Thursday, April 18, 2013

Honeymoon ke Seoul, South Korea - Day 2 Part 1 - Nami Island

Okay bersambung di Day 2. Semoga akan terus ada semangat untuk menyambung story di Korea. Cerita Day 1 Part 1 di sini dan Day 2 Part 2 di sini.

Hollaaaa..di hari kedua ni kami bercadang nak ke Nami Island. Ala tempat yang paling popular dengan drama Winter Sonata tu. Padahal saya tak pernah pun tengok drama tu. Percaya tak? Huhu. So, percutian ke Korea tak lengkap kalau tak ke Nami Island..katanya. Pukul 10 pagi baru gerak ya sebab malas giler nak bangun. Tak breakfast pun terus pergi ke subway Myeongdong. Masa ni dah pakai boot baru.

saja nak tunjuk boot baru beli kat Myeongdong hihi

on the way nak ke subway sempat lagi singgah 7E beli susu pisang dan handiplas sebab takut melecet

Destinasi: Nami Island

Inilah kali pertama nak naik subway di Seoul. Mula-mula rasa macam susah je tengok map dia yang complicated tu. Tapi rupanya senang aja walaupun linenya berselirat. Cuma kena tahu nak transfer di mana je. Nak lagi senang download application yang bernama Jihachul di telefon anda. Kan telefon semua dah canggih-manggih sekarang. Study memolek la map tu dulu sebelum nak naik subway. Nanti senang dah tau nak tuju ke mana. Dari station Myeongdong kami ke Dongdaemun History & Cultural Park dan tukar train di sini untuk ke Wangsimni. 

banyak sangat line

Masa kat Wangsimni ni macam sesat sikit sebab station dia besar. Tak tau arah mana nak pergi ke Sangbong nasib baik la ada oppa ni yang sudi nak tolong. Dia boleh cakap English. Dia tanya datang dari mana. Kitorang jawab Malaysia. Lepas tu dia cakap oooo Malaysia Truly Asia? Hahahah kelakar betul tapi bangga pun ada sebab dia boleh tau Malaysia Truly Asia. Kira educated jugakla. Dah kata studentkan. Kamsahamnida pada oppa yang sudi tolong tu. So, nak ke Sangbong kena ikut penanda biru cair iaitu Jungang Line.

Sampai di Sangbong kena naik ITX pulak. ITX ni macam komuter la yang subway tadi macam LRT Star. Dari Sangbong nak ke Gapyeong ni yang lama sikit dalam 1 jam 30 minit kot. Lepas dah sampai station Gapyeong kena naik teksi pulak untuk ke jeti. Teksi banyak je kat depan station tu. So, naik teksi tambang pergi 2,800 won.

amik arah ke Cheong Chun


dah sampai station Gapyeong angin sejuk menerpa


So, kesimpulannya nak ke Nami Island dari Myeongdong:

Myeongdong (Line 4) (hala ke Danggogye) ---> stop Dongdaemun History & Cultural Park ---> transfer Wangsimni (Line 2) (hala ke Jungang Line biru cair) ----> Sangbong (Jungang Line) ----> Gapyeong (hala ke Gyeongchun Line ) ---> Taxi

Sampailah kami di jeti dalam pukul 12 lebih macam tu. Lepas tu beli tiket ferri sekali dengan admission ke pulau 8,000 won seorang. Naik ferri lagi. Mula-mula seriously ingat Nami Island ni letaknya macam kat Pulau Jeju tu tapi rupa-rupanya tak. Island dia kecik je. Lepas tu kalau cari dalam google maps pun macam tak jumpa. Kena type Naminara Republic baru ada.

depan pintu masuk ke jetty
yo yo oo je immigration
 
beli tiket ferri dan admission ke pulau di sini
ferri dah siap sedia menanti
 
Jejak je kaki kat tanah Nami terus nampak 2-3 orang orang Melayu tapi tak tau lah Malaysia, Singapore atau Indon. Asal bertudung je mesti ingat orang Malaysia. Huhu. Jangan lupa amik pamplet peta Nami kat pintu masuk dan make sure it is in English.

ramai sangat orang

nak amik pamplet


finally we are here!

ke mana kita?
pokok-pokok ni la yang femes tu hihihi
mesti kena amik gambar sekeping dua
jalan ni panjang sangat sampai ke hujung

bentuk pulau Nami..yang melintang panjang kat tengah tu jalan yang ada pokok-pokok tadi tu..panjang betul

tetiba jumpa squirrel

husband dah naik giler pulak dengan squirrel ni

siap bagi biskut lagi

first kiss bridge



Seronok sangat kat dalam Pulau Nami ni sebab boleh berbasikal. Angin pulak sejuk lagi nyaman je rasa. Kitorang sewa basikal dekat Love Village. Sewa yang couple bicycle 10,000 won untuk sejam. Kena tinggalkan I.C masa nak sewa. Yang menyampahnya orang yang jaga kaunter basikal tu sombong giler. Masa tu dia mintak ID. Kitorang ni blur la tak tau ID tu yang mana satu. Lepas tu kita orang macam terpinga-pinga. Dia terus cakap "Where are you from?". Kitorang jawab, "Malaysia". "So, please give your I.C", dengan nada yang macam annoying. Erghhhh...cakapla elok-elok IC mana la kita nak tau kan kot ada ID lain. Tak mesra alam langsung!.

ni lah basikalnya. warna hijau. menyampah dengan orang kaunter tu

Masa dah sampai Nami Island baru kitorang teringat yang kitorang lupa nak bawak tripod. Adeh...rugi-rugi sepatutnya tempat macam Nami Island ni kena bawak tripod. Tak syok la kalau takde gambar berdua kan. Tetiba husband dapat idea bernas lepas sewa basikal. Dia kata kita letak jelah kamera kat atas bakul basikal tu. Geliga jugak otak beliau..hikhik.


penuh dengan gambar-gambar drama Winter Sonata

tapi sorry memang tak pernah tengok

orang amik gambar kita pun amik gambar..hehe



ini pokok yang sebenar rasanya kat bahagian hujung sekali

mahap cakap saya tak pernah tengok cerita Winter Sonata

so tak tau mana tempat-tempat yang boleh meninggalkan nostalgia cerita tu
heheheh jangan marah..





masa ni nak cuci seluar kotor sebab syok sangat kayuh basikal tak perasaan lumpur terpercik kat seluar



basikal yang menjadi 'tripod'
 


Dah nak dekat sejam kitorang pun pergi pulangkan basikal. Perut dah mula lapar masa tu pukul 1.30 petang memang perut mintak makan la time tu kan. Kitorang ke Yeongajiga Lunch Box dekat Love Village tu jugak. Tak nampak pun any signboard yang tulis Yeongajiga Cafe yang ada cuma Chinese Restaurant tapi kitorang rasa betullah kedai tu kot sebab ada menu yang kitorang nak makan tu dan ada sign HALAL.
 
Winter Sonata Drama Cafe

tanda HALAL


Kitorang order a smallwillow basket of Korea (Cheese) 6,500 won dan a smallwillow basket of Korea (Tuna) 6,500 won. Plain water free. Cara nak makan kena pakai sarung tangan sebab box tu panas giler lepas tu kena goncang-goncangkan box tu bagi bahan dalam tu sebati. Lepas tu bolehlah makan. Dalam tu ada nasi, telur mata, kimchi kot dengan tuna atau cheese. Sedap jugak. Maybe sebab dah lapar sangat. Hihi.
 
lupa nak order kimchi pancake
ramai jugak yang makan kat sini

kena pakai sarung tangan dulu

lepas tu goncang-goncangkan box tu

hiyak-hiyak

tu lah rupa dia

cheese

tuna

Lepas dah kenyang kitorang sambung jalan. Cadangnya nak masuk souvenir shop. Banyak kedai souvenir kat sini. Pilih je nak yang mana. Kitorang beli fridge magnet dengan replika rumah. Yang ni kena pasang-pasang. Husband suka la benda macam tu. Untuk souvenir saja abes dalam 47,000 won.
 



Kitorang tak jumpa pulak musolla kat sini. Sedeh T_T. After that dah tak tau nak pergi mana dan tak ada aktiviti yang nak dibuat dah. Kitorang decide nak keluar. Masa tu pukul 3 petang. Sampai je kat Naminara Wharf sedang elok ferri tengah tunggu. Terus naik tanpa buang masa. Masa nak turun dari ferri tu ada orang Malaysia tegur dia pun dari Johor tapi dia last day dah. Kitorang baru second day.

So, nak balik tunggu teksi kat teksi stop tepi tu. Cakap nak ke Gapyeong station. Tambang kali ni 2,400 won pulak.




Okay bersambung di Day 2 Part 2






No comments :

Post a Comment