Dah puas seharian bersunburn di
pantai semalam hari ni kitorang nak ke Kundasang pulak sebab nak tengok
gunung kinabalu. Orang kata kalau dah datang ke Sabah wajib bukan harus
pergi ke Kundasang sekali..So, kitorang ni ikut jelah apa kata orang.
Kalau orang suruh terjun gaung pun terjun gak kot..hahaha. Okay tak
lawak.
Malam
sebelum kejadian mr.husband call saudara dia yang duduk kat K.K sebab
nak sewa Nissan Urvan dan Avanza untuk 14 orang. Harga sewa dua hari
untuk dua-dua bijik kenderaan tu RM500. Saudara sendiri pun kira RM500
gak? Huhuhu. Tak kisahlah janji ada transport sebab kitorang pun call
dia last minute. Nasib baik available lagi transportnya. Semua benda pun
last minute booked baik tiket flight, hotel atau pun kereta sewa.
Gamble jer booked on the spot. Itu pun hotel untuk di Kundasang nanti
tak booked lagi. Gila! Yang kontraktor cina tu pulak pinjam kereta aunty
dia.
Malam
tu baru nak buat research kat TripAdvisor untuk hotel di Kundasang.
Bila call hotel-hotel yang berkenan semuanya dah fully booked. Last-last
dapat lah jugak 1 bilik di Heritage Resort & Spa dan 3 bilik di
Celyn Resort. Berpecah di situ. Kalau tak dapat memang kitorang ingat
nak pergi balik hari je. Tapi masih ada rezeki dapat jugak stay di
Kundasang satu malam. Harga satu malam kat Heritage Resort & Spa
tu kalau tak silap RM100++ booked dari Agoda itu pun chalet bukan
standard room. Yang Celyn Resort pulak agak mahal. Untuk yang Villa
RM666 tapi boleh masuk maximum 6 orang. Dan Jungle Village pulak RM411
dan boleh masuk maximum 4 orang. Mula-mula ingat nak stay kat Kiram's
Village sebab tempat tu nampak cantik sangat sekali full house daaa.
BoooOOoo..
Pukul
7 kitorang dah bertolak ke Kundasang. Tapi mata ni berat lagi rasa
macam tak cukup tidur je. Maybe sebab semalam keletihan main air. Orang
kata nak pergi ke Kundasang elok bertolak awal pagi kalau nak tengok
puncak gunung kinabalu. Kalau lambat jawabnya tengok kabus dan awan
jelah. Tapi kitorang ni nama je gerak awal tapi singgah isi minyak la,
withdraw duit la, breakfast la..pung pang pung pang pukul 8 lebih baru
nak gerak dari K.K ke Tuaran.
Masa
on the way tu nampak Rumah Terbalik kat jalan Telibong, Tamparuli kat
tepi main road.. Singgah la kejap. Nak masuk kena bayar RM10 sorang kot
kalau tak silap..hihi. Rumah tu yang ke 5 terbalik di dunia tapi yang
pertama di Asia kot. Tengok tu..kot lagi nampak noo memang pelupa. Masa
tu ada jugak tourist lain yang datang so, kena tunggu turn nak masuk.
Bila
masuk kat dalam rumah tak ada benda apa sangat pun. Adalah beberapa
objek yang terbalik kecuali air-cond dan suis. Barangnya tak banyak
sangat pun. Rasa macam 5 minit je kat dalam rumah tu lepas tu dah keluar
balik. Gambar pun tak boleh ambil. Dah lepas keluar tu masuk pulak kat
souvenir dan cafe dia. Belilah 2 keping fridge magnet dan sebekas kek
coklat. Jadilah buat kenang-kenangan..hihi.
|
kedai souvenir |
|
cafe |
Lepas
tu kitorang sambung balik perjalanan. Masa on the way tu memang tidur
jelah kerja perempuan ni sebab tak tau kenapa mata ni mengantuk sangat.
Terlepas pulak nak tengok view sepanjang perjalanan. Rugi-rugi. Sedar
tak sedar dengar orang bising-bising sebab cuaca sejuk then
tengok-tengok dah sampai kat Pekan Nabalu. Jambatan Tamparuli tak jumpa
pulak maybe kena ikut jalan lain.
Lepas
tu dah lama sikit nampak Kinabalu Park then sampai kat Pekan Kundasang.
Tengok jam baru pukul 11 pagi. Nak check in hotel masih terlalu awal.
So, kitorang singgah ke Desa Dairy Farm dulu nak tengok view New Zealand
tu..heee. Sampai kat Desa Dairy Farm beli susu lembu perisa coklat,
hotdog dengan ais krim. Sambil-sambil tu berjalan kat luar sebab nak
ambil gambar pemandangan dia yang cantik ittew. Ooo yaa nak masuk kat
sini pun kena bayar eaaa.. berapa? RM3 kot? Entah sebab orang lain yang
tolong bayarkan huhuhu.
|
dah sampai desa dairy farm |
|
tugu menandakan sudah sampai ke New Zealand desa cattle |
|
berlatar belakangkan gunung kinabalu |
|
berlatar belakangkan lembu |
|
rasa sejuk-sejuk jugak macam kat Cameron Highlands |
|
mOoooOooo |
|
pengembala lembu |
|
puncak |
|
ooo..oooo..oppp |
|
oppa gangnam style |
Tak
ada apa aktiviti sangat nak buat kat Desa Dairy Farm ni so, kitorang
balik semula ke Pekan Kundasang. Ada jugak lalu kat Kundasang War
Memorial tapi malas nak singgah. Diorang nak pergi kat pasar Kundasang
tu nak beli buah tarap dengan durian kat situ.
|
diorang kata namanya buah tarap |
|
lebih kurang macam cempedak tapi lebih sedap cempedak biasa |
|
ni pulak durian merah |
|
see...memang kaler merah bukan edit tau |
|
Yucin tak makan durian tapi mengikut kata hantu durian tegar rasa durian biasa lebih sedap |
Lepak-lepak
kejap kat gerai buah tu then pergi check in kedua-dua hotel. Tapi bilik
masih belum ready lagi. Kitorang decide pergi makan dulu kat Pekan
Ranau. So, makan tengah hari kat medan selera Pekan Ranau je.Lebih
kurang 7 hingga 8 km dari Pekan Kundasang. Settle makan semua baru balik
hotel.
|
view dari atas celyn resort |
|
ni pulak chalet kitorang kat heritage resort & spa |
|
depan chalet boleh nampak gunung kinabalu tapi chalet 11, 12, 13, 14 je yang ada view macam ni |
|
kitorang punya chalet no. 12. tak ada aircond sebab dah semula jadi sejuk |
|
twin bedroom tapi boleh dirapatkan |
|
tv flat screen ada beberapa channel astro |
|
toilet tak ada bathtub okay!..hehe. airnya sejuk nak mamp..tapi ada heater |
Petang
tu tak ada aktiviti apa sangat. Masing-masing berehat kat bilik je.
Cuaca pulak makin sejuk. Syoklah tidur aja. Sedar tak sedar dah nak
maghrib. Teruk betul tidur lepas asar. Yang kitorang ni stay kat
Heritage Hotel yang diorang pulak kat Celyn Resort. Malam tu diorang
panggil makan bbq kat Celyn Resort pukul 7 malam. Tapi ada pulak yang
pesan belikan KFC lah apa lah sebab KFC tu dekat dengan hotel kitorang.
|
suasana malam kat chalet |
|
jambatan gantung untuk ke chalet |
|
satu-satunya KFC di Kundasang |
Punyalah
lama kat KFC hampir sejam menunggu ayam sebab ayam habis
sudaa...Last-last pukul 8 malam baru dapat. Bila kitorang sampai kat
Celyn Resort tengok diorang dah abis makan. Ni kali kedua dah
ketinggalan makan bbq. Apa punya malanglah nasib.
|
ni jelah yang tinggal time bbq tu :'( |
Makan-makan dan borak-borak tengok
jam dah pukul 11 malam. Kitorang dah kena gerak balik semula ke
Heritage. Jarak Heritage dengan Celyn pun agak jauh. Dah la Celyn tu nak
masuk jauh ke dalam. Jalan pun bukan jalan tar. Agak seksa
jugaklah. Sampai je bilik buat air panas dan terus tidur. Sambung lagi
di last entry lepas ni. Check it out!! :)
p/s: laptop rosak tak boleh buat kerja :'(