Monday, May 20, 2013

Honeymoon ke Seoul, South Korea - Day 4 Part 2 - Insadong, Itaewon & N Seoul Tower

Yayayayayay..sudah Day 4 part 2. Selepas ke Aiins World kami bercadang ke Insadong. Kenapa nak pergi sangat ke Insadong? Sebab Insadong ni syurga souvenir. Banyak souvenir-souvenir buatan tangan jual kat sini dan sangat femes di kalangan tourist.

Korea Day 1 Part 1
Korea Day 1 Part 2
Korea Day 2 Part 1
Korea Day 2 Part 2
Korea Day 3 Part 1
Korea Day 3 Part 2 
Korea Day 4 Part 1

Destinasi: Insadong, Itaewon & N Seoul Tower

Dari Aiins World ke Insadong:

Songnae Station (Line 1) menghala ke Incheon --->  Jonggak Station (Line1) (Exit 3)

Senang je tak payah tukar train. Tapi masa perjalanan nak dekat sejam jugak. Bila keluar dari Jonggak Station kitorang tak tau nak hala ke mana. Rupanya straight aje sampai nampak gerai-gerai yang jual barang-barang kraftangan. Lepas tu jangan lupa amik brochure kat Tourist Information Center.

Cadangnya kami kat sini nak beli t-shirt, keychain, beg dengan fridge magnet. Lepas tu nak makan tengah hari dan nak pakai hanbok. Tapi malang tak berbau kitorang tak jumpa tempat nak pakai hanbok free tu yang ada yang kena bayar. Takmo la bayar kita kan kedekut sikit semua mesti mau budget dan cut cost...ahakss. Uwaaaa tak ada gambar bersama hanbok. Sedeyyyy. Takpela lain kali ajak oppa datang lagi. Cehhh.

Kitorang tak pergi mana sangat pun selain bershopping sakan. Kat situ ada Ssamziegil lebih kurang macam Pasar Seni KL kot ntah saya tak masuk pun sebab kaki dah tak larat. Kitorng hanya lalu depan bangunan tu je sebab nak cari kedai makan yang bernama Chilgabsan Restaurant.

Ada yang kata cara nak ke restoran tu kena lalu sebelah Ssamziegil dan masuk ke lorong insadong-10-gil lepas tu jalan sikit nampak old traditional korean house masuk kat lorong situ dan jalan sampai hujung lorong. Kitorang ada nampak macam kedai yang diperkatakan tapi macam ragu-ragu betul ke tak ni. Last-last tak masuk dan tak makan sebab takut sejarah berulang kembali macam kat Myeongdong hari tu..huhu. Husband kata tak apa kita makan kat Itaewon jelah. What Itaewon lagi? Adohai kaki dah nak tercabut..heeee.

Then cepat-cepat setelkan misi untuk bershopping di situ sebab perut dah lapar sangat. Shopping punya shopping habis 40,000 won untuk 9 helai t-shirts, nail clipper 10,000 won, fridge magnet 10,000 won, keychin 19,000 won, beg galas, 30,000 won, pouch 22,000 won dengan uncang, 22,000 won. Rasanya t-shirt kat sini mahal sikit compare dengan Namdaemun market. Kat sini 2 helai 9,000 won dan kat Namdaemun 3 helai 10,000 won kot tak silap. Alamak lupa la..ni semua gara-gara lambat update semua info surah hirang arghhhh...


ada jugak mat saleh yang buat hiburan jalanan
Ssamziegil
kedai ni lah yang kitorang dok borong souvenir .pic credit to: syarliz.blogspot.com

Yang kedai kat atas ni menjadi pilihan sebab owner dia pandai tarik pelanggan dengan bercakap bahasa melayu. Lepas tu rajin jugak bagi diskaun. Tapi gambar lupa nak amik sebab terlalu asyik bangat bershopping. Kat sini kitorang borong t-shirt yang I LOVE KOREA tu, nail clipper dengan keychain. Ada jugak t-shirt yang kitorang beli dari kedai lain tapi agak mahal sikit sehelai 15,000 won sebab kain dia lebih berkualiti. Gambar-gambar souvenir nanti akan diletakkan khas dalam entry souvenir di akhir cerita nanti okayyy.

Fuhhh setel bab shopping di Insadong kami terus berdesup ke Itaewon sebab dah lapar sangat. Sampai kat Itaewon macam biasalah pergi kat kedai Murree lagi. Saja nak try menu baru lak. Mintak-mintak tak jumpa ahjumma aritu huhuhuhu. Masuk kat Murree owner tu tersenyum-senyum. Mesti dia kata eh budak ni lagi.

masa on the way nak ke itaewon kitorang nampak cherry blossom..wah cantikkkk tapi tak banyak sangat semua baru nak bloom..ahh rugi-rugi! sepatutnya datang mid april :'(
ke Murree lagi
depan kedai Murree ada kedai ni siap tulis selamat datang


Hari ni kitorang try set bulgogi 15,000 won, dwenjang chigae 8,000 won, telur dadar, 10,000 won, air jus 8,000 won dan total makan hari ni 41,000 won wooohhh. Husband sangat puas hati makan hari ni dia kata bulgogi sangat sedap. Yup memang sedap pun worth the money. Kat kedai ni ada free wifi bolehlah update fesbuk kejap hihi. Masa makan ni ada jugak orang Malaysia yang makan kat sini. Dialah yang tolong amikkan gambar. Thank you kakak-tak-tau-nama-apa. Mana tau kot terbaca blog saya ni terima kasih yaaa :D. KAMSAHAMNIDA!

kedai Siti Sarah, masakan Indonesia
Seoul Mosque. Dekat dengan restoran Muree tadi..kena panjat bukit sikit. toleh kiri terus jumpa

dekat-dekat situ ada kedai jual HALAL meat shop
 
Lepas dah kenyang kitorang teruskan perjalanan. Kitorang ke Seoul Mosque dekat-dekat dengan restoran Murree tadi lepas tu terus pulang ke sarang..hahaha. Sebab dah letih sangat kitorang decide balik ke guesthouse dulu. Lepas maghrib baru sambung misi seterusnya.

Malam tu lepas dah rehat-rehat dalam pukul 8.30 kitorang keluar semula. Plan malam ni ke N Seoul Tower. Haaa..N Seoul Tower ni kat belakang guesthouse kitorang je tau. Jalan kaki sikit naik bukit lepas tu nampak Namsan 1 Guesthouse jalan lagi terus nampak bangunan untuk naik kabel car. Dalam 10 minit gitu. Dekat sangat.

Option nak ke N Seoul Tower ni boleh naik cable car atau jalan kaki. Tak mau la jalan kaki lagi pun tapak kaki macam dah nak meletup kan. Senang kita naik cable car je. Lagi pun dah malam takut nanti dah tutup. Tiket cable car 8,000 return untuk seorang. Sampai di N Seoul Tower kitorang try nak beli tiket masuk ke tower dan teddy bear museum. Tapi malangnya pukul 9.00 tiket dah tak dijual lagi sebab pukul 11.00 malam tower dah tutup. Memang malang sungguh hari ni. Sobsss. Tak pelah next time datang lagi kan oppa? Hahaha.

Kitorang pun buatlah aktiviti lain iaitu mengunci cinta di atas N Seoul Tower. Sanggup tu pergi beli padlock kat situ. Saja suka-suka je pun. Bukan selalu. Harga padlock couple kat situ 11,000 won. Ada kaler hijau dan putih.Tak banyak pilihan.

tempat naik cable car






warnawarni..i like!




souvenir shop

kitorang beli smoothie sebab dahaga. 6,000 won kot segelas


from him to her..heee :D

and from her to him..kekekeke

ingat tau kita kunci kat sini..next time datang boleh check ada lagi ke tak..haha
pemandangan kota Seoul dari atas
 
bye-bye N Seoul Tower

Masa kitorang tengah sibuk-sibuk mengunci padlock kat situ tiba-tiba ada pertunjukan laser kat tower tu. So, berhenti la tengok kejap dan amik video. Lepas tu kitorang masuk kat souvenir shop beli magnet, dan keychain.

Di sebabkan tak boleh masuk tower kitorang just berjalan-jalan kat luar je menikmati keindahan kota Seoul. Lepas tu ada la satu port yang gelap sikit, bila kitorang datang dekat nampak tiga couple tengah kissing kat situ..oh tak jadilah terus tukar arah..Hahaha ini adalah pemandangan yang sangat rare. Tidak boleh didapati di Malaysia..weeee.

Lepas dah puas meronda kawasan kitorang pun balik semula ke cabel car.. Woohoo panjang giler queue time tu sebab semua orang dah nak balik. Agak lama jugaklah kena tunggu turn. Dalam pukul 10 lebih macam tu baru dapat turun. Jalan kaki ke guesthouse mandi-mandi dan tidur. Ohh penatnya tapi best!


Perbelanjaan hari keempat:
1. Teksi (Aiins World return): 9,000 won
2. Tiket Aiins World:10,000 x2 = 20,000 won
3. Souvenir (Insadong): 378,000 won
4. Lunch (Itaewon): 41,000 won
5. Cable Car: 8,000 x2 = 16,000 won
6. Smoothie: 6,000 x2 = 12,000 won
7. Padlock: 11,000 won
8: Souvenir (N Seoul Tower): 48,000 won


Total perbelanjaan hari keempat: 535,000 won



To be continued in Day 5 Part 1..Hurray..nak abes dah :D










No comments :

Post a Comment