Assalamualaikum..
Masih
hidup lagi tuan blog ni. Ya Allah lama gila kot tak tulis blog.
Travelog ke Jepun ni pun dah hampir setahun terbengkalai. Wakakaka. Ntah
ke mana hilangnya mood nak tulis blog pun tak tau. Sob.
Last
haritu cerita pasal ke Universal Studios Japan kat Osaka. Agak-agaknya
boleh refresh balik ke moment-moment masa kat sana. Adeh..dah la banyak
information. Semua hilang begitu saja. Kay lah mana yang ingat je la ek.
Entry kali ni nak cerita pasal ronda-ronda Osaka dengan Osaka 2 day
pass.
Pagi-pagi
lagi kitorang dah keluar. After breakfast apa tah dengan minum teh
hijau kat bilik hotel kitorang terus berjalan kaki ke kedai Bic Camera
yang terletak kat depan hotel kitorang. Misi hari ni nak cari plug
adapter. Kedai Bic camera ni lebih kurang macam Low Yat. Setiap floor
ada jual macam-macam keperluan rumah tak rumah semua ada.
Naik
lah kitorang sampai ke tingkat yang jual plug adapter. Alhamdulillah
jumpa jugak benda yang diinginkan. Kemain happy lagi misi sudah
tercapai. Ingat tau plug adapter kat Jepun lain. Tak sama macam kat
Malaysia, Korea atau Australia kikiki.
Okay
lepas dah settle misi tu kitorang bercadang nak abeskan satu hari tu
dengan meronda-ronda bandar Osaka. Kan semalam kitorang dah beli Osaka 2
day pass tu. So, rugi kalau tak guna. Dalam pass tu dah dicadangkan
tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Siap bagitau ke mana yang
patut kita pegi dulu. Beroperasi atau tidak. Sangat bagus. Kita pergi
mana yang sempat je la.
Destinasi
pertama ke Tsukenkaku Tower. Kita boleh naik subway Osaka Loop Line
dari Namba Station dan berhenti di Shin Imamiya Station. Tak perlu bayar
tambang train. Hanya masukkan saja day pass tu ke dalam machine slot.
Lepas tu kena jalan kaki sikit. Dalam perjalanan tu kitorang nampak ada
kedai jual stokin. Beli la seikat sebab rasa macam bawak stokin sikit
sangat.
Kat sini pun ada zoo. Tennoji Zoo kalau tak silap. Tapi kitorang tak pergi. Yang tower tu pun jalan-jalan kat kawasan sekitar je. Nak naik macam takde orang naik pun. Ke close? Hahaha. Usyar-usyar fridge magnet tapi takde. Yang banyak gambar-gambar porno kat kawasan rumah urut tanpa disensored. Aisehmannnn...tutup mata!
Kat sini pun ada zoo. Tennoji Zoo kalau tak silap. Tapi kitorang tak pergi. Yang tower tu pun jalan-jalan kat kawasan sekitar je. Nak naik macam takde orang naik pun. Ke close? Hahaha. Usyar-usyar fridge magnet tapi takde. Yang banyak gambar-gambar porno kat kawasan rumah urut tanpa disensored. Aisehmannnn...tutup mata!
Tsukenkaku Tower |
Disebabkan nak kejar masa kitorang cepat-cepat ke lokasi seterusnya plak iaitu ke Osaka Castle. Cuaca hari ni agak panas sikit. So tak perlu pakai baju tebal-tebal. Jalan kaki nak ke Osaka Castle tu pun dah berpeluh-peluh. Agak jauh jugak la dari station huhu. Dari Shin Imamiya Station naik Loop Line menghala ke Morinomiya Station. Sebenarnya banyak laluan alternatif. Boleh ikut pilihan memasing. Nak senang bleh pakai direction dari google maps je. yang penting kena tau nama tempat yang nak dituju.
Agak
luas jugak kawasan Osaka Castle ni. Ada jugak 2 3 ketul pokok sakura
yang lebat-lebat. Apa lagi kitorang tak lepaskan peluang amik gambar.
Hihi. Dan yang paling penting kat sebelah castle ni ada kedai souvenir.
Uii tak abes-abes dengan fridge magnet. Rasanya kat Oasaka ni susah kot
nak cari kedai souvenir, so kalau dah sampai Osaka Castle ni terus jela
grab tak payah pikir-pikir lagi. Nak datang banyak kali pun jauh kot.
Kitorang borong sakan souvenir kat sini dan berhabis 2700 yen. Beli
pedang samurai u olls. Hehehe ala pedang kecik je.
Seperti biasa kitorang tak masuk pun dalam castle tu. Hanya berjalan-jalan kat kawasan luar je. Lepas tu perut berkeroncong. Makan bekal biskut yang kitorang bawak dalam beg je lepas tu husband beli jagung seketul. Sep.
Seperti biasa kitorang tak masuk pun dalam castle tu. Hanya berjalan-jalan kat kawasan luar je. Lepas tu perut berkeroncong. Makan bekal biskut yang kitorang bawak dalam beg je lepas tu husband beli jagung seketul. Sep.
Selepas
makan dan berehat di Osaka Park kitorang sambung perjalanan ke lokasi
seterusnya iaitu Osaka Aquarium Kaiyukan. Sebenarnya nak naik Tempozan
Giant Ferris Wheel sebelah aquarium tu sebab dah termasuk dalam pass
tapi tutup la pulak under renovation katanya. So, kitorang ke aquarium
je. Kalau Aquarium ni tiket masuk tak termasuk dalam pass. Kenalah bayar
sendiri. Huahuahua. 4400 yen untuk 2 orang. Ermm..
Okay
lepas abes ronda satu aquarium yang agak besar sampai sakit kaki tu
kitorang berjalan kaki ke sebelah plak sebab kat sebelah tu ada Cruise
Ship Santa Maria. Tapi nasib tak menyebelahi kami ship ni dah last
operation dah. Nak tutup dah. Haii lah dapat tgk ship pun jadilah.
cruise ship Santa Maria dapat tengok je :( |
Lepas
puas tengok ship dan sunset kitorang pun balik semula ke hotel di
Namba. Malam tu makan Takoyaki. Sedap giler tak sama macam kat Malaysia.
Sebekas 450 yen boleh la buat alas perut. Ingat nak beli shrimp burger
kat Lotte tapi macam tak yakin pulak. Hikhik. Lepas tu kitorang shopping
grocery sket kat Family Mart. Beli mineral water dengan roti je sebab
macam tak kenyang. Alahai..
ada 6 ketul |
Balik bilik tido kepenatan.
Total damage:
- Osaka Aquarium Kaiyukan 4400 yen (2 pax)
- Takoyaki 450 yen
- Osaka Castle Souvenir 2700 yen (pedang samurai)
- Bic Camera 432 yen (universal plug)
- Corn 400 yen
- Stokin 313 yen
- Mineral Water 150 yen
- Family Mart 305 yen
Total DAY 3 = 9150 yen
p/s: Esok akan ke Kyoto. Yay!
Untuk semua entry mengenai Japan klik sini!
No comments :
Post a Comment