Pulau Manukan kena bayar lagi fee RM3 seorang. Banyak betul
benda yang kena bayar..ish ish ish. Tapi nasib baiklah kat Pulau Sapi
nanti tak perlu bayar lagi. Dah cari port yang best letak barang dan
bukak baju kitorang pun apa lagi terjun dalam laut la. Ada yang tak nak
mandi atau snorkeling tu jadi tukang jaga beg jelah hihihihi.
|
pengagihan snorkeling gear |
|
subhanallah..cantik kan? |
|
airnya yang hijau |
|
selamat tiba di Pulau Manukan |
|
kena bayar lagi.. |
First
time snorkeling syok duhh..tapinya tak berapa banyak ikanlah. Maybe
dekat persisiran pantai je kan mana nak ada ikan. Kalau di tengah-tengah
laut tu baru la lagi syok kan..hihihi.
|
duyung timbul di pulau manukan |
Dah puas kami bersnorkeling dan
ambil gambar, orang agent tu datang panggil untuk aktiviti parasailing
pulak. Kitorang pun naiklah bot lagi sekali. Dalam bot tu ada 3 couple. 1
couple mat saleh, 1 couple dari group kitorang dan 1 couple lagi of
courselah kitorang. Mula-mula yang naik parasailing tu couple mat saleh
kitorang pulak yang last sekali. Masa time diorang semua smooth dan okay
aja. Masa time kitorang tiba-tiba ganset buat hal. Tali tu tak boleh
tarik semula ke bot dan kitorang tak dapat turun. Hahaha lama gak duk
berlegar-legar kat udara. Tengok orang bot tu dah puas buat macam-macam
tak boleh jugak tarik kitoang turun. Cuak jugak masa tu. Naik loya pun
ada sebab asek pusing-pusing di udara.
|
landing kat dalam laut |
|
mencabar gak tapi syok..lain daripada yang lain |
Destinasi seterusnya ke Pulau Sapi
pulak. Perut dah mula berkeroncong tanda mintak makan. Masa tu dah pukul
1 petang. Sampai kat sana baru aja kami nak makan agent tu panggil
untuk aktiviti sea walking pulak. Adeh terpaksa lupakan hasrat murni nak
mencekik ikan dan udang yang dah memanggil-manggil tu. Sampai tempat
sea walking kena pakai kasut. Ia terletak di tengah-tengah lautan ya.
Agak seram jugak mula-mula nak buat sea walking ni sebab nak kena masuk 6
meter ke dalam laut. Lepas dia pakaikan helmet gas kitorang kena masuk
dalam air 1 by 1. Rupa-rupanya tak adalah menakutkan sangat sebab ada
guide yang tolong pimpin kita kat dasar laut tu..hewhewhew. Masa
mula-mula masuk tu rasa telinga macam berdesing jugak dan tak boleh
nafas sangat tapi dah lama-lama semuanya okay.
|
angkut barang nak ke pulau sapi pulak |
|
kenapa eh nama sapi? ada lembu ke kat sini? |
|
souvenir shop yang tak berapa nak ada souvenir |
Kan tadi masa snorkeling tak berapa
jumpa ikan sangat kan. Kat sini nah kauu..berlambak ikan ada. Ikan
belang-belang, ikan dory, ikan nemo semua ada. Jakun giler. Dapatlah
pegang ikan nemo tak lari pulak dia. Bagi makan ikan-ikan tu dengan roti
habis kena serang sampai dah tak nampak apa. Dikerumun dengan ikan je.
Sangat syok ohhh rasa macam nak pergi lagi je >.<. So,
kepada siapa-siapa yang datang ke sini jangan lupa pergi sea walking.
Sangat best! Dalam setengah jam jugak kot duduk dalam laut tu. Lepas dah
amik gambar dan video kitorang naik semula kat atas dan dihantar semula
ke Pulau Sapi. Nanti boleh claim gambar tu kat Pulau Sapi siap dapat
certificate lagi youuu..
|
bbq di pulau sapi |
|
tempat nak claim gambar dan cert |
|
hurray dapat cert untuk sea walking |
|
dah tukar baju |
Pukul
3 macam tu bot dah datang dan kitorang kembali semula ke pusat bandar
K.K. Balik bilik hotel terus terjun katil dan tidur..keletihan yang amat
tapi sangat seronok!
|
nak balik dah |
|
tata pulau sapi |
Dah
kenyang makan tak larat nak jalan balik pulak. Kitorang amik cab balik
semula ke hotel. Tapi tak naik terus ke bilik kitorang jalan-jalan dulu
dekat pasar malam yang berdekatan dengan hotel tu. Mama ada pesan
mutiara tapi tak taulah nak beli yang mana satu. Banyak sangat dan semua
lebih kurang sama je. End up kitorang tak beli pun mutiara sebab takut
mahal dan tak ori. Kitorang just beli fridge magnet dan souvenir untuk
family dan kawan-kawan je. FM tu memang perkara wajib. Mesti beli! Lepas
tu kitorang singgah pasar malam Sinsuran kat sebelah pasar kraftangan.
Tak ada apa yang menarik sangat macam pasar malam biasa jugak.
Dalam
pukul 10 macam tu pasar tu dah nak kemas dan tutup. Kitorang balik
semula ke hotel. Tidur awal sebab esok kena bangun pagi-pagi nak ke
Kundasang pulak. Stay tuned!!
p/s: rasa macam nak pegi lagi!!!!
No comments :
Post a Comment