Wednesday, December 19, 2012

14.12.12 :: Dejavu di Kinabalu Part 3

Dah puas seharian bersunburn di pantai semalam hari ni kitorang nak ke Kundasang pulak sebab nak tengok gunung kinabalu. Orang kata kalau dah datang ke Sabah wajib bukan harus pergi ke Kundasang sekali..So, kitorang ni ikut jelah apa kata orang. Kalau orang suruh terjun gaung pun terjun gak kot..hahaha. Okay tak lawak.

Malam sebelum kejadian mr.husband call saudara dia yang duduk kat K.K sebab nak sewa Nissan Urvan dan Avanza untuk 14 orang. Harga sewa dua hari untuk dua-dua bijik kenderaan tu RM500. Saudara sendiri pun kira RM500 gak? Huhuhu. Tak kisahlah janji ada transport sebab kitorang pun call dia last minute. Nasib baik available lagi transportnya. Semua benda pun last minute booked baik tiket flight, hotel atau pun kereta sewa. Gamble jer booked on the spot. Itu pun hotel untuk di Kundasang nanti tak booked lagi. Gila! Yang kontraktor cina tu pulak pinjam kereta aunty dia.

Malam tu baru nak buat research kat TripAdvisor untuk hotel di Kundasang. Bila call hotel-hotel yang berkenan semuanya dah fully booked. Last-last dapat lah jugak 1 bilik di Heritage Resort & Spa dan 3 bilik di Celyn Resort. Berpecah di situ. Kalau tak dapat memang kitorang ingat nak pergi balik hari je. Tapi masih ada rezeki dapat jugak stay di Kundasang satu malam. Harga satu malam kat Heritage Resort & Spa tu kalau tak silap RM100++ booked dari Agoda itu pun chalet bukan standard room. Yang Celyn Resort pulak agak mahal. Untuk yang Villa RM666 tapi boleh masuk maximum 6 orang. Dan Jungle Village pulak RM411 dan boleh masuk maximum 4 orang. Mula-mula ingat nak stay kat Kiram's Village sebab tempat tu nampak cantik sangat sekali full house daaa. BoooOOoo..

Pukul 7 kitorang dah bertolak ke Kundasang. Tapi mata ni berat lagi rasa macam tak cukup tidur je. Maybe sebab semalam keletihan main air. Orang kata nak pergi ke Kundasang elok bertolak awal pagi kalau nak tengok puncak gunung kinabalu. Kalau lambat jawabnya tengok kabus dan awan jelah. Tapi kitorang ni nama je gerak awal tapi singgah isi minyak la, withdraw duit la, breakfast la..pung pang pung pang pukul 8 lebih baru nak gerak dari K.K ke Tuaran.

Masa on the way tu nampak Rumah Terbalik kat jalan Telibong, Tamparuli kat tepi main road.. Singgah la kejap. Nak masuk kena bayar RM10 sorang kot kalau tak silap..hihi. Rumah tu yang ke 5 terbalik di dunia tapi yang pertama di Asia kot. Tengok tu..kot lagi nampak noo memang pelupa. Masa tu ada jugak tourist lain yang datang so, kena tunggu turn nak masuk.

Photobucket
tiket rumah terbalik

Photobucket
itu dia

Photobucket
kita posing dulu

Photobucket
dah keluar..kejap je..huuhu

Bila masuk kat dalam rumah tak ada benda apa sangat pun. Adalah beberapa objek yang terbalik kecuali air-cond dan suis. Barangnya tak banyak sangat pun. Rasa macam 5 minit je kat dalam rumah tu lepas tu dah keluar balik. Gambar pun tak boleh ambil. Dah lepas keluar tu masuk pulak kat souvenir dan cafe dia. Belilah 2 keping fridge magnet dan sebekas kek coklat. Jadilah buat kenang-kenangan..hihi.

Photobucket
kedai souvenir

Photobucket
cafe

Lepas tu kitorang sambung balik perjalanan. Masa on the way tu memang tidur jelah kerja perempuan ni sebab tak tau kenapa mata ni mengantuk sangat. Terlepas pulak nak tengok view sepanjang perjalanan. Rugi-rugi. Sedar tak sedar dengar orang bising-bising sebab cuaca sejuk then tengok-tengok dah sampai kat Pekan Nabalu. Jambatan Tamparuli tak jumpa pulak maybe kena ikut jalan lain.

Lepas tu dah lama sikit nampak Kinabalu Park then sampai kat Pekan Kundasang. Tengok jam baru pukul 11 pagi. Nak check in hotel masih terlalu awal. So, kitorang singgah ke Desa Dairy Farm dulu nak tengok view New Zealand tu..heee. Sampai kat Desa Dairy Farm beli susu lembu perisa coklat, hotdog dengan ais krim. Sambil-sambil tu berjalan kat luar sebab nak ambil gambar pemandangan dia yang cantik ittew. Ooo yaa nak masuk kat sini pun kena bayar eaaa.. berapa? RM3 kot? Entah sebab orang lain yang tolong bayarkan huhuhu.

Photobucket
dah sampai desa dairy farm

Photobucket

Photobucket
tugu menandakan sudah sampai ke New Zealand desa cattle

Photobucket
berlatar belakangkan gunung kinabalu

Photobucket
berlatar belakangkan lembu

Photobucket
rasa sejuk-sejuk jugak macam kat Cameron Highlands

Photobucket
mOoooOooo

Photobucket
pengembala lembu 

Photobucket
puncak

Photobucket

Photobucket
ooo..oooo..oppp

Photobucket
oppa gangnam style

Tak ada apa aktiviti sangat nak buat kat Desa Dairy Farm ni so, kitorang balik semula ke Pekan Kundasang. Ada jugak lalu kat Kundasang War Memorial tapi malas nak singgah. Diorang nak pergi kat pasar Kundasang tu nak beli buah tarap dengan durian kat situ.

Photobucket
diorang kata namanya buah tarap

Photobucket
lebih kurang macam cempedak tapi lebih sedap cempedak biasa

Photobucket
ni pulak durian merah

Photobucket
see...memang kaler merah bukan edit tau

Photobucket
Yucin tak makan durian tapi mengikut kata hantu durian tegar rasa durian biasa lebih sedap

Lepak-lepak kejap kat gerai buah tu then pergi check in kedua-dua hotel. Tapi bilik masih belum ready lagi. Kitorang decide pergi makan dulu kat Pekan Ranau. So, makan tengah hari kat medan selera Pekan Ranau je.Lebih kurang 7 hingga 8 km dari Pekan Kundasang. Settle makan semua baru balik hotel.

Photobucket
view dari atas celyn resort

Photobucket
ni pulak chalet kitorang kat heritage resort & spa

Photobucket
depan chalet boleh nampak gunung kinabalu tapi chalet 11, 12, 13, 14 je yang ada view macam ni
Photobucket
kitorang punya chalet no. 12. tak ada aircond sebab dah semula jadi sejuk


Photobucket
twin bedroom tapi boleh dirapatkan

Photobucket
tv flat screen ada beberapa channel astro

Photobucket
toilet tak ada bathtub okay!..hehe. airnya sejuk nak mamp..tapi ada heater

Petang tu tak ada aktiviti apa sangat. Masing-masing berehat kat bilik je. Cuaca pulak makin sejuk. Syoklah tidur aja. Sedar tak sedar dah nak maghrib. Teruk betul tidur lepas asar. Yang kitorang ni stay kat Heritage Hotel yang diorang pulak kat Celyn Resort. Malam tu diorang panggil makan bbq kat Celyn Resort pukul 7 malam. Tapi ada pulak yang pesan belikan KFC lah apa lah sebab KFC tu dekat dengan hotel kitorang.

Photobucket
suasana malam kat chalet

Photobucket
jambatan gantung untuk ke chalet

Photobucket
satu-satunya KFC di Kundasang

Punyalah lama kat KFC hampir sejam menunggu ayam sebab ayam habis sudaa...Last-last pukul 8 malam baru dapat. Bila kitorang sampai kat Celyn Resort tengok diorang dah abis makan. Ni kali kedua dah ketinggalan makan bbq. Apa punya malanglah nasib.

Photobucket
ni jelah yang tinggal time bbq tu :'(

Makan-makan dan borak-borak tengok jam dah pukul 11 malam. Kitorang dah kena gerak balik semula ke Heritage. Jarak Heritage dengan Celyn pun agak jauh. Dah la Celyn tu nak masuk jauh ke dalam. Jalan pun bukan jalan tar. Agak seksa jugaklah. Sampai je bilik buat air panas dan terus tidur. Sambung lagi di last entry lepas ni. Check it out!! :)



p/s: laptop rosak tak boleh buat kerja :'(




No comments :

Post a Comment