Thursday, April 18, 2013

Honeymoon ke Seoul, South Korea - Day 2 Part 1 - Nami Island

Okay bersambung di Day 2. Semoga akan terus ada semangat untuk menyambung story di Korea. Cerita Day 1 Part 1 di sini dan Day 2 Part 2 di sini.

Hollaaaa..di hari kedua ni kami bercadang nak ke Nami Island. Ala tempat yang paling popular dengan drama Winter Sonata tu. Padahal saya tak pernah pun tengok drama tu. Percaya tak? Huhu. So, percutian ke Korea tak lengkap kalau tak ke Nami Island..katanya. Pukul 10 pagi baru gerak ya sebab malas giler nak bangun. Tak breakfast pun terus pergi ke subway Myeongdong. Masa ni dah pakai boot baru.

saja nak tunjuk boot baru beli kat Myeongdong hihi

on the way nak ke subway sempat lagi singgah 7E beli susu pisang dan handiplas sebab takut melecet

Destinasi: Nami Island

Inilah kali pertama nak naik subway di Seoul. Mula-mula rasa macam susah je tengok map dia yang complicated tu. Tapi rupanya senang aja walaupun linenya berselirat. Cuma kena tahu nak transfer di mana je. Nak lagi senang download application yang bernama Jihachul di telefon anda. Kan telefon semua dah canggih-manggih sekarang. Study memolek la map tu dulu sebelum nak naik subway. Nanti senang dah tau nak tuju ke mana. Dari station Myeongdong kami ke Dongdaemun History & Cultural Park dan tukar train di sini untuk ke Wangsimni. 

banyak sangat line

Masa kat Wangsimni ni macam sesat sikit sebab station dia besar. Tak tau arah mana nak pergi ke Sangbong nasib baik la ada oppa ni yang sudi nak tolong. Dia boleh cakap English. Dia tanya datang dari mana. Kitorang jawab Malaysia. Lepas tu dia cakap oooo Malaysia Truly Asia? Hahahah kelakar betul tapi bangga pun ada sebab dia boleh tau Malaysia Truly Asia. Kira educated jugakla. Dah kata studentkan. Kamsahamnida pada oppa yang sudi tolong tu. So, nak ke Sangbong kena ikut penanda biru cair iaitu Jungang Line.

Sampai di Sangbong kena naik ITX pulak. ITX ni macam komuter la yang subway tadi macam LRT Star. Dari Sangbong nak ke Gapyeong ni yang lama sikit dalam 1 jam 30 minit kot. Lepas dah sampai station Gapyeong kena naik teksi pulak untuk ke jeti. Teksi banyak je kat depan station tu. So, naik teksi tambang pergi 2,800 won.

amik arah ke Cheong Chun


dah sampai station Gapyeong angin sejuk menerpa


So, kesimpulannya nak ke Nami Island dari Myeongdong:

Myeongdong (Line 4) (hala ke Danggogye) ---> stop Dongdaemun History & Cultural Park ---> transfer Wangsimni (Line 2) (hala ke Jungang Line biru cair) ----> Sangbong (Jungang Line) ----> Gapyeong (hala ke Gyeongchun Line ) ---> Taxi

Sampailah kami di jeti dalam pukul 12 lebih macam tu. Lepas tu beli tiket ferri sekali dengan admission ke pulau 8,000 won seorang. Naik ferri lagi. Mula-mula seriously ingat Nami Island ni letaknya macam kat Pulau Jeju tu tapi rupa-rupanya tak. Island dia kecik je. Lepas tu kalau cari dalam google maps pun macam tak jumpa. Kena type Naminara Republic baru ada.

depan pintu masuk ke jetty
yo yo oo je immigration
 
beli tiket ferri dan admission ke pulau di sini
ferri dah siap sedia menanti
 
Jejak je kaki kat tanah Nami terus nampak 2-3 orang orang Melayu tapi tak tau lah Malaysia, Singapore atau Indon. Asal bertudung je mesti ingat orang Malaysia. Huhu. Jangan lupa amik pamplet peta Nami kat pintu masuk dan make sure it is in English.

ramai sangat orang

nak amik pamplet


finally we are here!

ke mana kita?
pokok-pokok ni la yang femes tu hihihi
mesti kena amik gambar sekeping dua
jalan ni panjang sangat sampai ke hujung

bentuk pulau Nami..yang melintang panjang kat tengah tu jalan yang ada pokok-pokok tadi tu..panjang betul

tetiba jumpa squirrel

husband dah naik giler pulak dengan squirrel ni

siap bagi biskut lagi

first kiss bridge



Seronok sangat kat dalam Pulau Nami ni sebab boleh berbasikal. Angin pulak sejuk lagi nyaman je rasa. Kitorang sewa basikal dekat Love Village. Sewa yang couple bicycle 10,000 won untuk sejam. Kena tinggalkan I.C masa nak sewa. Yang menyampahnya orang yang jaga kaunter basikal tu sombong giler. Masa tu dia mintak ID. Kitorang ni blur la tak tau ID tu yang mana satu. Lepas tu kita orang macam terpinga-pinga. Dia terus cakap "Where are you from?". Kitorang jawab, "Malaysia". "So, please give your I.C", dengan nada yang macam annoying. Erghhhh...cakapla elok-elok IC mana la kita nak tau kan kot ada ID lain. Tak mesra alam langsung!.

ni lah basikalnya. warna hijau. menyampah dengan orang kaunter tu

Masa dah sampai Nami Island baru kitorang teringat yang kitorang lupa nak bawak tripod. Adeh...rugi-rugi sepatutnya tempat macam Nami Island ni kena bawak tripod. Tak syok la kalau takde gambar berdua kan. Tetiba husband dapat idea bernas lepas sewa basikal. Dia kata kita letak jelah kamera kat atas bakul basikal tu. Geliga jugak otak beliau..hikhik.


penuh dengan gambar-gambar drama Winter Sonata

tapi sorry memang tak pernah tengok

orang amik gambar kita pun amik gambar..hehe



ini pokok yang sebenar rasanya kat bahagian hujung sekali

mahap cakap saya tak pernah tengok cerita Winter Sonata

so tak tau mana tempat-tempat yang boleh meninggalkan nostalgia cerita tu
heheheh jangan marah..





masa ni nak cuci seluar kotor sebab syok sangat kayuh basikal tak perasaan lumpur terpercik kat seluar



basikal yang menjadi 'tripod'
 


Dah nak dekat sejam kitorang pun pergi pulangkan basikal. Perut dah mula lapar masa tu pukul 1.30 petang memang perut mintak makan la time tu kan. Kitorang ke Yeongajiga Lunch Box dekat Love Village tu jugak. Tak nampak pun any signboard yang tulis Yeongajiga Cafe yang ada cuma Chinese Restaurant tapi kitorang rasa betullah kedai tu kot sebab ada menu yang kitorang nak makan tu dan ada sign HALAL.
 
Winter Sonata Drama Cafe

tanda HALAL


Kitorang order a smallwillow basket of Korea (Cheese) 6,500 won dan a smallwillow basket of Korea (Tuna) 6,500 won. Plain water free. Cara nak makan kena pakai sarung tangan sebab box tu panas giler lepas tu kena goncang-goncangkan box tu bagi bahan dalam tu sebati. Lepas tu bolehlah makan. Dalam tu ada nasi, telur mata, kimchi kot dengan tuna atau cheese. Sedap jugak. Maybe sebab dah lapar sangat. Hihi.
 
lupa nak order kimchi pancake
ramai jugak yang makan kat sini

kena pakai sarung tangan dulu

lepas tu goncang-goncangkan box tu

hiyak-hiyak

tu lah rupa dia

cheese

tuna

Lepas dah kenyang kitorang sambung jalan. Cadangnya nak masuk souvenir shop. Banyak kedai souvenir kat sini. Pilih je nak yang mana. Kitorang beli fridge magnet dengan replika rumah. Yang ni kena pasang-pasang. Husband suka la benda macam tu. Untuk souvenir saja abes dalam 47,000 won.
 



Kitorang tak jumpa pulak musolla kat sini. Sedeh T_T. After that dah tak tau nak pergi mana dan tak ada aktiviti yang nak dibuat dah. Kitorang decide nak keluar. Masa tu pukul 3 petang. Sampai je kat Naminara Wharf sedang elok ferri tengah tunggu. Terus naik tanpa buang masa. Masa nak turun dari ferri tu ada orang Malaysia tegur dia pun dari Johor tapi dia last day dah. Kitorang baru second day.

So, nak balik tunggu teksi kat teksi stop tepi tu. Cakap nak ke Gapyeong station. Tambang kali ni 2,400 won pulak.




Okay bersambung di Day 2 Part 2






Wednesday, April 17, 2013

Honeymoon ke Seoul, South Korea - Day 1 Part 2 - Namsan 2 Guesthouse & Myeongdong

Bersambung dari Day 1 Part 1. Sorry lambat sikit sambung sebab macam-macam hal berlaku..ishhh. Okay let's continue..

Sempat la jugak tertidur kejap dalam bas. Perjalanan amik masa lebih kurang sejam. Lepas tu bila dah turun kat Sejong Hotel kitorang blur tak tau nak tuju ke arah mana untuk ke guesthouse. Sesat barat jadinya hehehe. Untuk memudahkan anda-anda semua direction ke Namsan 2 Guesthouse ialah lintas jalan depan Sejong Hotel lepas tu nampak Prince Hotel belok kiri, jalan sikit nampak Pacific Hotel pulak masuk cabang kanan bukan cabang kiri macam kitorang masuk cabang kiri patutlah tak jumpa-jumpa. Jumpa kolej pulak. Jalan sikit dalam beberapa meter terus nampak Namsan 2 Guesthouse belah kiri. Dekat 15 minit jugak jalan kaki.

kat situ kau rupanya!

Sampai kat registration kaunter kitorang terus check-in dan dapat bilik 206. Total bermalam untuk 5 hari ialah 300,000 won (RM900). Bayar cash time nak check-in tu. Kitorang amik bilik Twin A which is untuk dua orang 60,000 won satu malam. Kalau duduk hotel lagi mahal ni. Bagi kitorang yang kurang mampu ni duduk guesthouse pun dah okay. Walaupun kecik tapi selesa. Lagi pun bukan nak duduk bilik sepanjang hari kan. Honeymoon kali ni lebih kepada nak berjalan-jalan bukan nak romantik-romantik dalam bilik..hiks.

ada tv

tidur atas lantai yooo
ada heater
Macam mana nak book? Boleh ke website ni. Isi je form kat situ nanti dia akan reply. Oppa kat situ pun baik. Selalu je hantar email tanya jadi tak trip ke Seoul? Dah balik pun dia masih email lagi tanya macam mana trip aritu best ke tak? Heheh concern sungguh. Bilik ni ada free Wifi, TV, air-cond (tapi takde remote caner nak on?) tilam tak ada katil, tuala, ubat gigi (baik bawak sendiri takut tak halal), shampu, sabun, water heater dan lantai suam (Ondol system Korea). Hehehe lantai suam boleh? 

Lepas tu kat tingkat bawah ada kitchen, laundry, internet service dan free breakfast setiap pagi. Kat tempat register pulak ada penimbang berat. So, boleh timbang beg kat situ dulu sebelum balik. Ramai orang Malaysia yang stay kat sini. Kenapa pilih sini? Sebab dia dekat dengan Namsan Seoul Tower dan Myeongdong Shopping Street. Semuanya walking distance sahaja. Dan yang paling penting dekat dengan subway Myeongdong. Dalam 300 meter gitu je. Kalau jalan naik atas bukit sikit akan jumpa Namsan 1 Guesthouse pulak.

Okay malam tu dalam pukul 8.30 macam tu kitorang keluar semula nak cari makan. Kitorang terus menuju ke Myeongdong Shopping Street. Kat situ ada macam-macam kedai shopping antaranya SPAO, UNIQLO, ARITAUM, TONY MOLY, HOLIKA HOLIKA, NATURE REPUBLIC, ETUDE HOUSE dan banyak lagi. Kedai dia bukan satu tapi berbranch-branch. Banyak giler tak larat nak pergi semua.

setiap masa ramai giler orang

Misi kali ni nak dinner belum nak shopping lagi. Kitorang nak cari kedai Octopus yang orang kata boleh makan tu. Sebab baca kat beberapa blog ramai orang Malaysia yang makan kat kedai octopus ni. Pusing punya pusing akhirnya jumpa jugak. Banyak sangat lorong tak tau nak cakap lorong yang mana satu.

atas kedai ArtBox tu la kedai octopus tu

Bila masuk kat dalam tu tengok menu, mak aiii macam tak boleh makan je semua ni. Macam mana orang Islam Malaysia boleh makan kat sini eh? Musykil. Tengok menu dia octopus set with beef, octopus set with pork. Aiyaiyai kalau beef mesti tak sembelih kan. Kalau pork pulak tentu-tentunya haram. Kitorang nak keluar balik macam segan pulak. So, tawakal jelah tengok menu lain yang tiada keraguan. Nampak cold noodle mee dengan fried squid. Ermmm belasah je lah. Tah macam mana rupa dia tak tau.


menanti menu yang macam mana rupa dia agaknya
heheheh sekali mee dengan ais daa..dah macam abc pulok

fried squid ni sedap dan banyak giler! tapi macam mana combination makan dengan cold noodle eh?

cara nak makan gaul-gaul dengan gunting tu

Kitorang mintak tambah nasi 2 mangkuk. Air pulak dapat free untuk plain water. So, total makan malam tu 13,800 won. Rasa cold noodle tu? Ermm tak boleh telan. Mee makan dengan ais blend macam abc tu. Pepelik. Dah la cuaca sejuk makan mee sejuk. Nak sup panas jugak. Hehehehe dah nama pun tekak Malaysia takleh wat apala kalau dah 'darat' sangat kan. Heee maafkan saya rakyat Korea :D. Tekak saya tak boleh terima makanan cenggitu. Dalam cold noodle tu macam ada sambal kimchi, sayur ngan telur kot. Lepas tu side dishes dia jeruk apa tah warna putih. Yang fried squid tu boleh tahan. Mee tu tak habis pun. Cannot go.

Selesai makan kitorang jalan-jalan kat street tu lagi. Tujuan nak cari kasut sebab kasut yang tengah pakai tu macam tak sesuai nak jalan sejuk-sejuk ni. Lepas tu pulak memang dah niat nak cari boot kat sini. Huhu. So, hasil tangkapan adalah sepasang boot yang dibeli di ABC Mart yang berharga 59,000 won dan mafla 15,000 won. Mahaaiiiii!!

Myeongdong street ni bukak sampai tengah malam kot. Lepas tu kitorang terus balik ke guesthouse semula tak tahan kat luar lama-lama. Sejukkkk!! Cari sarung tangan tak ada satu pun yang jual. Jari jemari ni macam dah beku je rasa.

On the way nak balik guesthouse kitorang singgah kat 7 Eleven nak beli electric plug socket. Ingat tau dia punya electric plug tak sama macam Malaysia. Harga 8,600 won. Husband beli susu pisang sebotol 1,200 won. Kitorang terus balik ke bilik malam tu sebab esok perjalanan yang jauh akan ditempuh. Badan dah mula penat dan mata mula mengantuk sebab tak dapat proper rest semenjak dari dalam flight.

ini macam rupa dia


Perbelanjaan hari pertama:

1. T-Money: 2,500 + reload 30,000 x2 = 65,000 won
2. Hanjin Express (simpan barang): 11,000 won
3. Feri: 4,000 x2 = 8,000 won
3. Bus ke Sejong Hotel: 10,000 x2 = 20,000 won
4. Check-in guesthouse: 300,000 won
5. Dinner: 13,800 won
6. Boot: 59, 000 won
7. Mafla: 15,000 won
8. Stokin: 2,000 won
9. Electric plug: 8,600 won
10. Susu pisang: 1,200 won


Total perbelanjaan hari pertama = 503, 600 won





bersambung di Day 2 Part 1....



Monday, April 15, 2013

Honeymoon ke Seoul, South Korea - Day 1 Part 1 - Arrival & Full House

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..
Semoga Allah memberi kekuatan untuk menghasilkan entri kali ini. Rasanya mungkin berpart-part dan harap-harap mood malas tu pergi main jauh-jauh. Sebelum kejadian semangat nak mengupdate bukan main membuak-buak tapi bila sampai masa macam tak bernafsu pulak..aisehhh. Jadi, mari kita lawan anasir-anasir jahat ni nanti bila kerja datang bertimbun baru rajin nak update. Itu semua bisikan syaiton. Lepas tu nanti kalau tangguh-tangguh semua info akan lupa.

Okaylah, kali ni pembaca sekalian mesti muak nak membaca story yg nak di 'up' kan ni. Agak panjang berjela. Mahap kalau berdarah hidung berasap telinga. Kalau malas skip je lah tunggu update entri genre lain baru baca..hihi. 2 April 2013 sehingga 7 April 2013 baru-baru ni termakbullah hasratku nak ke negara K-PoP setelah berbulan lama memasang niat. Ecehhh baru bulan je bukan makan tahun lagi.

Tiket flight dah dibeli semenjak bulan 11 tahun 2012. Beli awal tapi mahal jugak. Sabar jelah. Berapa? RM3000++ untuk 2 orang pergi balik. Mahal bukan?. Tapi disebabkan 'selok' punya pasal maka tutup mata saja bayar harga tiket tu. Sekali lepas tu Air Asia ada buat promo lebih murah lagi. Jahat! Jahatnya kamu!.

Macam mana boleh pergi honeymoon kali ni? Mr. husband berkata dia nak bagi hadiah birthday dan hadiahnya adalah jalan-jalan ke oversea. Bukan main suka makcik. Dah namanya kaki travel, so jadi macam orang mengantuk disorongkan bantal lah. Lepas tu kena simbah air sebab tak abis-abis nak berangan. Dahlah panjang sangatlah merepek. Info sikit pun tak ada. Jom kita ke itinerary yang sebenar.
Destinasi: Seoul, Korea Selatan
Tarikh: 2 April 2013 - 7 April 2013
Musim: Spring (March-May) - ada cherry blossom sikit-sikit
Suhu: average 10 °C (berubah-ubah antara 5°C - 11°C)
Penginapan : Namsan 2 Guesthouse (Myeongdong)
Pengangkutan: Air Asia X D7 0506

Kenapa pilih Korea? Sebab Oppa Gangnam Style kot...hahahah takde kaitan!

Kitorang bertolak ke KL hari ahad dan stay satu malam kat rumah kakak ipar di Wangsa Melawati. Sebelum tu dah tukar duit Malaysia ke Korea Won sebanyak RM5500. Teka dapat berapa? Dapat dalam 1, 600, 000 won ++ kalau tak silap. Mahal jugak tukar currency rate masa tu 2.9. Lepas tu pagi isnin tu baru terhegeh-hegeh nak beli makanan yang nak dibawak ke sana. Takut tak jumpa makanan halal punya pasal. Kitorang borong maggie hot cup, rendang ayam dalam tin, coklat dengan mushroom soup instant.

Malam tu lepas magrib dan selesai menonton drama Rindu bertamu di Abu Dhabi kitorang terus bergegas ke KL Sentral. Terus amik teksi dari Wangsa Melawati dan kena caj RM22. Masa tu rasa macam dah lambat dan tak sempat dah nak naik train lebih-lebih lagi nak mengangkut 1 luggage besar dengan berat 16 kg dan 1 backpack. Sampai di KL Sentral macam biasa naik bas RM8 tu untuk ke LCCT. Sampailah kami di LCCT lebih kurang jam 10 malam. Ada lagi 2 jam lebih nak masuk gate so kitorang pergi mencekik McD dulu. Tak memasal makan McD bila nak travel. Adeh!

Dah siap-siap makan terus ke mesin self-check in sebab boarding pass belum print lagi. Ramai pulak yang nak mintak tolong printkan boarding pass diorang kat situ. Dah rasa macam staff Air Asia pulak..hahahaha. Patut kena bagi gaji ni. Then, lepas tu ke kaunter baggage drop. Berat beg masih dalam had limit. Tapi balik karang tak tau lah macam mana kan. Kita tengok nanti. Visa pun tak perlu tak macam pergi ke Australia yang memerlukan visa. Lepas dah settle semua, kami pun mulalah melangkah masuk ke gate. Masa ni perasaan dah start nervous dah. Tapi tak seteruk masa nak ke Gold Coast dulu. Maybe sebab dah ada pengalamankan. Pengalaman mengajar kita..eceh!



Pukul 12.20 malam kitorang dah masuk ke dalam gate T16. Flight akan berlepas pada pukul 1 pagi. Masa tu nampak ada jugak beberapa orang Malaysia nak ke Seoul. Selebihnya macam rakyat Korea je. Dalam flight macam biasalahkan tak boleh nak tidur sangat sebab seat yang macam tu. Perjalanan pulak amik masa 6 jam. Sekejap tidur sekejap jaga. Husband dah selamat melantak Nasi Lemak Pak Nasser tapi saya tak makan sebab tak ada selera nak makan pukul 2-3 pagi. Cadangnya dah sampai airport nanti baru makan. Lepas tu nak kena isi declaration form pulak. Ingat bawak pen siap-siap.

Tepat jam 8.03 pagi waktu Seoul hari selasa 2 april 2013 selamatlah kami mendarat di Incheon International Airport buat pertama kalinya. Kalau di Malaysia pukul 7.03 pagi. Waktu kat sana awal sejam dari Malaysia. Masa tu muka sememeh gila baru bangun tidur. Nak claim baggage kena ke tempat lain dan naik train. Jauh betul. Jenuh nak jumpa pintu keluar. Masa check-in kat kaunter imigresen Korea tu kena pulak amik gambar. Dah la muka macam bibik..tak sior orang tengok..hihi.

Settle claim baggage semua maka misi pun bermula. Pertama nak cari toilet nak basuh muka. Nak cari toilet kat airport yang ada shower memang tak jumpalah kan. So gosok gigi, cuci muka dan tepek mekap sikit-sikit. Bukan orang tau pun tak mandi. Spray perfume banyak-banyak. Toilet as usual tak ada hose means tak ada air. Pandai-pandai la pergi cedok air kat sinki luar lepas tu cuci muka kat dalam toilet. Nak cuci muka kat sinki luar macam agak segan sedikit.

Dah wangi-wangi kita teruskan misi ke dua iaitu nak beli T-Money. Ala yang macam Touch n Go tu. Nanti nak naik train naik bas senang touch aje kad itu. Kad tu harganya (2500 won) harga kad sahaja dan isinya 0. Kitorang reload 30,000 won seorang. Ada jual kat 7 Eleven, SG Mart, Family Mart atau mana-mana convenience store yang ada lambang T-Money. Kredit kat dalam kad tu boleh direfund semula kalau tak abes guna.

T-Money - ihsan google


Ooo ya cara nak convert KRW ke MYR senang je contoh kalau 30,000 won buang 3 kosong kat belakang dan darab nombor yang tinggal dengan 3. Jadi 30,000 won = RM90. Menyusahkan je kan ada banyak-banyak kosong kat belakang tu.

Misi ke tiga pulak nak cari tempat simpan barang. Kami ke tingkat 3 dan menghala ke kaunter A. Kat situ akan nampak tempat simpan barang yang bernama Hanjin Express di bahagian belakang. Sebab apa simpan barang kat situ? Sebab dekat dengan pintu keluar nak naik bas ke Full House. Kitorang simpan baggage dengan backpack. Harga yang dikenakan 11,000 won.


Destinasi pertama - Full House


Fuhh selesai! Seterusnya nak cari bas pulak. Masa keluar dari pintu airport tu barulah terasa kedinginannya. Phewww berasap mulut u ollss. Jakun 3 saat. Kat Gold Coast dulu pun tak pernah keluar asap kat mulut. Sejuk giler! Menyesal tak bawak coat tebal. Yang bawak hanyalah jaket picisan saja. 

Jalan-jalan sikit nampak signboard tulis nombor bas. Kita nak naik bas no. 202 (1,000 won) untuk ke Full House. Tapi bas ni bukan direct ke Full House kita kena transit di Unseo Station dulu.

senang dalam english pun ada


Haaa..nampak signboard macam ni luar pintu airport tunggu je bas kat situ tak berapa lama bas pun sampai. Masa nak naik tu tanya dulu kat driver bas tu.

"Ahjussi, Unseo Station?" (sebutan Onsho)

Kalau dia cakap "Dae" atau angguk maknanya betullah tu. Bermulalah touch T-Money tadi tu ya. Naik bas dalam 20 minit lepas tu kita akan sampai kat Unseo Station. Jangan risau terlepas ke apa sebab dalam bas tu nanti akan ada announcement tempat-tempat yang dia berhenti. So, lepas dah turun bas tu seberang jalan arah bertentangan akan nampak kedai ni Shut Up and Take Coffee.

sejuk giler kat kawasan ni macam nak demam pun ada

Tunggu bas betul-betul kat depan kedai ni. Lebih kurang kat pokok tu la...hihi nanti bas 221-1 (1239) akan datang. Sejuk giler time ni. Kedai-kedai semua pun belum bukak lagi. Lepas tu datanglah bas 221-1 (1,000 won) tu lega dapat masuk bas. Kurang sikit sejuk. Kita akan menuju ke Sammock Jetty pulak. 

kat sini lagi sejuk giler macam nak pengsan!
Bila nampak je kawasan macam ni terus turun kat sini dan pergi terus kat ferri kalau ferri dah sampailah. Kalau ferri belum sampai tunggu dulu dalam bangunan putih tu. Kawasan kat sini memang sejuk gila-gila. Maybe sebab pulau kot. Kitorang naik ferri pukul 11.10 pagi. Ferri ni akan datang sejam sekali kot kalau tak salah.

ferri mai dah
masa ni terketar-ketar kesejukan


Masuk je ke dalam ferri tu pergi tingkat atas tak perlu sibuk nak beli tiket ke apa. Balik karang baru bayar tambang. Ferri ni bawak kereta sekali macam ferri kat Pulau Pinang. Kat dalam tu ramai giler ahjumma dan ahjussi nak pergi ke Sido Island nak hiking ke apa tak tau lah. Memasing bawak tongkat macam nak hiking tu. Dasyat umur dah lanjut pun masih bertenaga.

Ferri ni akan pergi ke tiga pulau kalau tak silap Sido Island, Sindo Island dan lagi satu tu apa ya lupa pulak. Tapi yang kita nak pergi ni Sido Island pit stop yang pertama. Perjalanan lebih kurang 10 minit saja. Tak jauh mana pun. So, bila ferri berhenti kat pit stop pertama terus turun.

Sesampai saja di Sido Island kita akan nampak bas di perkarangan parking. Tanya driver bas tu ke Full House tak. Kalau dia angguk..naik. Tambang 1,000 won tak payah susah-susah touch je T-Money.

Jauh jugak dari jeti tu nak ke rumah Full House. Sangat-sangat mencabar.

Kesimpulannya, dari Incheon Airport nak ke Fullhouse:

Naik bas 202 di tingkat 3 airport ---> Unseo Station (15 minit) ---> seberang jalan nampak kedai Shut Up & Take Coffee ---> naik bas 221-1 (1239) (10 minit) depan kedai tu ---> Sammock Jetty ---> naik feri (10 minit) ---> naik bas ke Fullhouse (15 minit) ---> jalan kaki atau naik basikal (15 minit)

Lepas tu driver bas tu turunkan kitorang kat tempat ni.

tengok landmark ni terus masuk ikut jalan tu

Mula-mula kitorang ingat nak sewa basikal tapi bila tengok driver tu berhentikan kitorang kat kawasan ni macam jauh pulak dengan tempat sewa basikal. Lepas tu dia tunjuk suruh masuk ke jalan ni. Kawasan Sido Island ni sunyi giler. Macam tak ada orang. Payah betul nak jumpa orang. Terpencil sangat. Kedai-kedai pun semua tutup.

Jalan punya jalan punya jalan sampailah kitorang kat signboard ni.


lega bila dah nampak signboard


Lepas tu nampak rumah ni. Fuhhhh seronok akhirnya sampai jugak. Belok ke kiri dalam 200 meter je terus nampak rumah Full House!!

masuk je simpang terus nampak

Tetapi yang amat mendukacitakan ialah tempat ni tutup! Ya tutup!! Penat-penat datang dari jauh naik bas pastu naik ferri lepas tu naik bas balik lepas tu jalan kaki sekali tutup daa...Kecewa di situ. Tapi tak apalah at least dapat jugak jejakkan kaki kat sini. Bergambar kat luar rumah pun okay apa. * ayat nak sedapkan hati*.

kechewaaa!!!

Sapelahkan nak duduk kat booth ni sepanjang hari dahlah sunyi sepi sejuk pulak tu. Lagipun drama Full House ni dah lama lebih kurang 8 tahun yang lalu. Kalau masih baru mesti hot lagi rumah ni. Rasa macam dah tak dibukak lagi je tempat ni. Rumah pun dah buruk dan tak terjaga. Tapi untuk info tempat ni bukak setiap hari dan harga tiket 5,000 won.



kat sekitar belakang rumah yang menghadap laut

nak jugak macam han ji eun dan lee young jae huhu

aaa...sama tak? kikiki

bukit tu tempat yang ji-eun selalu lalu

uu..chak..dapat jumpa ji eun dengan young jae u ollss..kekeke


tak dapat masuk bergambar kat luar je la

sampai dah buruk dah menda ni

posing style korea wajib buat!




Cukuplahkan dapat amik gambar kawasan luar pun jadilah. Merasa jugak. Lebih kurang setengah jam je kitorang duduk buang masa kat Full House. Nak sampai bukan main lama. Kalau bukak maybe lama sikit kot kat situ. Lepas tu kitorang terus jalan kaki balik semula kat tempat driver bas turunkan kitorang tadi. Tapi rasa macam pelik semacam ada ke bas lalu kawasan sini. Dah la takde orang. So, kitorang amik keputusan untuk jalan kaki sampai ke depan sikit. Mana tau kat depan sana ada bas.

batu kuning ni familiar dalam drama fullhouse hihi
basikal ada tapi nampak gaya kedai macam tutup je

Jalan, jalan dan terus berjalan tak ada jugak bas dah 1km rasanya. Lepas tu nampak satu bus stop dekat-dekat dengan church kaler oren. Kitorang tunggu situ. Mungkin bas sampai jap lagi. Lepas tu nampak sorang ahjumma tertonggeng-tonggeng kat sawah padi depan bas stop tu. Tengah anu padi agaknya. Tapi padinya pun nampak gersang je. Macam kawasan kemarau. Dia nampak kitorang duduk kat bus stop tu dia terus datang.

Ntah apa-apa yang dia cakap kat kitorang sepatah pun tak paham. Cakap dalam bahasa dia la. Dia tunjuk jadual bas kat board kat bus stop tu. Dia tunjuk kat board tu macam bas akan datang pukul 2 lebih. Tunjuk dengan sabit pulak tu seriau gua. Lepas tu tengok jam kat tangan baru nak pukul 12. Aiseyy lambat lagi nak tunggu pukul 2. Kitorang amik keputusan nak sambung jalan sampai ke jeti. Mampu? Dalam 3km lebih lagi kot huhu.

Lepas tu sambung jalan sampai kat kawasan yang 'berpenghuni' sikit ada satu kereta ni berhenti kat tepi kitorang. Dia ajak naik. Rupa-rupanya ahjussi driver bas tadi. Kuikuikui dia kata waktu tu tengah lunch hour so tak ada bas. Dialah yang hantar kitorang ke jeti. Lega sangat. Allah permudahkan urusan kami. Kalau tak tercabut kaki nak boleh sampai ke jeti. Baru first day dah jalan banyak dah.

Sampai kat jeti barulah beli tiket untuk balik 4,000 won seorang. Kitorang naik feri pukul 12.30. Masa tu nampak ada orang Malaysia pulak yang baru sampai kat situ. Mesti nak ke Fullhouse jugak...hehehe.

Okay untuk balik bila sampai kat tempat mula-mula naik feri tadi terus jalan ke bus stop kat tepi tu. Naik semula bas 221-1 (1239) ke Unseo Station. Lepas tu sampai depan kedai Shut Up & Take Coffee depan Unseo Station naik bas 202 ke Incheon Aiport. Selesai. Nampak leceh tapi sebenarnya senang je nak pergi Full House ni.

Summary:

Naik bas berdekatan church warna oren ---> naik ferri ke sammock dock ---> naik bas 221-1 (1239) ke Unseo Station ---> naik bas 202 ke Incheon airport

Tiba saja di airport perut dah mula mainkan irama dangdut. Mana taknya dengan cuaca sejuknya. Berjalan berkilo-kilo meternya memang patutlah ia mintak diisi. So, dengan selambernya duduk kat seat dalam airport tu sambil menikmati nasi lemak pak nasser. Kenyang alhamdulillah. Then, kitorang pergi amik semula beg kat Hanjin Express.


Turun ke tingkat 1 dan keluar Exit 5 pergi ke sebelah kanan dan nampak signboard bas 6015 ke Sejong Hotel (Myeongdong). Kitorang cadang nak naik bas je untuk ke guesthouse sebab badan dah penat sangat. Malas nak transfer-transfer train. Untuk ke Myeongdong kita akan stop di last stop iaitu Sejong Hotel. Jangan risau ada announcement bila dah sampai nanti. Tambang bas 10,000 won seorang bayar cash.





Bersambung di Day 1 Part 2.....




p/s: panjang sangat muntah nak type