Showing posts with label Osaka. Show all posts
Showing posts with label Osaka. Show all posts

Monday, May 11, 2015

Hasil Shopping di Jepun

Bersiaran kembali.

Amboi tajuk hasil shopping la sangattt. Hihi. Actually tak banyak pun membeli kat Jepun ni tau-tau je lah kan currency ratenya tinggi. Nak beli sesuatu benda pun angkat letak angkat letak je hahaha. Bagi orang macam saya lah yang kurang berkemampuan ni tapi kalau yang berduit tadehal.

Kat Korea macam boleh borong sakan souvenirnya tapi kat Jepun terpaksa berkira sikit. Nak beli untuk semua orang memang macam tak mampu. Orang-orang yang terdekat je lah yang dapat. I'm so sorry my friend tak dapat bagi semua orang. Ngeee :D

Okay jom tengok apa yang sempat rembat. Cekidaut...

bantal mickey dan bekas popcorn mickey. beli kat Tokyo Disneyland

pinggan mickey & minnie, fridge magnet, keychain. ada beli di Kyoto, ada beli di Hakone, ada beli di Asakusa, ada beli di Osaka Castle. hihi

pedang samurai beli di Osaka Castle

plate yang tulis Japan tu beli di Nakamise Market, Asakusa, Tokyo

t-shirt Hard Rock Cafe beli di Osaka dan Ueno Station.

Tu jelah. Tak banyak pun kan. Heee :p



p/s: tempat-tempat yang tak sempat pergi Kawaguchi Lake, Gotemba Premium Outlet, Akihabara, Nippori, Odaiba dan banyak lagi. next time kalau ke Jepun lagi maybe nak ke Tokyo je kot. 












Monday, May 4, 2015

Kira-kira Percutian di Jepun

Currency lebih kurang 3.1 (MYR to JPY)


Beli di MALAYSIA [Tukar duit - RM5375.70 (165,000yen)]

  1. Air Asia ticket return + luggage 20kg + meals - RM1910 (2 pax)
  2. JR Pass - RM1868 (2 pax)
  3. Universal Studios Japan - RM462 (2 pax)
  4. Tokyo Disney Resort ticket - RM426 (2 pax)
  5. Hotel Osaka - RM1305.48
= RM5971.48 (18511.59 yen)


OSAKA

  1. Osaka 2 Day Pass - 6000 yen (2 pax)
  2. Osaka Aquarium Kaiyukan - 4400 yen
  3. HRC Osaka - 6600 yen
  4. India Restaurant - 3200 yen
  5. Takoyaki - 450 yen
  6. USJ Souvenir - 4200 yen (magnet x3, pen, keychain x2, keychain spiderman x3)
  7. USJ Fanta Grape - 280 yen
  8. JR Nankai Namba 2x  - 600 yen
  9. Osaka Namba - Nipponbashi - 360 yen
  10. Osaka Castle Souvenir - 2700 yen (pedang samurai)
  11. Bic Camera 432 - yen (universal plug)
  12. Corn - 400 yen
  13. Adapter - 1700 yen
  14. Stokin 313 - yen
  15. Family Mart - 305 yen
  16. Mineral Water - 150 yen 
  17. Nankai-Namba line - 1840 yen
= 33975 yen

KYOTO

  1. Kyoto 1 day bus pass - 1000 yen (2 pax)
  2. Ginkakuji Temple - 1000 yen (2 pax)
  3. Souvenir Kyoto - 1200 yen (magnet 3pcs)
= 3200 yen


TOKYO [Money changer tukar RM1000 (25750 yen]

  1. Sakura Hotel - 27,900 yen
  2. Disneyland Souvenir (bantal x1, pinggan, magnet x4, pen x2) - 11000 yen
  3. Disneyland Popcorn - 1850 yen
  4. Malaychan - 3200 yen + 3400 yen + 3400 yen = 10000 yen
  5. HRC Ueno Eki (sweater x3 + tshirt x1) + 5184 yen (t-shirt x2) = 20196 yen
  6. 7 eleven tea - 400 yen
  7. Glove - 500 yen
  8. Nakamise Market - 5250 yen (pinggan x3) + 5000 yen (magnet 15 pcs) + 4900 yen (keychain x10) + 2750 yen = 17900 yen
  9. Mt Fuji Souvenir - 500 yen (magnet transport) +1140 yen (magnet 3 pcs) = 1640 yen
  10. Nankai-Namba Train - 920 yen + 920 yen = 1840 yen
  11. Ueno - Asakusa Train - 680 yen
  12. Ikebukuro - Shinkiba Train - 960 yen
  13. Hakone day pass from Shinjuku - 10280 (2 pax)
= 105146 yen


BALIK
  1. Nasi lemak pak nasser RM18


  • Jumlah tukar duit = RM5375.70 + RM1000 = RM6375.70 (190750 yen)   
  • Jumlah belanja di Malaysia RM5971.48 + RM18 = RM5989.48  
  • Jumlah belanja di Osaka, Kyoto & Tokyo = RM4591 (142321 yen)
  • Jumlah belanja keseluruhan = RM5989.48 + RM4591 = RM10580.48 (32799.48 yen)
  • Balance perbelanjaan = RM6375.70 - RM4591 = RM1784.70 
  • Jumlah bersih = RM10580.48 - RM1784.70 = RM8795.78 (27266.92 yen)


p/s: banyak jugak belanja pegi Jepun ni. fengsannnn hehehe. tapi kalau hire travel agent lagi mahal ni :D




Friday, April 3, 2015

ToKyotOsaka: Kyoto

Bersambung lagi ke entry seterusnya...
Aiii bila nak abes cerita Jepang ni nak tulis topik baru plak. Hari ni baru nak ke Kyoto. Ada lagi 4 hari lagi. Sabar..sabar!!

Okay hari ke 4 kitorang ke Kyoto. Tapi sebelum tu pagi-pagi lagi kitorang ke satu tempat ni di area Osaka jugak sebab nak tengok Sakura. Dalam brochure Osaka Day Pass tu ada tunjuk satu hotspot sakura berkembang dengan meriahnya tapi malang sungguh masa kitorang pegi tu satu pokok pun takde bunga sakura. Sedih. Dah la jauh jugak dari hotel. Buang masa je.

Pastu patah balik kitorang cecepat ke Osaka satation. Kitorang dah tersilap naik JR dari Osaka ke Kyoto. Sepatutnya naik Shinkansen lebih cepat. Lagi pun kitorang kan ada JR pass. Naik shikansen tak perlu bayar lagi. Dah tu pulak salah pilih train JR. Ternaik yang banyak pit stop. Lagi la buang masa. Ingat tau kalau nak naik JR kena pandai pilih. Ada yang banyak pit stop. Ada yang skip pit stop. Kalau nak cepat tu better naik yang skip pit stop.

Sampai kat Kyoto station dah tengah hari. Sempat ke ni nak round satu Kyoto? Hahaha. Redah je la yang mana sempat. Tu la tak plan betul-betul kan dah banyak masa yang terbuang. Sampai kat Kyoto station kitorang pegi ke tourist information center sebab nak beli Kyoto 1 Day Bus Pass plak. Harga 500 yen seorang. Dengan adanya pass tu kita boleh round satu Kyoto naik bas je. Tapi ada jugak la kena naik subway atau JR.

Cadangnya nak pegi Arashiyama nak tengok bamboo grove tapi Arashiyama macam agak jauh sket lepas tu macam leceh je nak pegi sana so kitorang decide burn kan aje angan-angan nak tengok bamboo grove. Kita pegi yang dekat-dekat at least banyak tempat boleh cover. Tak gitu. Pertama sekali kitorang pegi cari subway nak pergi ke Fushimi Inari Shrine dan sekali lagi tersalah train. Kitorang naik yang skip pit stop. Sepatutnya dari Kyoto station nak ke Fushimi Inari tu dekat sangat hanya berapa pit stop je tapi train kitorang tak berhenti. Hahahahah. Menyedari kesilapan tu kitorang pun berhenti kat mana-mana pit stop lepas tu patah balik. Rugi masa lagi adeh.

Bila dah tukar train yang sepatutnya barulah sampai ke Fushimi Inari. Aduh  masa tu dah pukul berapa dah banyak lagi tempat tak pergi. masa berjalan dengan sia-sia. Kat Fushimi Inari tu ada temple je lepas tu bileh panjat-panjat tangga sampai atas tapi kitorang suku perjalanan je. Malas nak pegi sampai hujung sebab banyak lagi tempat nak pegi.



Nak naik sampai atas tu memang tak la




Sempat gak snap visitor yang pakai kimono hehe


Lepas ke Fushimi Inari kitorang balik semula ke Kyoto Station sebab nak pegi Ginkakuji Temple dengan bas. Semua tempat pun temple aja. Hehehe. Penat gak panjat bukit nak sampai ke Ginkakuji Temple ni. Tapi masuk dalam tak sampai 15 minit dah keluar balik. Hahahaha buat rugi duit tiket je 1000 yen. Lepas tu menapak turun bukit balik. Aduhai. Tunggu bas pegi ke Gion plak.

Sakura di sepanjang perjalanan

Pasir yang dibentuk-bentukkan

Temple/shrine

Kat Gion ni ada apa? Orang kata kat Gion ni ada Geisha dan Maiko tapi saya ada jugak usyar-usyar tak nampak pun Geisha nya hehehe. Tapi tak pelah tak jumpa Geisha jumpa pokok sakura yang lebat pun dah cukup eksaited dah. Dalam banyak-banyak tempat yang saya pegi kat Gion ni lah paling cantik sakuranya. Suhu masa ni macam dah makin sejuk sikit.

Pink giler..








Selepas puas bergambar dengan sakura kitorang ke Kiyomizudera. Bersebelahan je dengan Gion ni tapi kena naik bas jugak la. Lagi sekali kena panjat bukit. Fuhh. Tapi kali ni panjat pun tak penat sangat sebab sepanjang perjalanan tu ada shopping street. Boleh cuci-cuci mata. Kitorang beli souvenir kat sini. Masa tu temple kat situ macam under renovation je. Kitorang lepak sekejap lepas tu turun balik. Cuaca pun dah makin gelap. Ooo ya kalau sapa-sapa berminat nak pusing-pusing Kyoto dengan berpakaian kimono boleh sewa dekat tempat-tempat yang disediakan. tapi harga tak ingat plak berapa hihi.

Tu je lah destinasi yang sempat kitorang pergi kat Kyoto ni. Kalau korang nak tengok Kyoto puas-puas kena stay more than one day lah. Macam kitorang ni short trip je so tak dapat lah nak ronda semua tempat.

Balik la semula kitorang ke Kyoto Station. Kali ni balik ke Osaka naik shinkansen sebab tak mau tersilap macam waktu pergi tadi. Naik shinkansen kejap je dah sampai Osaka station. Kitorang tak singgah memana dah terus menuju ke hotel. Tapi sebelum tu kitorang pegi dinner kat kedai ketam Kami Doraku di Dotonbori. Dekat je dengan hotel. Husband decide nak makan sedap malam tu sebelum meninggalkan Osaka sebab esok dah nak ke Tokyo. So, kita habiskan sisa duit Osaka. Hehehe. 
 
kedai ni lah

Ada set crab yang bermacam-macam harga. Dari yang termurah hingga yang termahal. Of course la ambik yang termampu je hehehe. Hari sebelum tu kitorang nampak ada orang melayu datang makan situ. Tu yang kitorang berani cuba. Hiks.

ketam rebus dan ketam mentah..huhu cicah dengan wasabi

egg custard

lasagna ketam. sedap.

udang tempura

sushi dan miso sup. sup tak sedap. macam pahit je
nasi

dalam tu ada ketam



Overall..rasa macam tak kenyang...hahah...



Total damage:

  1. Kyoto 1 day bus pass 1000 yen (2 pax)
  2. Ginkakuji Temple 1000 yen (2 pax)
  3. Souvenir Kyoto 1200 yen (magnet 3pcs)
  4. Crab Restaurant 6264 yen

 
Total DAY 4 = 9464 yen


p/s: Tokyo mu tunggu aku datang.


Untuk semua entry mengenai Japan klik sini!














Thursday, April 2, 2015

ToKyotOsaka : Ronda-ronda Osaka dengan Osaka Amazing Pass

Assalamualaikum..
Masih hidup lagi tuan blog ni. Ya Allah lama gila kot tak tulis blog. Travelog ke Jepun ni pun dah hampir setahun terbengkalai. Wakakaka. Ntah ke mana hilangnya mood nak tulis blog pun tak tau. Sob.

Last haritu cerita pasal ke Universal Studios Japan kat Osaka. Agak-agaknya boleh refresh balik ke moment-moment masa kat sana. Adeh..dah la banyak information. Semua hilang begitu saja. Kay lah mana yang ingat je la ek. Entry kali ni nak cerita pasal ronda-ronda Osaka dengan Osaka 2 day pass.

Pagi-pagi lagi kitorang dah keluar. After breakfast apa tah dengan minum teh hijau kat bilik hotel kitorang terus berjalan kaki ke kedai Bic Camera yang terletak kat depan hotel kitorang. Misi hari ni nak cari plug adapter. Kedai Bic camera ni lebih kurang macam Low Yat. Setiap floor ada jual macam-macam keperluan rumah tak rumah semua ada.

Naik lah kitorang sampai ke tingkat yang jual plug adapter. Alhamdulillah jumpa jugak benda yang diinginkan. Kemain happy lagi misi sudah tercapai. Ingat tau plug adapter kat Jepun lain. Tak sama macam kat Malaysia, Korea atau Australia kikiki.

Okay lepas dah settle misi tu kitorang bercadang nak abeskan satu hari tu dengan meronda-ronda bandar Osaka. Kan semalam kitorang dah beli Osaka 2 day pass tu. So, rugi kalau tak guna. Dalam pass tu dah dicadangkan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Siap bagitau ke mana yang patut kita pegi dulu. Beroperasi atau tidak. Sangat bagus. Kita pergi mana yang sempat je la.

dah ada guide kat sini ke mana kita patut pergi


Destinasi pertama ke Tsukenkaku Tower. Kita boleh naik subway Osaka Loop Line dari Namba Station dan berhenti di Shin Imamiya Station. Tak perlu bayar tambang train. Hanya masukkan saja day pass tu ke dalam machine slot. Lepas tu kena jalan kaki sikit. Dalam perjalanan tu kitorang nampak ada kedai jual stokin. Beli la seikat sebab rasa macam bawak stokin sikit sangat.

Kat sini pun ada zoo. Tennoji Zoo kalau tak silap. Tapi kitorang tak pergi. Yang tower tu pun jalan-jalan kat kawasan sekitar je. Nak naik macam takde orang naik pun. Ke close? Hahaha. Usyar-usyar fridge magnet tapi takde. Yang banyak gambar-gambar porno kat kawasan rumah urut tanpa disensored. Aisehmannnn...tutup mata!

Tsukenkaku Tower

Disebabkan nak kejar masa kitorang cepat-cepat ke lokasi seterusnya plak iaitu ke Osaka Castle. Cuaca hari ni agak panas sikit. So tak perlu pakai baju tebal-tebal. Jalan kaki nak ke Osaka Castle tu pun dah berpeluh-peluh. Agak jauh jugak la dari station huhu. Dari Shin Imamiya Station naik Loop Line menghala ke Morinomiya Station. Sebenarnya banyak laluan alternatif. Boleh ikut pilihan memasing. Nak senang bleh pakai direction dari google maps je. yang penting kena tau nama tempat yang nak dituju. 

Agak luas jugak kawasan Osaka Castle ni. Ada jugak 2 3 ketul pokok sakura yang lebat-lebat. Apa lagi kitorang tak lepaskan peluang amik gambar. Hihi. Dan yang paling penting kat sebelah castle ni ada kedai souvenir. Uii tak abes-abes dengan fridge magnet. Rasanya kat Oasaka ni susah kot nak cari kedai souvenir, so kalau dah sampai Osaka Castle ni terus jela grab tak payah pikir-pikir lagi. Nak datang banyak kali pun jauh kot. Kitorang borong sakan souvenir kat sini dan berhabis 2700 yen. Beli pedang samurai u olls. Hehehe ala pedang kecik je.

Seperti biasa kitorang tak masuk pun dalam castle tu. Hanya berjalan-jalan kat kawasan luar je. Lepas tu perut berkeroncong. Makan bekal biskut yang kitorang bawak dalam beg je lepas tu husband beli jagung seketul. Sep.








Selepas makan dan berehat di Osaka Park kitorang sambung perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu Osaka Aquarium Kaiyukan. Sebenarnya nak naik Tempozan Giant Ferris Wheel sebelah aquarium tu sebab dah termasuk dalam pass tapi tutup la pulak under renovation katanya. So, kitorang ke aquarium je. Kalau Aquarium ni tiket masuk tak termasuk dalam pass. Kenalah bayar sendiri. Huahuahua. 4400 yen untuk 2 orang. Ermm..















Okay lepas abes ronda satu aquarium yang agak besar sampai sakit kaki tu kitorang berjalan kaki ke sebelah plak sebab kat sebelah tu ada Cruise Ship Santa Maria. Tapi nasib tak menyebelahi kami ship ni dah last operation dah. Nak tutup dah. Haii lah dapat tgk ship pun jadilah.


cruise ship Santa Maria dapat tengok je :(

Lepas puas tengok ship dan sunset kitorang pun balik semula ke hotel di Namba. Malam tu makan Takoyaki. Sedap giler tak sama macam kat Malaysia. Sebekas 450 yen boleh la buat alas perut. Ingat nak beli shrimp burger kat Lotte tapi macam tak yakin pulak. Hikhik. Lepas tu kitorang shopping grocery sket kat Family Mart. Beli mineral water dengan roti je sebab macam tak kenyang. Alahai..


ada 6 ketul

Balik bilik tido kepenatan.



Total damage:

  1. Osaka Aquarium Kaiyukan 4400 yen (2 pax)
  2. Takoyaki 450 yen
  3. Osaka Castle Souvenir 2700 yen (pedang samurai)
  4. Bic Camera 432 yen (universal plug)
  5. Corn 400 yen
  6. Stokin 313 yen
  7. Mineral Water 150 yen
  8. Family Mart 305 yen

 
Total DAY 3 = 9150 yen


p/s: Esok akan ke Kyoto. Yay!


Untuk semua entry mengenai Japan klik sini!