Friday, April 3, 2015

ToKyotOsaka: Kyoto

Bersambung lagi ke entry seterusnya...
Aiii bila nak abes cerita Jepang ni nak tulis topik baru plak. Hari ni baru nak ke Kyoto. Ada lagi 4 hari lagi. Sabar..sabar!!

Okay hari ke 4 kitorang ke Kyoto. Tapi sebelum tu pagi-pagi lagi kitorang ke satu tempat ni di area Osaka jugak sebab nak tengok Sakura. Dalam brochure Osaka Day Pass tu ada tunjuk satu hotspot sakura berkembang dengan meriahnya tapi malang sungguh masa kitorang pegi tu satu pokok pun takde bunga sakura. Sedih. Dah la jauh jugak dari hotel. Buang masa je.

Pastu patah balik kitorang cecepat ke Osaka satation. Kitorang dah tersilap naik JR dari Osaka ke Kyoto. Sepatutnya naik Shinkansen lebih cepat. Lagi pun kitorang kan ada JR pass. Naik shikansen tak perlu bayar lagi. Dah tu pulak salah pilih train JR. Ternaik yang banyak pit stop. Lagi la buang masa. Ingat tau kalau nak naik JR kena pandai pilih. Ada yang banyak pit stop. Ada yang skip pit stop. Kalau nak cepat tu better naik yang skip pit stop.

Sampai kat Kyoto station dah tengah hari. Sempat ke ni nak round satu Kyoto? Hahaha. Redah je la yang mana sempat. Tu la tak plan betul-betul kan dah banyak masa yang terbuang. Sampai kat Kyoto station kitorang pegi ke tourist information center sebab nak beli Kyoto 1 Day Bus Pass plak. Harga 500 yen seorang. Dengan adanya pass tu kita boleh round satu Kyoto naik bas je. Tapi ada jugak la kena naik subway atau JR.

Cadangnya nak pegi Arashiyama nak tengok bamboo grove tapi Arashiyama macam agak jauh sket lepas tu macam leceh je nak pegi sana so kitorang decide burn kan aje angan-angan nak tengok bamboo grove. Kita pegi yang dekat-dekat at least banyak tempat boleh cover. Tak gitu. Pertama sekali kitorang pegi cari subway nak pergi ke Fushimi Inari Shrine dan sekali lagi tersalah train. Kitorang naik yang skip pit stop. Sepatutnya dari Kyoto station nak ke Fushimi Inari tu dekat sangat hanya berapa pit stop je tapi train kitorang tak berhenti. Hahahahah. Menyedari kesilapan tu kitorang pun berhenti kat mana-mana pit stop lepas tu patah balik. Rugi masa lagi adeh.

Bila dah tukar train yang sepatutnya barulah sampai ke Fushimi Inari. Aduh  masa tu dah pukul berapa dah banyak lagi tempat tak pergi. masa berjalan dengan sia-sia. Kat Fushimi Inari tu ada temple je lepas tu bileh panjat-panjat tangga sampai atas tapi kitorang suku perjalanan je. Malas nak pegi sampai hujung sebab banyak lagi tempat nak pegi.



Nak naik sampai atas tu memang tak la




Sempat gak snap visitor yang pakai kimono hehe


Lepas ke Fushimi Inari kitorang balik semula ke Kyoto Station sebab nak pegi Ginkakuji Temple dengan bas. Semua tempat pun temple aja. Hehehe. Penat gak panjat bukit nak sampai ke Ginkakuji Temple ni. Tapi masuk dalam tak sampai 15 minit dah keluar balik. Hahahaha buat rugi duit tiket je 1000 yen. Lepas tu menapak turun bukit balik. Aduhai. Tunggu bas pegi ke Gion plak.

Sakura di sepanjang perjalanan

Pasir yang dibentuk-bentukkan

Temple/shrine

Kat Gion ni ada apa? Orang kata kat Gion ni ada Geisha dan Maiko tapi saya ada jugak usyar-usyar tak nampak pun Geisha nya hehehe. Tapi tak pelah tak jumpa Geisha jumpa pokok sakura yang lebat pun dah cukup eksaited dah. Dalam banyak-banyak tempat yang saya pegi kat Gion ni lah paling cantik sakuranya. Suhu masa ni macam dah makin sejuk sikit.

Pink giler..








Selepas puas bergambar dengan sakura kitorang ke Kiyomizudera. Bersebelahan je dengan Gion ni tapi kena naik bas jugak la. Lagi sekali kena panjat bukit. Fuhh. Tapi kali ni panjat pun tak penat sangat sebab sepanjang perjalanan tu ada shopping street. Boleh cuci-cuci mata. Kitorang beli souvenir kat sini. Masa tu temple kat situ macam under renovation je. Kitorang lepak sekejap lepas tu turun balik. Cuaca pun dah makin gelap. Ooo ya kalau sapa-sapa berminat nak pusing-pusing Kyoto dengan berpakaian kimono boleh sewa dekat tempat-tempat yang disediakan. tapi harga tak ingat plak berapa hihi.

Tu je lah destinasi yang sempat kitorang pergi kat Kyoto ni. Kalau korang nak tengok Kyoto puas-puas kena stay more than one day lah. Macam kitorang ni short trip je so tak dapat lah nak ronda semua tempat.

Balik la semula kitorang ke Kyoto Station. Kali ni balik ke Osaka naik shinkansen sebab tak mau tersilap macam waktu pergi tadi. Naik shinkansen kejap je dah sampai Osaka station. Kitorang tak singgah memana dah terus menuju ke hotel. Tapi sebelum tu kitorang pegi dinner kat kedai ketam Kami Doraku di Dotonbori. Dekat je dengan hotel. Husband decide nak makan sedap malam tu sebelum meninggalkan Osaka sebab esok dah nak ke Tokyo. So, kita habiskan sisa duit Osaka. Hehehe. 
 
kedai ni lah

Ada set crab yang bermacam-macam harga. Dari yang termurah hingga yang termahal. Of course la ambik yang termampu je hehehe. Hari sebelum tu kitorang nampak ada orang melayu datang makan situ. Tu yang kitorang berani cuba. Hiks.

ketam rebus dan ketam mentah..huhu cicah dengan wasabi

egg custard

lasagna ketam. sedap.

udang tempura

sushi dan miso sup. sup tak sedap. macam pahit je
nasi

dalam tu ada ketam



Overall..rasa macam tak kenyang...hahah...



Total damage:

  1. Kyoto 1 day bus pass 1000 yen (2 pax)
  2. Ginkakuji Temple 1000 yen (2 pax)
  3. Souvenir Kyoto 1200 yen (magnet 3pcs)
  4. Crab Restaurant 6264 yen

 
Total DAY 4 = 9464 yen


p/s: Tokyo mu tunggu aku datang.


Untuk semua entry mengenai Japan klik sini!














No comments :

Post a Comment