Tuesday, May 21, 2013

Souvenir yang dibeli di Korea


Okay seperti yang dijanjikan Yuslin dah bersetuju nak buat satu entry khas untuk souvenir dari Korea. Tapi memandangkan entry ini lama diperam didalam lubuk jiwa, maka sebahagian daripada souvenir yang ada sudah selamat dipindahmilik kepada tuan baru. Yang sempat snap pic ni pun yang mana ada je lah.

Lagi satu harga-harga souvenir ni pun dah agak lupa sikit-sikit. Ada certain je yang ingat yang lain tu kita agak-agak jelah k. Inilah padahnya kalau tak update dengan segera. Semua info surah hiranggg! Kalau salah tolong betulkan ya :D

Yang ni bookmark dan ballpen beli kat Namdaemun Market. Harga sepapan tu 10,000 won. 4 pieces sepapan. Pattern Hanbok yang cantik-cantik

Ni fridge magnet. Ada 2 version. Satu jenis seramik satu lagi jenis rubber. 10,000 won sepapan. Beli di Namdaemun Market. Yang seramik tu sangat cantik. I love the color!

Keychain N Seoul Tower tak berapa ingat harga rasanya dalam 16,000 won kot. Yang sebelah tu fridge magnet N Seoul Tower 1,000 won ada 3 pieces tapi lagi 2 dah bagi orang. Sangat murah boleh borong banyak-banyak. Beli di N Seoul Tower souvenir shop

Uncang saiz S. Kalau tak silap sekeping (betul ke pakai keping ke helai? hiks) 1,500 won. Ada 5 kaler kot. Saya beli 15 pieces ahjumma tu bagi 22,000 won. Diskaun 500 won je kot hukkk. Ada macam-macam saiz dari kecik ni sampai ke bapak besar. Beli di Insadong.

Nail clipper sepapan 10,000 won ada 8 pieces. Beli di Insadong.

Nail clipper jugak tapi tak berapa berkenan dengan corak dia. Yang ni ahjumma tu bagi free masa borong souvenir kat Namdaemun Market. Yang kita tak suka lak dia bagi free..erkk. Tapi alhamdulillahla nak jugak dia bagi kan.

Keychain 10,000 won sepapan ada 4 pieces tapi dah agih-agihkan pada orang. Beli di Namdaemun Market

Fridge magnet Nami Island snowman 5,000 won sekeping. Yang bahagian bawah jenis rubber 5,000 won untuk 3 pieces. Beli kat Nami Island souvenir shop.

Fridge magnet Everland bentuk tiger 5,000 won seekor. Beli di Everland. Fridge magnet kat Everland tak banyak pilihan

Fridge magnet jenis rubber 2,500 won sekeping. Beli kat Namdaemun Market.

T-shirt yang sebelah kanan Korean Mask tu berharga 15,000 won dan kain lebih berkualiti. Yang lagi dua hitam dan putih tu 2 helai 9,000 won dan agak nipis. Beli kat Insadong. Agak mahal kalau nak compare dengan Namdaemun Market.

Baju Hard Rock Cafe Seoul beli di street kat Itaewon. Kalau tak silap 15,000 won sehelai. Lain design lain harga. Yang atas ni design yang mahal. Kalau design cikai-cikai tu murah sikit. Rasanya Hard Rock Cafe Seoul dah tutup terpaksa beli yang ciplak :'(
T-shirt Bigbang 10,000 won beli di Namdaemun. Kualiti gambar tak cantik sebab cilok dari FB adik..hihi

Keychain Bigbang 5,000 won beli di Insadong. Gambar cilok jugak

Kain untuk buat Hanbok beli kat Dongdaemun Shopping Complex. Tak silap 8,000 won kot per yard (1 meter). So, 4 meter = 32,000 won. Nak buat baju raya. Heheheeh

Pouch yang belah atas tu 12,000 won beli kat Insadong dan yang bawah rasanya 10,000 won beli kat Namdaemun Market
 
Kasut dah kotor..hehehe beli kat Myeongdong kedai ABC Mart 59,000 won

Mafla 15,000 won. Stokin 2,000 won dan mitten 5,000 won. beli kat Myeongdong dan Namdaemun

Replika Song-Gang Jeong beli di Nami Island 16,000 won

Apabila siap dipasang
Laneige Water Sleeping Pack 25,000 won. Eye cream tak ingat berapa 40,000 won kot dan yang kecik-kecik comel tu dapat free. Yang sebelah pulak Hand Lotion nature Republic 6,000 won tapi dapat diskaun jadi 4,200 won. Facial Mask dapat free dari Nature Republic. Beli di Myeongdong
Kimchi sepaket 4,500 won kalau tak silap. Beli di GS25 Mart berdekatan dengan Namsan 2 Guesthouse

Ni pun nak masuk jugak...heheh fridge magnet Air Asia 6 ketul RM29 beli atas flight


*Tiada dalam gambar: Backpack 10,000 won




Sekian sahaja entry untuk souvenir. Entry tamat secara mendadak. Weeeee.






p/s: memikirkan next destination..erkkk








No comments :

Post a Comment