Thursday, December 20, 2012

15.12.12 :: Dejavu di Kinabalu Final Part

Ooo yeah..ooo yeah dah sampai last part untuk episod honeymoon ke Sabah tahun 2012. Sebenarnya tak berapa ada mood nak update entry hari ni. Loya-loya nak muntah pulak rasa. Pregnant ke eh? Hahahaha padahal gastrik. Suka nau berangan. Oleh kerana nak abiskan cepat cerita hot panas meletop kebabom ni, so gagahkan diri jugak buat entry terakhir walaupun rasa macam nak muntah hijau sangat-sangat dah ni. Kalau tak, jadi pekasam je lah sampai ke sudah.

Okay dah-dah jom sambung..kalau tak makin merepek jadinya. Keesokan pagi, kitorang breakfast lebihan KFC malam tadi je sebab hotel tu tak includekan breakfast sekali. Dah lepas makan dan amik gambar sekitar chalet kitorang check out hotel dan gerak ke Kiram's Village sebab nak jugak tengok macam mana rupa Kiram's Village tu depan mata sendiri baru puas hati *selok*.

Photobucket
morning scenery

Photobucket
cantik sangat..berkabus dan sejuk

Photobucket
after breakfast

Photobucket
nampak sangat mata baru bangun tidur + pipi macam belon T_T

Photobucket
tak tau posing style apa

Photobucket
say thanks to mr.tripod

Photobucket
dah check out

Photobucket
rupa mokcik-mokcik sangat

Photobucket
dah sampai Kiram's Village

Photobucket
kecik je tempat dia cabin pun tak banyak

Photobucket
dalam gambar memang nampak cantik tapi bila tengok sendiri macam so-so je

Sekali jauh daa nak pergi Kiram's Village. Atas lagi daripada Desa Dairy Farm tu. Kawasannya pun kecik aje tak adalah luas mana. Tengok dalam gambar macam luas dan cantik je tapi bila tengok sendiri macam biasa je. Nasib baik jugaklah tak jadi stay situ. Memang sangat jauh nak masuk ke dalam dan berdekatan dengan golf course Mesilou. 

Lepas tu kitorang patah balik. Yang lain-lain janji nak gerak balik pukul 10 pagi. Tengok jam baru 9 pagi. Husband decide nak pergi Poring Hot Spring. Sampai kat Pekan Ranau tengok signboard Poring Hot Spring lagi 18km..phewww~. Sempat ke ni? Sempat ke ni? Sampai separuh jalan, ada lagi 10km diorang dah call nak gerak balik ke K.K. Sobs sobs sobs tak kesampaian jugaklah nak ke Poring Hot Spring. Tiada rezeki di situ. Maybe next time boleh datang sini..huhu. Kitorang terpaksa patah balik.

Maka, tiadalah cerita yang berkaitan dengan Poring Hot Spring ya...T_T. Diorang ajak pergi Kinabalu Park pulak. Tempat orang mulakan pendakian ke gunung kinabalu tu. Nak masuk dalam tu pun kena bayar RM3. Kitorang park kereta kat galeri apa tah sebab diorang nak jalan kat botanical garden. Tapi kitorang lepak kat kedai souvenir je malas nak masuk kat dalam hutan tu. Cuaca pulak makin lama makin sejuk..mak oii bukan sejuk yang biasa-biasa. Sampai ke tulang tau. Nasib mulut tak keluar asap kalau tak mesti dah feeling-feeling obersea. Masa kat kinabalu park tu beli t-shirt glow in the dark je. Lepas tu amik-amik gambar dan keluar balik sebab tak tau nak buat apa...hahah bukan nak panjat gunung pun maybe one day.

Photobucket
dah sampai Kinabalu Park


Photobucket
maps di main entrance

Photobucket
tiket kinabalu park


Photobucket
nak beli t-shirt glow in the dark

Photobucket
sementara tunggu diorang pergi botanical garden

Photobucket
kita snap-snap gambar dulu

Dalam pukul 12 tengah hari macam tu kitorang dah gerak balik ke K.K sebab flight pukul 6.30 petang. Masa on the way nak turun tu singgah kejap kat kedai jual orkid kat tepi jalan sebab kontraktor cina tu nak belikan orkid untuk aunty dia.

Photobucket
ada benda alah ni kat kedai orkid tu

Photobucket
tak tau benda apa siap letak duit kat situ sampai buruk dah duitnya..kepercayaan diorang ler kot

Pungpangpuang dekat pukul 2 baru sampai kat K.K. Singgah kejap kat Masjid Bandaraya yang terapung tu untuk solat. Lepas dah selesai, pusing-pusing pulak nak cari tempat makan. Sekali lagi pergi restoran seafood. Ocean seafood namanya betul-betul bertentangan dengan Hard Rock Shop. Macam biasalah restoran cina mudah-mudahan halal lah kan sebab perut dah lapar sangat. Sementara nak tunggu makanan sampai kitorang lari kejap ke Hard Rock Shop kat depan tu. As usual wajib beli t-shirt hard rock kalau pergi mana-mana tempat yang ada hard rock sebagai kenang-kenangan. Beli itu beli ini dekat RM400 jugak abis di situ T_T.

Photobucket
masjid terapung..cantik sangat

Photobucket
siap boleh naik bot

Photobucket
kat Ocean Seafood Restaurant

Photobucket
lobster ke? macam pelik

Photobucket
yang ini kaler cantik

Photobucket
tapi RM300 sekilo!!

Photobucket
mahal nak mamp..aaaaaa @_@

Photobucket
di Hard Rock shop


Photobucket
sama-sama pink pulok
Balik semula ke restoran tadi. Makanan pun dah sampai. Ada sayur apa tak tau, udang goreng nestum, ikan stim apa tah dengan siput babi...euwwww tak makan la aku! Entah sapa yang order siput tu..Yucin memang geli takleh telan tengok pun tak lalu @_@.

Photobucket
udang nestum

Photobucket
sayur

Photobucket
siput babi....euwwww!! >.<

Jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Dah agak lambat disitu. Souvenir yang orang pesan belum beli lagi. Memang rushing sangat-sangat time tu nak pergi cari kedai Jamilah Jewellery sebab orang kata mutiara kat situ murah. Masuk kedai tu banyak sangat mutiara tak tau nak beli yang mana. Ada air tawar ada air masin. Yang air tawar berpuluh-puluh untuk beberapa ikat. Yang air masin pulak beribu-ribu. Tapi ada diskaun 50%. Sudahnya beli brooch dengan bracelet je. Memang blur sangat dah masa tu sebab nak kejar masa. Dalam pada tu sempat lagi rembat keychain dua tiga bungkus. Yang lain-lain yang tak sempat nak beli tu I mintak mahap T_T. Maybe kena spend 1 hari untuk soping saja >.<.

Dah siap memborong semua kitorang naik van semula menuju ke KKIA. Yang ni memang lawak. Sampai-sampai rupanya salah airport daaa. Luggage semua dah tolak tapi rupa-rupanya kitorang berada di Terminal 1. Sepatutnya naik flight di Terminal 2. Masuk balik luggage ke dalam van pergi pulak ke Terminal 2 nasiblah tak jauh sangat. Masa tu dah 5.30 petang dah.

Photobucket
muka tak puas hati tersalah airport + sunburn hidung pink sama ngan baju + penat berkejar-kejaran


Drop luggage lepas tu check imigresen. Sekali beratur untuk check myKad pulak yang lambat. Gate close pukul 6.10 petang masa tu dah pukul 6.05 petang. Cuak gila dah rasa ni. Pegawai imigresen tu pun buat keje slow gila. Sakit je hati rasanya. Berapa kali dah announcement final call kedengaran tapi kitorang masih beratur panjang lagi. Tak sistematik lah airport dia. Patutnya rakyat Malaysia tak perlu kot nak check-check I.C/passport segala. Marah sangat ni!!.

Sekali pukul 6.30 petang baru settle. Yang stewardess tu dah tunggu kitorang kat gate. Dan yang last naik flight adalah Yucin and the husband. Tak memasal flight delay. Bukan salah kitorang tapi salah pegawai yang buat kerja super slow. Masuk-masuk je dalam flight ada pulak orang yang duduk tempat kitorang kat tepi tingkap. Terpaksa cari seat lain pulak. Banyak betul perkara yang boleh mendatangkan kemarahan petang tu. Nasib baik I tak jadi hulk sebab tak pakai baju hijau!

Lepas tu stewardess buat announcement untuk pengagihan meal. Dan ada extra meal untuk sapa-sapa yang tak buat pre-booked. Haiii baru la cool down sikit lepas dapat makan Uncle Chin chicken rice tapi rasanya nasi lemak Pak Nasser lagi sedaplah kot. Then, baru nak terlelap-lelap tiba-tiba dah nak landing. Ehhh cepatlah pulok. Pukul 9 malam kitorang dah selamat tiba di J.B semula. Alhamdulillah syukur! Maka tamatlah riwayat entry ke Sabah secara mendadak.

Photobucket
Uncle Chin's Chicken Rice



The End.


12.12.12 :: Dejavu di Kinabalu Part 1
13.12.12 :: Dejavu di Kinabalu Part 2
14.12.12 :: Dejavu di Kinabalu Part 3









p/s: ada orang usyar harga tiket ke Sarawak pulok! @_@














No comments :

Post a Comment