Yahuuuuu..nak abes dah travelog Jepun. Hip hip hurray!!
Hari ke-7 kitorang ke Mount Fuji. Tapi amatlah kecewa sekali misi untuk melihat Mount Fuji tidak kesampaian. Ini kerana pagi-pagi lagi dah hujan. Memang tak ada tanda cahaya matahari nak keluar. Kecewa beribu kali kecewa.
Sepanjang perjalanan nak ke subway tu hati tak berhenti doa supaya hujan berhenti dan matahari muncul. Tapi cuaca still mendung jugak. Nak wat caner teruskan jelah niat nak ke Hakone sebab tiket dah beli.
Jauh jugak perjalanan dari Shinjuku ke Hakone. Boleh naik romance car kalau nak lagi cepat tapi kitorang tak naik sebab tu kena bayar lain. Berjimat heheh sebab sah-sah tak dapat tengok pun Mount Fuji tu. So tak yah nak rush sangatlah hahaha.
Okay kalau ikut tiket dan brochure yang dia bagi mula-mula kena naik subway Odakyu Line di Shinjuku lepas tu tukar naik Hakone Tozan Line (approx.115 mins). Kemudian kita akan sampai di Hakone Yumoto. Masa sampai di Hakone Yumoto hujan still gerimis. Kat sini kita boleh buat pilihan sama ada nak ikut route 1 atau route 2. Saya ambil route 2 naik Hakone Tozan Bus dulu ke Motohakone Ko (approx.40 mins). Jalannya macam jalan nak ke Cameron Highlands je. Bas ni akan berhenti di banyak stop tapi kita punya last stop adalah di Motohakone Ko okay?
Selepas naik 'bukit' tengok kawah sulfur tu kitorang pegi kat shop berhampiran situ sebab nak beli souvenir. Kat sini sempatla kitorang grab fridge magnet sikit. Lepas tu sambung naik cable car. Cable car ni akan berhenti di Sounzan tapi kitorang dah malas nak berhenti terus aje ke Gora dan naik Hakone Tozan Train ke Hakone Yumoto semula dan balik ke bandar Tokyo dengan JR.
|
di dalam Hakone Tozan Train nak balik dah |
Overall, perjalanan ke Hakone untuk melihat Mount Fuji amatlah mendukacitakan hahahah. Seketul Mount Fuji pun tak nampak. Kalau nak puas hati better pergi ke Lake Kawaguchi dapat tengok Mount Fuji besar-besar dan boleh tengok shibazakura. Next time kalau datang Tokyo maybe nak ke sana sebagai ganti tak dapat tengok Mount Fuji di Hakone. Pasang angan-angan dululah. Rasannya best view untuk tengok Mount Fuji masa musim summer kot? Ntah. Lagi satu masa banyak dihabiskan dengan menaiki macam-macam transport. Dari train ke bas lepas tu ke cruise next naik cable car then naik train smula. Apa-apa pun itu semua memori dan pengalaman yang tak dapat dilupakan :)
Okay sampai di Tokyo station kitorang ke Shibuya. Niat nak mencari kebab halal di Shibuya tapi macam tak jumpa plus dah letih. At the end of the day makan kat Malaychan lagi sekali buat kali terakhir huhu.
|
Shibuya crossing yang ramai giler orang melintas tu |
|
jumpa Hachiko hehe |
Total damage:
- Hakone souvenir - 500 yen (magnet transport) + 1140 yen (magnet 3 pcs)
- 7 eleven tea - 400 yen
- Glove - 500 yen
- Malaychan Restaurant - 3400 yen (2 pax)
Total DAY 7 = 4800 yen
Untuk semua entry mengenai Japan klik
sini!
p/s: tak sempat nak pergi Gotemba Premium Outlet
p/s/s: esok dah nak balik :'(
No comments :
Post a Comment